Langkau ke kandungan utama

Kau Ada Aku Anna

Tajuk: Kau Ada Aku Anna

Penulis:Ann Hann

Harga: RM32

Sinopsis: Atau barangkali juga kata-kata cinta yang pernah kami ucap dulu sudh menjadi kata-kata basi. Tidak diguna pakai pada dekad ni. -  Anna

Strategi Anna untuk melupakan kekasih pertamanya berjalan lancar. Dia melakukan segalanya yang dia percaya akan dapat melupakan lelaki itu. Dia memulakan janji temu dengan lelaki lain yang diaturkan oleh Aamily dan mengelakkan diri sejauh mungkin sebagai cara menenangkan hatinya. Tetapi malang untuk Anna, takdirnya bukan semudah memilih untuk melupakan. Jalan hidupnya lain dari yang lain. 

Dan sewaktu dia mengangkat muka... dengan tidak   disangka pandangan kami bertembung... setelah sekian lama.  Wajahnya masih seperti setahun yang lalu. Tampan dan sedikit angkuh. Nafasku seakan tersekat. Dia seperti antagonis yangmemiliki pandangan tajam. Lelaki antagonis yang dicipta semata-mata hanya untuk melukakan hatiku.

Teaser 1: 

"Aku minta maaf. Aku harap kau faham." Katanya sayu dan menhulurkan sapu tangan. Dengan lembut tangannya menyambut air mataku yang tak berhenti-henti menunjukkan kelemahan seorang perempuan. - ms14

Teaser 2:

"Aku minta maaf atas semua yang telah aku lakukan pada kau. Aku bodoh, Anna." Isa bersuara.

Aku terkesima. Serentak dengan debaran yang tidak mereda sejak tadi bahkan semakin kuat. Betulkah Isa minta maaf dengan aku? Rasanya maca mimpi. nada Isa kedengaran bersedih dan kedengaran beitu menyesal yang aku belum pasti apa puncanya.

"Kenapa kau kata begitu? Aku dah lupakan." Kataku sambil membetulkan selimut di kaki.

"Aku terperangkap dalam keinginan dan desakan. Yang bodohnya, aku menafikan perasanku terhadap kau dan  cuba hidup dalamdunia tanpa kau."

Kepala Isa bergera dan Kami saling menatap satu sama lain. Untuk apa Isa mengatakan semuanya, mengakui selama ini dia hanya berpura-pura? Perlahan tangan Isa menjalar dan lantas menarik tanganku ke dalam gemggamannya.

"Aku mahu kita kembali bersama."

Pantas aku menarik tanganku semula Wajah Isa suram dan tak menyangka akan penolakkanu. "Aku rasa kau buat keputusan terburu-buru lagi. Kita dah terlambat untuk bermula Isa, aku bukan Anna yang sama yang kau tinggalkan dulu."


Review: Disebab novel Jon And The Sign Of Love, gigih saya membaca novel ni dalam 1 hari 🫠. Adrenaline rush saya memang bergerak laju seiringan dengan penghabisan novel ni hahaha 😂

Anna, saya percaya dia muslim tinggal di London selepas habis belajar di sana. Sudah lama berkenalan dengan Isa tapi akhirnya Isa memutuskan hubungan selepas 10 tahun demi meneruskan matlamatnya. 

Sejak setahun lepas itu, Anna dah tahu malah sejak berpisah dia dah tahu Isa dengan somebody yang kaya untuk terus kekal kedudukannya. Jadi Anna teruskan kehidupan walaupun dia rasa broken. Anna kerja di syarikat agensi pelancongan dan di sana Anna gembira di kelilingi orang yang baik². Aamily, rakan sekerjanya mengatur temujanji sebab usia dia dah 30an disamping itu dia mahu Anna mempromosi syarikatnya pada teman temujanji dia 😂. 2 in 1 bagus idea tu kan, memang biasa buat hahahaha kannn... 

Masa temujanji pertama, dia terlihat Isa putus dengan tunangnya. Tapi Anna tak nak libatkan diri jadi dia biar macam tu jer. Tak lama selepas itu, berita Isa mengasari tunang di media, jadi dia diperkenalkan oleh Jody, kawan aka orang kepercayaan Isa kepada peguam Isa untuk jadi saksi. Anna mula² menolak tapi akhirnya bersetuju selepas dia fikir dengan segala kebaikan Isa semasa mereka bersama². Isa berjaya dan Anna teruskan kehidupan dia. Tapi sejak dari situ Isa mula masuk dalam kehidupan baru Anna. Dan Anna mula keliru dengan Isa.

Temujanji kedua gagal lagi bila Isa datang kacau Anna lagi. Isa meluahkan perasan tapi Anna menolak sebab tak sanggup kecewa kali kedua kerena mereka hidup cara yang berbeza. Tapi tu tak mematahkan lagi semangat untuk Isa mengayat Anna dan menagih perasan Anna. First love never die, right? Akhirnya selepas mengharungi semua episode membahayakan mereka berkahwin dan mereka menjalani hidup sederhana dengan gembira.

Suka penulis Ann Hann sebab dia masukkan semua element yang baik seperti hubungan keluargaan, kawan², orang tua dan etc, walaupun pada dasar ada yang emmm... As Muslim we know right? Tapi manusia adalah manusia yang punya kelemahan. Forget je about that, saya bukan ustazah 😂. Beza dengan novel ni yang saya baca, novel Jon tu memang 100% orang putih tapi versi saya baca bahasa melayu, macam drama English bersubtitle bahasa melayu. Tapi novel ni, Anna orang Malaysia menetap di London kira mastautin tetap lah. Balik malaysia apabila ada kematian, lepas tu terus menetap di London. Saya tertanya² penulis mastautin di London ke sekarang? Dah 2 novel saya baca yang sama di tempat yang sama yang mengambarkan kehidupan itu. Rasanya London kena masuk dalam list travel saya la haha.

Macam saya cakap sebelum ni macam cerita Harry Potter versi bahasa melayu tapi kali ni novel saya baca macam novel Twilight. Suka sangat watak Isa cool tapi matang dan tegas, banyak sweet tapi tersimpan pada orang dia cintai. Anna pula banyak negative fikir tapi dia just let go quickly senang cerita boleh adopt current situation laa. Dia agak kuat walaupun macam budak lemah jer. 

Dalam ni ada bab cerita Halyn dan Kaizil, tapi saya belum baca lagi novel Halyn Bukan Cinderella dan novel Halyn Di Bawah Langit Barcelona.... Saya silap susun tajuk buku 😆

Rating: ⭐⭐⭐⭐/5

Ulasan