Langkau ke kandungan utama

Bahagia Untuk Izammil


Tajuk: Bahagia Untuk Izammil

Penulis: Hannaz

Harga: RM30

Sinopsis: Dingin, dan garang. Bagi Hanim Izzati, itulah ciri-ciri lelaki kacak tapi, misteri itu.

Izammil Ardhwan. Kehadirannya di syarikat keluarga mengejutkan semua. Kata orang, dia ‘anak kedua misteri’ yang tak bernama. Tak pernah nampak bayang tapi, tahu-tahu saja muncul sebagai CEO baru.

Daripada hubungan bos dan pekerja, kepada anak mak cik sebelah rumah, kepada Hanim yang bergelar Kak Beauty Tiara, si cilik milik Izammil... sejak itu, Hanim bagaikan terikat dengan Izammil. Sehinggalah satu kemalangan yang membuat Izammil sendiri tampil untuk mengikat Hanim lebih rapat dengannya.

“Kahwin dengan saya. Demi Tiara.”

Tapi, bagaimana dengan Lyana yang sudah ditabur janji untuk dikahwini?

Sangka Hanim, berkahwin dengan Izammil bermaksud dia hanya perlu sayangkan Tiara seperti anak sendiri. Tapi, segala-galanya berubah apabila banyak rahsia terbongkar satu per satu. Dan, Hanim tahu sekeping hati Izammil ialah hati yang paling banyak dilukai. Hati itu beku dengan amarah.

“Tiara is all I have.” - Izammil

Jika bahagia Izammil terletak pada Tiara, Hanim sanggup selama-lamanya bergelar isteri demi Tiara. Namun, apabila masa lalu Izammil muncul semula untuk membawa pergi Tiara dari hidupnya, banyak maruah yang perlu dijaga. Maka, Hanim tahu dia yang perlu berkorban.

“Saya berahsia demi maruah ramai orang.” - Izammil

“Saya ada satu peluang untuk betulkan segala-galanya, dan bodohlah saya kalau saya tak ambik peluang tu untuk kembalikan awak yang dulu.” - Hanim

Tiada apa yang indah tentang masa lalu Izammil tetapi, itulah yang membuat Izammil sangat indah di mata Hanim.

“I’ll be the first to cry when you’re hurt, and the last to smile until you smile first.” - Hanim

Teaser:

#1 - Tak lama selepas Dato' Erman bercakap, bangkit pula si jejaka asing itu. Sebaik sahaja dia berdiri di hadapan semua pekerja, aku dapat mendenhar beberapa nafas perlahan yang tersekat. Dan salah satunya mungkin aku sendiri. 

Gila! Kacak habis, beb! Memang handsome yanb tak boleh nak dipertikaikan. Muka boleh tahan hot. Badan pun tegap. Anak orang kaya pulak itu. Kira macam pakej lah. Tapi, satu aje yang kurang. Muka. Sangatlah tegang. Macam boleh kiamat dunia kalau dia senyum!

Dipandangnya satu per satu pekerja yang ada dan apabila pandangan kami bersabung, terus darah aku berderai! Gila tajam dia pandang orang!

"Saya Izammil Ardhwan. Your new chief executive officer. First, let us be clear. I hate someone that can't respect my time."

Aku terus tersentap. Matanya tak memandang aku tapi, mata staf yang lain laju aje mengerlinh ke arahku. Tahu yang lelaki bernama Izammil ini sebenarnya perli aku. Riak wajahnya masih sama. Tiada senyuman dan kekal mendatar. Macam bukan baru lepas sindir anak dara!

" Be with my rules. Respect my time, my position, my privacy and my words. I hate rumours and worthless gossips. Leisuring during working hours are my biggest anti-of. So stay away from your worthless leisuring moment."

Aku dah mengutuk dalam hati. Ini ke gaya orang baru? Muka sombonh, suara beku, strict dan sangatlah dingin. Tak sporting langsung. Satu lagi, ada gaya kuku besi!  - m/s 10

#2 - Aku tak faham kenaa Tiara ada masalah dengan Lyama walaupun aku akui Lyana macam off sikit bab melayan budak-budak ni. Lagipun, Lyana kekasih Encik Izammil. Encik Izammil akan kahwin dengan Lyama juga tak lama lagi. Nak tak nak, Tiara perlu terima dia.

"Memanglah tapi, dia suka marah Tiara. Bila dia belanja Tiata mainan, dia selalu rush Tiara. Dia cakap, "quick choose what you want. Such a waste of time!" Atau "why are you so picky? So slow." Padahal kalau Tiata dan papa ikut dia shopping pun, dia lagi lama shopping daripada Tiata tau," adu Tiata sambil mengajuk gaya Lyana.

Aku tergelak melihat aksinya itu. Apabila kaki terasa lenguh berdiri, aku panas menggamiy Tiara agar duduk di bangki yng tersedia disitu.

"Yelah, sebab Aunty Lyana kerja. 
 Dia kena kejar kerja di. Kenalah cepat." Tak pasal-pasal aku membela Lyama pula.

