Langkau ke kandungan utama

Tentang Martin

Tajuk: Tentang Martin

Penulis: Ann Hann 

Harga: RM28

Sinopsis: Martin dan Lila berjumpa di dalam sebuah 'game show' yang dianjurkan E-Rose Tv. Di situlah Martin melahirkan rasa kagum dengan Lila yang dianggapnya berbakat luar biasa.

"Okey, Saya harap kita dapat jumpa lagi, Lila." - MARTIN

Selepas 'game show' itu, mereka dipertemukan sekali lagi. Kali ini sebagai ketua dengan pekerja. Lebih memalukan Lila bila dia terikat dengan Martin disebabkan hutang yang berpunca darinya. Tetapi Martin tidak peduli semua itu. Baginya Lila adalah gadis yang telah lama dia nantikan walaupun gadis itu kerap menolak rasa hatinya.Namun saat mereka berdua semakin rapat, masalah baru tercetus lagi.

"Awak jual idea saya?" - LILA

"Itu saja jalan supaya kau tak lari?" - MARTIN

Semakin Lila cuba mengelak, semakin Martin mendesak. Semakin Lila melarika diri, semakin Martin laju mengejar.

"Kalau dengan menerima tawaran dari Kota Mediaboleh membuatkan kita takkan berjumpa lagi, saya akan terima tawaran tu." - LILA

"Aku mahu berbicara lebih dekat dengan kau. Bukan sebagai ketua dengan pekerja. Masalah hati ini hanya antara kita berdua." - MARTIN

Adakah Lila akan menerima tawaran dari stesen TV kota Media dan memilih untuk menolak Martin? Sudah terlambatkan buat Lila menyedari keinginan hatinya di saat Martin membawa diri ke luar negara? 

Teaser 1: 

Keluar! Kau memang anak tak guna! Dari kecik sampai besar, memang tak pernah buat aku senang!" Sambil menyanggul rambut, emak terus membebel.

Dengan rasa amarah yang menggunung, aku cepat-cepat membuka pintu rumah dan keluar dari situ. Kalau amarah itu terus dibiarkan berkumpul, mungkin akan meletup. Dan aku pasti akan menjadi anak derhaka selepas itu.

'Apa dah jadi dengan hidup aku sekarang ini?'

Soalan itu kerap kali bermain di dalam benakku. Berkali-kali, sehingga akhirnya aku lali untuk memikirkannya lagi. Ketika teman seusiaku menjalani kehidupan lebih  baik dan normal, aku sedang menjalani takdir yang sebaiknya. - ms 4


Teaser 2: 

"Martin, awak tak ada teman wanita ke?"

"Ada."

Jantungku tiba-tiba berdegup kencang walaupun zahirku nampak sahaja tenang.

"Apa kata kalau awak balik sekarang? Nanti dia tahu awak dengan saya dekat sini." 

"Tak. Dia kerja dengan E-Rose TV juga.  Saya sedangan tunggu dia balik kerja." Jawabnya.

"Baiklah. Selamat mala, saya nak tidur. Tolong kunci pintudepan lepas awak keluar."

"Kejaplah, saya nak habiskan kopi dulu. Hati-hati Lila. Terus call saya kalau ada apa-apa, okey." Martin tersenyum-senyum melihat kopinya.

Seperti ada sesuatu dalam fikiran lelaki itu. Atau aku yang berprasangka/ Malas mahu berfikir panjang, akhirnya aku mengganguk tanpa memandangnya. Ada sesuatu yang menyelinap dalam hatiku. Sesuatu yang tidak ingin aku serahkan.

'Bermimpi sajalah, Lila.' - ms 128 - 129 
 
Teaser 3: 

"Martin!" Bentakku. Dadaku turun naik menahan marah. Aku menggeleng, kecewa dengan sikap dan pemikirannya.

"Awak betul-betul buat saya kecewa. Berapa banyak lagi rasa malu yang terpaksa saya tanggung? Saya ni kalau boleh tukar muka saya jadi orang lain, saya sanggup. Asalkan saya tak perlu berdepan dengan awak lagi. Saya dah lama dan tak sanggup pikul rasa malu tu lagi." Dada yang sebak masih berjaya kutahan.

