Langkau ke kandungan utama

Novel Bagaikan Angin ~Naniey TJ~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. 


Tahun Terbit: 2022
Jadul: Bagaikan Angin
Nama Pengarang: Naniey TJ
Penerbit: Anaasa Publication 
Bil. M/S Buku: 525 Helai

Belakang Buku:   
Pertemuan antara Dhia Sofia dan Syed Shameer terjadi saat dirinya hilang tempat bergantung. Di ugut dan di ganggu setiap hari oleh Luqman yang tamakkan harta membuatkan dia nekad menerima Syed Shameer sebagai pelindungnya. 

“kita bukannya kahwin kontrak, kita kahwin sebab kita sama-sama mahukan perkahwinan ni. You patut layan I selayaknya sebagai suami you” Shameer. 

Tak kenal maka tak cinta, namun saat perasaan sayang mula bercambah dalam perkahwinan mereka, muncul Syed Shahir membongkarkan rahsia terbesar Syed Shameer. Hancur hati Dhia Sofia saat mengetahui dia sedang berkongsi kasih dengan model dan pelakon terkenal, Indah Karmila. Lebih memilukan dia hanyalah isteri simpanan Syed Shameer.

“menunaikan amanat tak beerti awak boleh tipu saya macam ni. Selama ni awak tak ikhlas. awak buat sebab terpaksa” Dhia Sofia

Perkahwinan yang tenang mula dibadai fitnah. Hingga akhirnya Dhia Sofia dan Syed Shameer memutuskan untuk membawa haluan masing-masing. Setelah bertahun menghilang, Dhia Sofia muncul untuk memutuskan ikatan mereka secara sah di sisi undang-undang. Kemunculan Aqel bersama Dhia Sofia mengundang amarah di hati Syed Shameer. Dhia Sofia harus membayar segala pembohongannya. Nasib Aqel dijadikan taruhan. Mampukah sebuah cinta menghapuskan seribu luka di hati mereka?.

Rumusan:
Kisah malang hidup Dhia. Mula² nak berkahwin, tunang dia kena langgar. Lepas tu abang angkat, Luqman datang kacau dia untuk dapatkan geran tanah dan rumah keluarga angjat Dhia. Disebabkan budi dengan keluarga angkatnya, Dhia pertahankan sampai hilang segala². Ketika dia hampir dilacurkan oleh abang angkat, dia diselamatkan oleh Sham. Sham ajak Dhia berkahwin sejak sebulan selepas tunang Dhia meninggal dunia. Alasanya sebab Sham berjanji dengan tunang Dhia, Zahari. Disebabkan dah termakan budi kerana Sham asyik tolong Dhia bola ditimpa masalah dan musibah, Dhia bersetuju walaupun tak rela hati. Mereka berkahwin. Tapi dalam masa yang sama, Sham ada kekasih yang bakal berkahwin iaitu Mila. Di majlis perkahwinan Sham dan Mila, Dhia hadir dan baru dapat tahu dari ayah kandung Sham. Dari situ byk konflik terjadi sampai Shan lafaz cerai talak 1. Dhia di sahkan mengandung tapi Sham tak tahu jadi Dhia keluar dari rumah Sham dan balik kampung. Selepas 5 tahun, Dhia datang jumpa Sham untuk failkan perceraian. Tapi Sham dapat tahu dia ada anak, jadi bermula la perebutan anak antara Sham dan Dhia. Sham buat syarat dia kena jadi orang gaji dalam rumah dia selama 3 bulan. Selama 3 bulan itu, Dhia tahan hati dengan Sham. Malahan anak mereka Aqel, tak diterima oleh Mila. Sehinggalah Mila keguguran pun Dhia dituduh bawa malang. Dari situ terbongkar semua. Sham rujuk semua dengan Dhia dan ceraikan Mila. Mereka hidup bahagia. 
Tak suka watak Sham walaupun ada kebaikan yang dia buat pada Dhia. Sham memang kejam dan penting diri sangat. Playboy tahap apa entah walaupun versi baik kononnya. Mainkan hukum Allah. Rasa nak tembak senapang gajah! 
Kadang² hubungan Dhia dengan kawan² dia agak kasar. Tapi mybe disebabkan masalah hati, manusia hilang pertimbangan. Tolak ansur memang kena ada pada semua orang dikeliling (zira sila take note!). Dhia ni agak keras kepala (bukan perempuan memang macam tu ke termasuk saya? 😆) Stress baca tau dengan ego masing² huh! 

Rating: 5/5 bintang! 

Ulasan