"Papa pun busu jugak. Tapi, tak oernah cakap macam tu dekat Tiara," bakas Tiara.

Aku terdiam. Ya tak ya jugak.

"Papa baik tak dengan Tiara?" Aku tukar topil dari kekasih si papa kepada papanya sendiri.

Kali ini, Tiara terus menggangguk.

"Papa Tiara baik sangat. Dia jarang marah Tiara. Papan selalu kata dia sayang Tiara. Tiara pun sayang papa. Atuk kata papa selalu balik lewat sebab banyak kerja tapi bila papa balik lewat, paap selalu beli hadiah untuk Tiara," cerita Tiara dengan riang . - m/s 160

#3 - "Izammil...." Aku menegur perlahan tapi, Lyana lebih laju menjelinh aku. Bagaikan amaran agar aku tak masuk campur dalam hubungan mereka. 

Kemudian, matanya kembali memandang Encik Izammil. Menyinga tetapi, ada senyuman sinis di bibirnya. 

"You tampar I demi budak kecik tu, Izammil?! You lupa ke apa yng I buat untuk you selama enam tahun ni? Apa yang I korbankan demi you? Berderet lelaki yang nakkan I tapi, semua I tolak demi you! Walaupun bertahun I terpaksa tunggu demi rasa sayang you yang bodoh tu pada Tiara!" kata Lyana dengan dadanya yng berombak kasar. 

Kedua- duanya berwajah tegang. Pertama kali aku melihat mereka berdua begini. 

"You pernah letakkan diri you dalam kedudukan I tak? Seorang perempuan muda, berkerjaya sebagai model tapi, keluar bertiga dengan you dan Tiara? Berapa banyak job I almost lost sebab rumours I dah ada anak dalam diam? Yang ingat body I dah tak cukup cantik untuk jadi model?"

"Or for the fact that I am your lover, Izammil. Tapi, berapa kali aje kita keluar berdua? Berapa kali kita date macam pasangan biasa? Sebab budak tu selalu ada antara kita! Berapa kali kita candle light dinner? Oh, right. Mana boleh. Budak kecik tu nak KFC! Lepas tu, nak main kat taman. Nak main arcade! When is the last time you treat me as your lover, Izammil?"

Lyana bagaikan melepaskan segala yang terbuku fi dada. Semua kesalahan diletakkan di bahu Encik Izammil. - ms 368

Review: Hanim...mmm gadis buntal rasanya 😆. Cakap langgar tanpa brek jadi sebab tu di awal Hanim dan Izammil kenal tak berapa okay la 🤣. Hanim pekerja dan Izammil bos. Rupanya Izammil ni anak jiran sebelah rumah parents dia. Tiara, anak angkat Izammil. Hanim ni suka budak² sesuai dengan perangai buntal dia, tu sebab dia cepat kameceng dengn Tiara. Jadi Izammil pinang dia untuk jadi ibu Tiara bukan Lyana, kekasih. Hanim mula² tak setuju tapi jatuh kesian dengan Tiara akhirnya mereka berkahwin. Lyana nama je kekasih Izammil tapi langsung tak faham Izammil. Lyana ni anak orang kaya tapi macam pokai jer. Yelah job model tapi melenting macam orang biasa² jer. Lyana ni agak sombong tapi dia biasa² jer. So Hanim bila masuk keluarga Izammil, cerita demi cerita keluar. Al maklum la keluarga orang² kaya, jadi perebuatan harta perkara utama. Muncul pula ayah kandung Tiara, Iman datang untuk berebut hak jagaan. Mula² Hanim fikir (sama macam I fikir) Iman betul² mahu jaga Tiara dan tebus balik kesilapan meninggalkan anaknya setelah isterinya meninggal akibat kanser. 

Rupanya tidak, Tiara ni adalah salah 1 pemegang share syarikat. Mula la Izammil dan Iman berebut pasal hak. Izammil sebab nak backup anak angkatnya manakala Iman sebab share milik anaknya. Kesian Tiara. Kisah ibu Izammil kenapa dia disisihkan oleh keluarga sendiri sampai Izammil yang terluka teruk sebab tanggung kebenaran sendirian. I rasa sebab tak terus terang or maybe dah terus terang cuma tak dapat terima hakikat itu. Ayah Izammil ni terlalu percaya orang lain dari family sendiri sebab tu keluarga pecah belah dan dihalau isterinya tanpa tahu kebenaran. Over sangat isteri ayah Izammil aka mak tiri Izammil, watak orang jahat gapi tak berapa nak jahat sangat.

Akhirnya, mestila la kebenaran berjaya dibuktikan. Yela kuasa Allah kan.. orang teraniaya doanya tanpa hijab tau. Tapi macam tu la, cerita yang best tapi i rasa macam so so. I suka lagi novel Cinta Berganti Nyawa dari penulis ni.


Rating: ⭐⭐⭐/5

Ulasan