Langkau ke kandungan utama

Novel S.K.Y

Tajuk: S.K.Y

Penulis: Fiy Suri

Harga: RM28

Sinopsis: Pekak. Socially anxious. Anak yatim. 

Tak ada yang tak teruk dalam hidup seorang gadis bernama Sky. Kalau boleh, dia nak duduk di dalam bilik saja dan melukis. Tak payah pergi mana-mana. Kalau jumpa orang pun, bukan orang faham apa dia nak kata. 

Kehadiran Qid merubah segalanya. Dia mula melihat dunia secara berbeza. Namun, ada kisah silam pahit yang menjarakkan mereka berdua. Dia dirundum rasa bersalah. Sky takut hatinya terluka lagi.

“Sky ke yang bermasalah? Rasa macam semuanya messed up. Diri Sky rasa helpless... I feel like I don’t know myself anymore...”

Mampukah Sky 'move on' dan menemukan apa yang dicari?

Teaser:

BAB 1 - Februari - Singing Store, Bangsar Village II
 
Sementara menunggu ketibaan orang itu, Nur Syakirah menconteng pada resit  Starbucks. Seperti contengan tanpa tujuan pada kertas itu, fikirannya juga diconteng dengan pelbagai kemungkinan negatif dek pertemuan hari ini. Ikutkan hati, mahu sahaja dia membatalkan janji temu ini.

'Ini semua Amirul Izzat punya fasal!" Dia bersungut dalam hati.

Sengaja dia datang awal setengah jam kerana jika dia terlambat walau beberapa minit, dia akan jadi gemuruh tak bertempat dan gabra. Seboleh-bolehnya dia tak mahu memberikan tanggapan buruk kepada orang lain. Tak mampu dia hendak berteloransi dengan tanggapan sedemikian.

Resit Starbucks sudah penuh dengan contengan. Tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi, dia mula menatal feed pada akaun Twitter miliknya. Mungkin ada 'bebenang' bermanfaat yang boleh dibaca. Daripada seorang artis luar negara.

Shout-out to social anxiety!

Dia tekan like sebelum beralih pada bahagian reply. Rata-rata yang meninggalkan komen mempunyai social anxiety. Ada juga memberi kata-kata semangat serta emoju berbntuk hati.

Dia faham keran dia juga seperti mereka.

Dia tahu bagaimana rasanya apabila susah hendak berkomunikasi secara normal seperti orang lain.

Dia tahu bagaimana rasanyaa apabila susah hendak berkenalan dengan kawan baharu atau membina persahabatan baharu.

Dia tahu bagaimana rasanya apabila terpaksa menahan diri atau mengelak daripada menghadiri sebarang majlis atau perjumpaan keluarga atau makan-makan dengan ahli keluarga besar yang lain.ia tahu bagaiman rasanya apabila terpaksa heret" semua peluang dalam hidup hanya kerana enxiety. Diaa selalu rasa marah dengaan diri sendiri kerana sering mensia-siaan peluang yang pernah datang.
 
And the list goes on...

Jadi, hari ini dia datang kerana tidak mahu mensia-siakan peluang lagi. Nak tak nak, dia terpaksa berterima kasih juga kepada Amirul Izzat kerana 'mengheret' dia ke   perjumpaan ini.

Sedang ralit menatal newsfeel lagi, tiba-tiba dia menyedari kehadiran seseorang di mejanya. Kepala dipanggung. Di sebalik kaca mata yang dipaksai, sepasang matanya tepat memandang wajah seorang lelaki, sedang berdiri di hadapan mejanya. Lelaki itu turut bersermin mata serta nampak sebaya dengannya.

Dia disapa lelaki itu," Awak Sky, kan?" 



BAB 2 - Januari - Tiga minggu yang lalu...

Suara Leo Azman, vokalis kumpulan Nastia berduet dengan Liyana Fizi, sedang menyanyikan lagu Esok Belum Tiba.

Underrated Malaysia - based band.

Underrated Song.

Lagu yang memberikan peringatan bahawa sesungguhnya nikmat di duniahanya sementara dan belum tentu lagi esok akan tiba itu dimainkan melalui iPhone. Sesekali Waqid aka bergumam mengikut rentak.

Burger ayam special berganda digigit sedikit dan dikunyah perlahan. Cermin mata bingkai hitam yang bergantung di hidung ditolak sedikit ke atas. Dari tadi dia tekun melihat-lihat hasil reka bentuk dalaman pada komputer riba sambil menikmati makan malam. Esok ada pembentangan penting. Pertama kali dberi peluang untuk mengendalikan sebuah projek, dia tahu dia harus berikan yang terbaik.

Rasa penat kian bertandang. Dia berhentu sebentar. Baki burger yang tinggal sedikit dihabiskan. Bungkusan kertas dan plastik burger dironyok bersama menjad bulat sebelum dibing ke dalam bakul sampah biru di tepi meja kerjanya. Masuk! Persis pemain bola keranjang. Bolehlah nak berangan jadi seperti LeBron James sekejap.

Cermin mata diturunkan. Pangkal hidung diurut beberapa kali sebelum kaca mata dipakai semula. Bukan setakat otak, mata pun dah penat.

Qid melontarkan pandangan ke luar tingkap bilik di tepi meja. Terus ke langit hitam pekat. Tiada sebutir bintang pun kelihatan. Malam yang sunyi. 

