DAILY DOSE OF SUNSHINE
Tajuk: Daily Dose of Sunshine
Pengarah: Lee Jae Gyoo
Penulis Skip: Lee Ham Gyu, Kim Da Hee
Platform: Netflix
Episode: 12
Tarikh Terbit: 3 November 2023
Plot: Jung Da Eun bekerja sebagai jururawat. Dia dipindahkan ke Neuropsychiatry dari Jabatan Perubtan Dalaman. Ini kali pertama dia bekerja dalam Neuropsychiatry, jadi semuanya sukar dan janggal untuknya. Namun begitu, Da Eun cuba sedaya upaya untuk menangani pesakit dan membesar sebagai seorang jururawat dengan bantuan ketua jururawat bahagian Jabatan Kesihatan Mental, Song Hyo Jin. Dong Go Yun, bekerja sebagai doktor dan pakar Kolorektum dalam Unit Protologi. Go Yun suka melihat cara kerja Da Eun dan layanan yang diberikan oleh Da Eun, Go Yun menyedari bahawa dia tersenyum apabila melihatnya malah penyakita yaang dia hadapi disembuhkan olehnya.
Sementara itu, Da Eun berkawan dengan Song Yu Chan. Dia kelihatan seperti orang yang sangat tenang tetapi dia menahan kesakitan di dalam yang tiada siapa yang tahu.
Pelakon
Jung Da Eu - Park Bo Yong
Dong Go Yun - Yeon Woo Jin
Song Yu Can - Jang Dong Yoon
Hwang Yeo Hwan - Chang Ryul
Min Deul Re - Lee Edam
Song Hyo Jin - Lee Jung Eun
Park Soo Yeon - Lee Sang Hee
Hong Jung Ran- Park Ji Yeon
Yoon Man Cheon - Jeon Bae Su
Im Hyeok Soon- Kim Jong Tae
Kong Cheol Woo - Lim Jae Hyuk
Cha Seong Ha - Kong Seong Ha
Sinopsis Episode
1. Waktu paling gelap adalah sebelum fajar
Jeong Da Eun baru-baru ini dipindahkan ke Jabatan Kesihatan Mental, pesakit pertama Da Eun ialah Oh Ri Na - seorang wanita yang kelihatan normal saja.
2. Tiada mood untuk bekerja
Da Eun mendengar kebenaran yang pahit dan terluka olehnya. Apabila ketegangan semakin memuncak, doktor dan jururawat menyelesaikan perselisihan mereka dengan cara lama.
3. Jaring keselamatan
Pelatih jururawat membuat latihan di wad psikiatri, tetapi salah seorang daripada mereka menunjukkan tingkah laku yang pelik. Da Eun secara tidak sengaja mengetahui rahsia tentang kawan baiknya, Song Yu Chan
4. Dalam mencari sinar harapan
Ada pesakit yang bermusuhan menuduh Da Eun mencuri wangnya. Sementara itu, Min Deul Re menawarkan Hwang Yeo Hwan gambaran sekilas tentang hidupnya untuk menunjukkan kepadanya realitinya.
5. Apabila kehidupan memberitahu awak untuk pelahanan
Semasa kecemasan, Da Eun melihat sisi lain Dr. Dong Go Yun. Kehidupan jururawat kanan, Park Soo Yeon berkaitan dengan seorang pesakit yang bergelut sebagai ibu dan bekerja.
6. Sehari dalam kehidupan Ahli Sihir
Menghadapi masalah kewangan, Deul Re menjauhkan diri daripada Yeo Hwan. Da Eun semakin bimbang tentang pesakit yang telah discaj yang berintegrasi semula ke dalam kehidupan sehariannya.
7. Yang tertinggal
Rakan dan rakan sekerja Da Eun bimbang untuknya selepas tragedi sementara doktor, jururawat dan pesakit belajar tentang merawat PTSD.
8. Tarikh luput pada kesedihan
Mendapati sukar untuk sembuh tanpa perlahan masalah, Da Eun cuba menghadapi emosinya. Yeo Hwan dan Go Yoon bersimpati dengan isu perhubungan mereka.
9. Saya adalah jururawat dengan kemurungan
Deul Re berurusan semula dengan kepulangan ibunya. Da Eun mendapati dirinya berada dalam keadaan yang sama dialami oleh pesakitnya ketika dia bergelut dengan diagnosisnya sendiri.
10. Bahagian paling sukar dalam perjalanan
Da Eun belajar bagaimana untuk mengutamakan dirinya, tetapi menghadapi ketakutan untuk kembali bekerja - dia menerima kata-kata keberanian daripada ketua jururawat.
11. Dan perjalanan diteruskan
Kini Da Eun menjadi bahan gossip di hospital, Da Eun kembali bekerja. Semasa keluar malam dengan kawan-kawan, Deul Re menemui semula perkara yang menggembirakannya.
12. Dose harian sinaran matahari
Da Eun berjaya mencari cara unik untuk membantu pesakitnya. Deul Re berhenti kerja dan meneruskan minatnya dan Yu Chan mengambil pendirian yang berani.
Review: Dalam lama saya tak terjebak drama bersiri korea ini. Tiba² drama ini menarik sangat. Sebab plot cerita ini adalah penyakit mental dan ia sedang berlaku di sekeliling kita mahupun saya dan awak semua merasainya. Sedikit sebanyak dapat kita fahami dan info dari drama ini di mana setiap penyakit mental pasti ada jalan untuk sembuh. Malahan sokongan moral dari keluarga mahupun orang terdekat membuatkan kita bukan seorang diri.
Suka melihat berkembangan watak Da Eun dengan Go Yun. Malahan watak kawan baik Da Eun, Yu Chan akhirnya menerima hubungan Da Eun dan Go Yun serta berjaya mengatasi masalah kecelaruan panik dalam menghadapi tekana. Kerja di pejabat. Doktor Yeo Hwan bercinta dengan Daeul Re, sayangnya terpaksa Long Distance Relationship (LDR) kerana Daeul mahu jadi seorang peramugai kapal perlayaran/ pekerja di kapal perlayaran (?)
Malahan hubungan baik doktor dan jururawat kena la baik dan kuat serta rakan-rakan sekerja lain. Baru faham tekanan juga kerja dalam bidang perubatan. Tekanan yang sangat kuat. Rasanya semua bidang kerja tak kisah la Profesional mahupun tak professional memang punya masalah dan tekanan masing-masing. semua itu mencorak kehidupan kita.
Apa² pun sayangilah diri sendiri. Jika rasa tertekan, stress, kemurungan, tingkah laku bunuh diri, panic attack, anzieti maka hubungi la di TALIAN HEAL 15555. Talian ini beroperasi pada setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.
Ulasan