Langkau ke kandungan utama

Orkid Serena

Tajuk: ORKID SERENA

Penulis: Luna Adresia

Harga: RM22

Sinopsis: Wujudkah keajaiban? Rasa dalam jiwa itu boleh dikatakan satu keajaiban. Bagaimana boleh rasa sakit. Bagaimana boleh rasa sayang. Bagaimana boleh jatuh cinta. Fakta tentang rama-rama. Ia jarang dilihat saat hujan membasahi bumi. Tapi bagi Badrish, rama-rama yang paling indah yang pernah dia lihat adalah ketika hujan turun. Dia lihat Orkid Serena. Ya, Badrish sudah jatuh cinta. Hingga sampai keluar rama-rama dari perut yang gementar. Imaginasi? Barangkali. Terlalu indah? Juga barangkali.

"Semua manusia kat muka bumi ni berusaha untuk buat pilihan setiap hari. Dan awak juga tak terkecuali untuk buat pilihan walaupun awak rasa semuanya di luar kawalan awak. Awak boleh memilih. Sekurang-kurangnya, berusahalah untuk memilih kedua-dua diri awak. Tak perlu pilih Orkid. Tak perlu pilih Serena. Awak kena berusaha pilih untuk jadi Orkid Serena." - Badrish

Orkid Serena. Gadis biasa? Nope! Tiada yang biasa untuk gadis bernama Orkid Serena. Orkid kala ceria, mesra dan gembira manakala Serena kala hujan! Dua perwatakan berbeza dalam satu jasad. Jadi, bagaimana nak jatuh cinta? Milik siapakah cinta itu?

"You should love us, both." - Orkid Serena

Justeru bagaimana seseorang harus mendefinisikan keajaiban? Dalam dunia Orkid Serena yang sukar dimengerti, cuma ada insan lelaki bernama Aifan, yang cuba menanam rasa cinta dalam diri Orkid Serena.

"She's my sister. Of course, I love her, both." - Aifan

Dan Fayadh, yang melupakan rasa kerana merasakan dirinya tidak layak untuk terus menjaga dan melindungi Orkid Serena.

"I love her both too." - Fayadh

Orkid Serena dirasakan terlalu istimewa. Jadi, siapa sebenarnya yang bakal merasai keajaiban dalam jiwa bersama Orkid Serena?

Teaser 1 - 

"Manusia semua dah tak ada."

"Ya. Yang Ada cuma kau dan aku."

"Hanya kita?"

"Hanya kita."

"Dan bagaimana kita akan terus hidup?"

"Sepertimana manusia lain."

"Tapi manusia-manusia indah semuaa dah tak ada. Bagaimana?"

"Aku ada. Kau ada."

"Hanya kita?"

"Hanya kita." - ms 4 - 5

Teaser 2 - 

"Orang nak tinggal sini sampai hujan teduh."

"Dah kenapa? Saya ada payung ni. Jom balik. Umi cari. Nek Som cari. Tak lama lagi nak maghrib."

"Aina cakap kalau jalan dalam hujan, bahaya."

"Aina?" Aifan ketap bibir.

"Main dengan Aina sekali ke tadi?"

Serena angguk.

"Dah tu kenapa tak balik dengan Aina?"

"Aina dan lari balik masa hujan. Masa tu orang kat atas pokok lagi. Dia pesan tunggu sini, nanti dia datang balik dengan payung."

Aifan mengeluh berat. Di rumah tadi dia tengok Aina selamba mandi selepas basah lencun kena hujan. lepas tu Aina baring depan televisyen, sambil makan keropok ikan yang digoreng dengan sos cili yang Nek Som goreng dan letak di dalam bekas snek. - ms 25 - 26

Teaser 3 - 

"Fayadh!"

"Orkid, awak ingat saya!" Entah kenapa Fayadh rasa gembira tak terkata.

"Kenapa awak tak pedulikan saya tadi? Saya ingat awak dah lupakan saya!"

"Tadi orang tak ada. Sekarang orang dah ada!"

Fayadh senyum pksa. Dia sebenarnya langsung tidak faham dengan jawapan yang baru dia dapat daripada Orkid. 

