Langkau ke kandungan utama

Jon And The Sign Of Love


Tajuk: Jon And The Sign Of Love 

Penulis: Ann Hann

Harga: RM30

Sinopsis: “Boleh kita jumpa nanti?” Jon membongkok sedikit ketika berbisik dari tepi bahuku.

Jon, bolehlah kurekodkan sebagai lelaki yang paling aku tidak ingin jumpa di mana-mana pun di dalam dunia ini.

“Aku nak kau menyamar jadi teman wanita aku hanya untuk beberapa bulan, untuk yakinkan ayah aku,”

“Kau gila!”

Tetapi Nami Rose Adams telah terperangkap dalam rancangan licik Jon Aragon Holland yang tidak disangka-sangkanya. Menyamar sebagai kekasih Jon untuk menipu kedua-dua orang tua Jon.

Aku telah melakukan tiga kesalahan yang teruk.
Pertama – Menyamar sebagai kekasih palsu Jon.
Kedua – Menipu kononnya aku anak orang kaya.
Ketiga – Mengecewakan Encik Roman dan isterinya yang betul-betul percaya padaku.

Dan kesalahan yang paling jelas yang paling tidak ingin aku akui, aku sukakan Jon Aragorn sejak akhir-akhir ini.

Adakah penyamaran Nami berjaya? Bagaimana dengan pula dengan Jon? Dapatkah Jon mencapai cita-citanya dan memiliki wanita idamannya?

Teaser:

#1 -  "Selamat petang, boleh saya bantu," ucap seorang jurutunai yang cuba memaniskan senyuman.

Pelanggan lelaki di depanku itu beriak tenang dengan matanya memandangku beberapa saat sebelum bersuara.

"Hai, Miss Adams, lama tak jumpa," sapa lelaki itu selamba.

Dia memakai baju-t kelabu dengan jaketnya diletakkan sahaja di atas bahu seperti baru pulang dari melakukan kerja-kerja buruh.

Aku masih dengan lagak pura-pura tidak mengenalinya dan sekadar membalas ucapan itu dengan pandangan remeh. - ms 8 - 9

#2 - Cubaanku kedua pun gagal selepas pulang daripada kerja keesokannya. Aku bukan hendak menuduh, tapi aku rasa Jon memang mengekori aku ke mana-mana saja. Mungkin dia takut aku melarikan diri? Adakah sebab ayahnya terkenal di sini jadi dia pun ingat new York dia punya?

Tepat jam 6:00 petang itu, aku sedang mengisi borang pertandingan kuiz Matematik untuk sebuah program televisyen. Kebetulan ada kru daripada stesen TV berkunjung ke ruang pameran dan sedang mencari peserta. Dan itulah tuah yang sedang aku tunggu-tunggu dengan harapan aku boleh menang dan sekaligus menamatkan kontrak kerja dengan Roman Empire.

Aku sedang mengingati alamat rumah dengn mata terpejam beberapa kali. Fikiranku dipenuhi angan-angan apa yang aku hendak buat kalau aku memenangi wang kuiz sebanyak 20 ribu dolar. "Alamak, macam mana aku boleh tak ingat nombor jalan..."

"Kau buat apa?"

"Oh..."

Aku melompat ke tepi, terkejut mendengar suara macam bisikan hantu daripada balik bahuku. Dia pantas merampas borang kuiz daripada tanganku.

"Kau tengan cari duit untuk batalkan kontrak?" Jon membaca maklumat dalam  borang itu sambil tersengih dengan bibirnya yang senget ketika senyum  mengejek. - ms 78-79


#3 - "Okey, pakar kaunseling... kita akan buat pangilan video pagi ini."

"Pangilan video? Dengan siapa?" Aku kehairan dan tiba-tiba risau.

"Mak aku. Dia nak aku buat panggilan video dan pastikan kita datang ke majlis makan malam itu."

Keningku terangkat. Tanpa mempedulikan aku yang tertanya-tanya Jon duduk disebelahku dengan telefon di tangannya bersedia untuk membuat panggilan.

"Tapi sebeum itu aku terpaksa beritahu sekali lagi yang kita berdua... kena berpura-pura mesra." - ms 174


#4 - "Duduk Nami," kata Puan Holland sopan.

"Biar dia berdiri!"

Sura garang Encik Romsn menyentap darah. Aku hanya tertunduk bisu.

"Tak sangka! Saya betul-betul tak sangka Nami Rose Adams..."

Aku mengangkat wajah dan melihat kemarahan di mata Roman Aragorn, Dia menarik nafas laju dan menghembusnya seperti seekor naga yang sedang menahan dirinya daripada mengeluarkan api. Aku langsung tidakberanibercakapsebab aku sedar kesaahan itu terlalu besar untuk dimaafkan.

