Novel Kupilih Cintamu, Sayang ~Penulis Cik Tet~
Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Zira nak kongsi novel Zira baca iaitu Kupilih Cintamu, Sayang, penulis Cik Tet.
Pendapat peribadi:
Bermula dari darjat, Tengku Rizki suka menghina² Naura. Tak tahu apa masalah Tengku Rizki sampai dia ajak kahwin! Hanya sebab nak elakkan saman Naura pun setuju untuk berkahwin dengan Tengku Rizki tanpa pengetahuan keluarga Tengku. Kiranya Naura jadi isteri rahsia la.
Bila dah kahwin, memang Tengku layan Naura sebagai isteri la. Naura oula dengan sikap waspada, rendah diri dan macam² dia fikir. Maklum laa, dia anak tak tahu asal usul. Ada keluarga angkat tapi mereka layan macam irang luar. Selalu minta duit. Muncul Lara, bakal isteri Tengku Rizki yng diperkenalkan oleh ibu Tengku, Puan Nisa. Lagi sadis PA Tengku Rizki pun tak suka Naura (Zira fikir lelaki tu sotong sebab suka sangat muncung mulut hahaha). Disebabkan Tengku Rizki mungkir janji, Naura bawa diri pergi kuantan. Kebetulan rakan sekerja, Fazran nak kahwin. Bila duk sana, rupanya Puan Nisa kawan kepada ibu rakan sekerja dia. Hari yang sama disebabkan terkejut dan terjatuh sampai seliuh kaki, Naura berjumpa dengan keluarga kandung dia iaitu keluarga Fazran.
Sepanjang duk sama Naura dan Tengku Rizki curi² la masa untuk bersama. Akhirnya kantoi dengan Puan Nisa. Dia tak merestui. Lara datang buat fitnah. Dia memang berdendam dengan Naura sebab dia nak kahwin dengan Tengku Rizki. Akhirnya kebernaran terbongkar. Dan mereka hidup dengan gembira. Kedua² ibu mereka masih berkawan rapat. Ada lagi ke orang kaya pandang rendah pada orang miskin? Jangan berfikir rumit² baik redha dan jalani hidup simple think. Jadi tak la rumit macam Naura tu kan. Kadang² letih baca part Naura 😂 letih sungguh².
Rating: 3/5 bintang!
Tahun Terbit: Cetakan Ketiga 2021
Penerbit: CT
Bil. M/S Buku: 507 Helai
Belakang Buku:
Pertama kali bertentang mata, ada debaran asing yang muncul dalam hati si gadis, namun tajamnya kata-kata yang meniti di bibir si jejaka telah menghiris sekeping hati milik Naura Khalisya.
Lantas, rasa yang baru muncul itu dicampak menjauh. Semat dalam hati, anak yatim piatu sepertinya takkan layak untuk menjadi pendamping pemuda sehebat Tengku Rizki Alaudin.
"Jadi isteri saya."
"Tak ada sebab saya nak kena kahwin dengan Tengku."
"Saya tak sukakan komitmen, tapi saya juga tak suka sentuh sesuatu yang haram. Saya perlukan seseorang untuk..."
"Puaskan nafsu Tengku? Sampai Tengku sanggup berkahwin dengan perempuan yang Tengku pernah hina dan caci ni?"
Hati Naura terluka bila dirinya begitu murah di mata Tengku Rizki. Dia menjauh, melenyapkan bayangan pemuda itu dari hati dan jiwanya namun onar yang dibuat oleh bekas tunang telah mengheret Naura ke dalam perangkap yang sememangnya sengaja dipasang oleh Tengku Rizki.
"Jadi isteri saya, masalah rumah anak yatim tu akan selesai dan buah hati kesayangan awak tu akan selamat."
"Tengku memang kejam."
"Kejam untuk dapatkan apa yang saya nak, tak salah kan?"
Naura tersepit. Pilihan terletak di tangannya, namun masa depannya pula yang menjadi cagaran.
Mampukah dia membina bahagianya bersama dengan pemuda yang sudah jelas tak sukakan dia?
Kenapa pula dia yang menjadi pilihan sedangkan Lara Adelia sudah sedia menunggu untuk bergelar isteri Tengku Rizki?
Ulasan