Pejam celik pejam celik, sudah enam bulan dia tamat pengajian. Malah sudah bekerja sebagai pereka hiasan dalaman di Ideaal Sdn Bhd; sebuah syarikat hiasan dalaman.

Dari tingkap, dia beralih pada barisan buku di depan mata. Matanya berhenti pada sesuatu yang amat berharga baginya. Jurnal berkulit hitam milik seseorang sahabat sejati, yang sentiasa bersama dengannya.  dulu, kini dan semogaa buat selama-lamanya. Siapa tahu aoa yang akan jadi pada masa hadapan?



BAB 3 - Di meja melukis itu yang merupakan tempat eskapisme buat dirinya, tekun Sky melakar seorang budak lelaki dengan seekor anak biri-biri menggunakan pensel. Siap melukis, dia kemudiannya memilih warna. Berus dan air sudah disediakan.

Seseorang menekan suis lampubiliknya berkali-kali. Sky yang sedang mewarnkan baju budak lelaki itu dengan warna kuning cerah langsung berhenti. Berus ditangan diletak, lalu dia menoleh ke belakang. Abangnya, Jet sedang mengernyih sambil bersandar di ambang pintu biliknya.

"Yo!" Jet angkat sebelah tangan paras kepala sebelum menyeluk poket baju Melayu biru gelap yang tersarung di badan.

"Kalau lukisan Sky rosak tadi, Jet nak tolong lukis semula ke?" marah Sky dalam bahasa isyarat. Tajam matanya menikam si abang yang masih tersengih tek bersalah. Dia tahu Jet segaja.

"Ampun." jet berseloroh seraya melekapkan kedua-dua belah tangan didepannya. Sky mendengus. "Nak apa? Sorry tak perasan pun Jet balik."

Kerana pelat semasa kecil, ditambah sebutan yang kurang jelas, Sky sebut Ijjet dan bukan Izzat. daei situ datangnya nama panggilan Jet. Jet sendiri puntidak kisah malah lebih suka.

"Jet handat mesej tapi Sky tak balas pun. Tengok pun tak. Missed calls banyak kali pun masih tak ada respons." Jet bersuara seiring berbahasa isyarat.Pandangnya jatuh pada pergelangan kiri Sky. 

"Dan mana jamSky? Kenapa tak pakai?" Hilang suraunya.

Sky garu kepala.

"Jam tengah cas," beritahunya. Jam pintar yang sedang dicas di atas meja kayu bulat kecil di tepi katil dipandang dengan ekor mata sebelum menghala pada Jet semula. "Lupa nak cas malam tadi." Giliran dia menarik sengih.

Sedar salah dia. Bukan dia tak tahu jam pintar pemberian Jet itu perlu di pakai selalu. Mudah kerana apabila ada panggilan masuk, jam yang dihubungkan dengan telefon pintarnya itu, akan bergetar. Termasukjuga mesej yang mask. Sekurang-kurangnya dia yang mempunyai masalah pendengaran boleh sedar.


Review: Selesai jua membaca novel ni dalam keadaan lapar. Bila lapar, memamg fokus 100% sampai dapat makan 😂. Banyak kata² hikmat dan novel yang sarat dengan emosi. Sedih tapi tak keluar air mata. Simpati tapi realiti tu kan kehiduapan yang kita hadap sekarang. 

Sky dan Jet, mangsa sebenarnya. Punya Ayah yang tak bertanggungjawab, selepas kematian ibunya, saudara mara dia menjauhkan diri kecuali paksu dan maksunya. Mereka terpaksa hidup saling gantung antara satu sama lain. Sky, gadis punya masalah pendengaran dan percakapan. Senang cerita OKU, tapi...... (Sambil mengimbau kembali zaman persekolahan...... 😢). Mereka bangkit, mereka sama² berjaya. Sky sambung belajar lagi selepas episode kematian ayahnya... Jet kuat menyokong apa perkara adiknya buat... Semuanya bahagia dan bersyukur dalam bahagian kehidupan masing-masing walaupun sejarah kehidupan itu pahit. Rasanya semua abang atau kakak yang sulung berfikiran maca Jet. 

Qid, dia mahu terbitkan kisah sahabatnya, jadi dia minta tolong Sky melukis. Tak sangka akhirnya dia tertarik dengan hubungan Jet-Sky ni dan akhirnya tak tersangka mereka berkait dengan kenangan pahit. Qid, seorang lelaki yang more tolerate person, faham keadaan seseorang dan sayangan persahabataan. Malah dia punya masalah sendiri. Dia suka dengan Sky sebab itu dia tak mendesak Sky mahupun mengatakan sesuatu yang membuatkan dia jauh dari Sky. Dia macam ikut je flow itu.   

Memang sukar untuk melupakan kenangan pahit tapi MOVE ON tu kena ada. Saya tahu cakap memang senang tapi nak hadapi tu susah.. percaya la.. ketika hadapinya.. sebenarnya kita di uji untuk teruskan kehidupan. 

Rasa sedih, takut, gelisah hilang... Buku ni memang meaningfully 🥰

Sky dan Qid akhirnya berkahwin... Ouch sweetnya Qid tugu Sky bertahun² ni 😆

Rating: ⭐5/5

Ulasan