"Macam mana saya boleh percayakan kamu?" Encik Roman menggeleng kesal dengan matanya tidak lepas daripada melihat mataku.

"Saya dan tua. Lebih banyak pengalaman dan saya sudah jumpa beribu-ribu perangai manusia tapi hairan saya langsung tidak dapat mengesan yang kamu juga seorang penyamar, penipu. Kamu sama saja dengan kekasih-kesaih palsu yang pernah Jon kenalkan sebelumnya. Itulah yang benar-benar mengecewakan saya Nami!" mulut Encik Roman bergetar marah. - ms 288 - 289

#5 - Tiga bulan kemudian...
Selepas melalui momen-momen yang paling indah, yang tidak dapat kuterjemahkan dengan apa pun bahasa, aku memahat sebuah nama di hatiku. Semuanya termetrai dalam sumpah janji sehidup semati. Kami akan meraikan hari itu setiap tahun dengan penuh cinta dan ucapan janji setia. - ms 500


Review: Habis je novel ni rasa terbuai² kisah cinta antara Jon dan Nami. Sweet sangat.. rasa dalam perut penuh kupu-kupu. Rasa apa Jon rasa sampai dalam hati 🤣. Bab yang mula² rasa boleh lagi stop baca, bila dah tengah² bab... Kena baca sampai habis sambil sengih walaupun kadang² sedih tanpa air mata 😂.

Cerita ni bukan orang melayu. Cerita ni version cerita orang putih aka mat saleh celup² di perjalanan cerita ala² versi Harry Potter tapi bukan magic dan semua dalam bahasa melayu. Rasa macam novel terjemahan English sebab latar belakang New York TAPI ni memang novel melayu! Teruja.

Kisah Nami yang dalam mencari rezeki untuk kehidupan dia bersama mak dan adik kembarnya. Nami terjumpa dengan Jon dan kemudian mereka memjadi majikan-pekerja. Nami tak suka Jon dari mula mereka dipertemukan sebab Jon ni pembuli dan dia di buli oleh Jon sampailah Jon berpindah. Dan sekarang dia tak sangka Jon merupakan anak hartawan dan bos di tempat kerja Nami. Jon dengan kuasanya sekali lagi paksa Nami jadi kekasihnya. Nama terpaksa setuju. Jadi mereka pun mula berlakon jadi kekasih depan ibu bapa Jon. 

Semuanya baik² dan Jon ceritakan yang dia cari kekasih sebab dia ada hobi memburu puting beliung, tapi ditentang oleh ibubapa Jon sebab dia anak tunggal lelaki dalam keluarga itu. Dalam masa yang sama Jon macam bagi hint² yang Jon suka Nami. Tapi tu la Nami ni tak habis² cakap Jon ni pembuli tapi versi tersentuh hati sebab Jon ni sweet dengan cara tersendiri 🤭.

Konflik berlaku bila apa mereka buat sekarang ketahuan, Nami dipersalahkan dan dibuang kerja. Nami sedih sebab dia tahu memang salah dia tapi bukan salah dia 100% dan bukan idea dia nak menipu. Jon berusaha dan mula² langkah untuk pikat Nami balik walaupaun ditentang hebat oleh ayahnya berkenan status. 

Akhirnya Nami mengaku dia sukakan Jon dan Jon memang suka kan Nami sejak dulu lagi. Mereka mula berpacaran. Tapi yelah ditentang habisan dengan ayahnya jadi Jon bertindak melulu terus hunter puting beliung dan Jon hilang. Merana la Nami serta ibubapa Jon. Bapa Jon datang bertemu Nami meminta maaf atas kesilapan dia. Mereka sama² harap Jon kembali.

Ending.. Jon kembali dan mereka berkahwin.. tapi mesti lah cara sweet. Macam tengok cerita korea dan cerita orang putih bergabung meletop love-love 💕💕💕 hahahaha. Tapi memang novel ni sweet sangat la. Banyak sign² love Jon bagi kat Nami. Nasib baik tak ada kuda putih jer hahahahaha. Ideas fresh for love 😍

Hubungan keluargaan erat antara Nami dan keluarganya, serta jiran tertangga macam wow betul ke masih berlaku di New York? hmm fantasi.. novel ni buat watak ni hidup walaupun ni hanya cerita rekaan semata-mata. Kisah ni 100% selepas COVID-19 melanda jadi nampak la betapa sukarnya orang mencari kerja. 


Oh saya mula sukakan penulis Ann Hann ni! 🤭

Rating: ⭐5/5!!

Ulasan