"Awak sekolah kat mana sekarang? Kenapa awak ta nak sekolah kat sekolah kita tu lagi?" - ms 67

Teaser 4 - 

"Table seven... Table seven..." Badrish menyanyi kecil sambil menatang dulang berisi menu. Tiba-tiba langkahnya terhenti di ruang hujung cafe. Seorang gadis sedang duduk dengan sejambak ros putih di atas meja. Bukan itu yang membuatkannya terpanar di situ, gadis itu kelihatan dikelilingi rama-rama!

Badrish memisat-misat matanya.

Gilakah aku?

Pandangannya masih tidak berubah. Gadis itu memang dikelilingi rama-rama! Badrish menarik lengan Jidi yang lalu disebelahnya. Pemuda itu terserentak.

"Apanya, Abang Badrish?" Pemuda yang baru habis SPM itu hairanan.

Badrish mengetap bibir.

"Kan aku dah cakap jangan panggil aku abang! Rasa macam dah tua sangatlah. Panggil aku Badrish aje! Poyolah kau ni!" Bebel Badrish.

"Sorry! Sorry!" Jidi tunduk beberapa kali.

Badrish malas ambil pusing.

"Kau tengok perempun itu." Dia memuncungkan bibirnya ke arah meja yang dimaksudkan.

"Cantik! Kenapa? Abang Badrish nak  usyar ke?" Cepat Badrish menampar belakang kepala Jidi.

"Er... Kau nak ke?" Kekok. Jidi menelan air liur. Tidak seperti Iqbal, majikannya. Badrish memang jauh lebih kebudak-budakan.

"Kau tengok apa yang aku tengok?"

"Tengok."

"Apa yang kau tengok?"

"Perempuan cantik? Comel? Dan yang sewaktu dengannya?"
 
 "Selain itu?"

"Tu ajelah!"

"Rama-rama yang terbang di sekeliling dia itu?" - ms 102 - 103


Review: Orkid Serena punya penyakit split personality sejak masih kecik. Orkid ketika hari cerah, Serena ketika hujan. Orkid happy dan selalu gembira manakala ketika Serena jadi pasif, tak bercakap dan berada dalam dunia dia sehingga dia di gelar Rain Novelist. Orkid Serena anak yatim piatu jadi dia duduk bawah jagaan Umi Sofea. Umi Sofea ada 2 orang anak Aifan dan Aina. Malahan Orkid punya seorang kawan baik nama Fayadh. Jadi mereka semua menjaga Orkid sampai besar kecuali Aina memusuhi Orkid. 

Badrish, pemuda yang happy good lucky la. Semua benda nak enjoy, jadi dia kena paksa berkerja di kedai sepupunya oleh family. Dari situ la dia jumpa Orkid Serena aka bidadari rama-rama. Sejak dari situ mereka selalu terjumpa terutama waktu hujan sampai mereka jadi kawan baik dan ada password. 

Cerita ni berkembang walaupun ada 2 identity yang nak diceritakan. Suka watak Orkid Serena dan Badrish walaupun Badrish sweet talk potong kaki la hahahaha. Tapi kesian watak Aina tu hahaha. Try hard to get attention sedangkan dia patut adopt current situation. Sanggup memalukan dan menjatuhkan maruah diri untuk pastikan Orkid Serena berduka. Last² saya fikir Aina tu sakit jiwa. Entah apa jadi Aina selepas tu tak di ceritakan penulis. 

Memang kita sedia tahu Badrish ni hero dalam novel ni, mula² hero ke 2 saya fikir Fayadh, sebab dia always dengan Orked rupanya saya silap. Abang Aifan tu sebenarnya hero no 2. Cuma disembunyikan hubungan abang angkat jer. Tapi Badrish patut dapat Orkid Serena, sebab tu jodoh mereka. Betul la kata orang, kenal lama² bertahun² pun tak semestinya jodoh kita kannnn... Aifan gagal sebab gagal kenal Serena. 

So happy ending dan sweet for Orked  Serena dan Badrish... Dengar sikit lagu mereka berdua..




Rating: ⭐⭐⭐⭐/5

Ulasan