"Aku lebih kecewa sebab kau terfikir hendak menerima tawaran Kota Media!"

"Sebab saya ada alasan untuk itu!" Aku hampir menjerit.

Martin mahu mencelah tetapu aku cepat-cepat meneruskan kata-kataku. - ms 274

Review: Habis dalam masa 1 hari! Kali ni penulis cerita di dalam malaysia bertempat di Johor kot, sebab ada Kota Iskandar dan etc. Kali ni cerita kisah Lila dan Martin. Tak tahu kenapa tajuk Tentang Martin sedangkan rasa banyak kisah Lila, Martin dan tempat mereka berkerja lagi 🤔. 

Lila dan Martin bertemu dalam game show. Mereka bekerjasama dengan baik walaupun pertama kali berkenalan. Lila mahu memenangi permainan itu kerana di janjikan untuk berkerja di syarikat E-Rose yang merupakan stesen media bagi rancangan game show ni. Mereka menang dan mereka dapat duit rm30k dan Lila mendapat jawatan sebagai Ketua Bahagian Idea Dan Skrip.

Keadaan baik sehinggalah emak Lila menggunakan duit itu untuk shopping sampai baki rm3k sedangkan rm30k tu sepatutnya separuh di bahagikan pada Martin. Lila dah gelisah dan gakut kerana dia dikira berhutang tanpa disedari. Pada hari dia mula berkerja, dia baru tahu yang Martin tu merupakan .... Jadi dia pun bagitahu hal sebenar pada Martin dan berjanji akan bayar ansuran. Martin meminta dia membeli sarapan atau makanan lain² sebagai ganti rugi. Lila menerima dengan terbuka. Dah tu permulaan mereka berkawan(?)

Sejak Lila ada di Variety and Talk Show Department, Lila mula memproses idea yang baru di tempat kerja. Dari novel ni saya mula la sikit faham bagaimana penghasilan rancangan reality show tu sampai di ditayang di tv. Mencabar beb! 
Martin dan Lila berkerjasama dengn baik sampai orang fikir Lila ni budak suruhan Martin. Sedangkan pendapat saya la, nampak jelas Martin rapat sangt dengab Lila. Tapi yela Lila segan sebab dia masih BERHUTANG dengan Martin.

Keadaan makin tegang bila ada stesen tv lain cuba untuk tawaran kerja dengan status dan kewangan yang stabil pada Lila. Martin marah sangat dan mereka berdua mmm gaduh(?) Sebabkan itu, Martin letak jawatan bagi pastikan Lila selesa kerja disitu tanpa perlu bertukar, membuatkan Lila rasa bersalah. Bos cakap Martin mahu balik ke Switzerland, jadi dia kena kejar dan pujuk supaya Martin tidak letak jawatan. Lila pun pergi dan tup tup kahwin 😂. 

Lepas kahwin, datang pula penaja mahu tackle Lila. Marah betul Martin sampai la kepada fitnah yang membawa Martin seminggu bermalam dalam lokap polis. Akhirnya semua tu salah faham dan mereka bahagia menghitung hari untuk majlis resepsi.

Martin memang ciri² lelaki yang baik. Sweet dengan orang yang disuka dan baik pada semua orang termasuk perempuan. Tapi cepat cemburu pada semua lelaki klo cuba rapat dengan Lila 🤣. Lila pula rendah diri bila dengan Martin sebab dia banyak hutang dengan Martin jadi dia teragak² dan takut, malahan dia redo klo macam budak suruhan walaupun dia tu sebenarnya cuba bayar hutang dengan cara tersendiri. Sebab tu bila Martin bagi hint, Lila tepis walaupun hati dah tersangkut. 

Kalau 2 novel family baik tak ada masalah, kali ni emak Lila dengan abang dia selalu susahkan Lila, kesian pun sangat bab paksa kahwkn tu huhuhu. So far, saya enjoy baca novel ni. Ni novel ke 3 saya baca dari penulis Ann Hann. Tapi klo ikut susun tahun ni novel no 2 penulis 😂

Rating: ⭐⭐⭐⭐/5

Ulasan