Novel Adanya Engkau ~Penulis Ieya Sya~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Zira nak kongsi novel Zira baca. Tajuk Adanya Engkau penulis Ieya Sya. Bagi saya novel ni memang toxic. Semua aura negative sampai saya rasa sedih dah lelah. Menyerap aura negative memang menyakitkan. Derita Naura lepas kematian anak saudara dia, membuatkan Naura jadi pasif. Naura bertemu dengan bakal calon suaminya, Karl selepas dipaksa oleh ibunya. Karl pun memang anggap Naura seperti perempuan lain, jadi dia memang menolak perjodohan ini.  Tapi 5 hari mereka bercuti bersama², Karl mula melihat Naura dari sudut yang berbeza. Lepas percutian itu, Karl bersetuju berjodoh dengan Naura tapi Naura menolak. Mereka berjumpa berkali² secara kebetulan dan berbincang dan akhirnya Naura bersetuju untuk berkahwin. Seperti pasangan berkahwin yang lain, mereka cuba berlajar menerima masing². Bercerita kisah masing² sampai kekasih lama Karl, Fara kembali mahu Karl. Naura pula bergeluk t dengan perasan rendah diri dan permikiran negative. Orang sekeliling mereka semua macam negative. Sikit orang je positive. Macam mana tempat ada Naura, ada je orang benci dia. Wujud ke orang macam itu? Kesiannya nasib Naura. Macam kena buli dalam kehidupan. Ni yang saya lemah. Sedih tau. Karl dan Naura bergaduh dan bergaduh walaupun mereka cuba jadi pasangan pengantin. Sebab bagi Karl sekali mereka berkahwin tanpa paksaan dan kontrak. Keluarga Naura pula penuh dengan toxic. Masing² dengan pendapat masing². Macam ibarat tembak membabi buta. Di akhir bab, perlahan-lahan terbongkar. Kejam orang itu, kita sangka baik sebenarnya jahat gila. Naura dan Karl hidup saling cinta mencintai dan belajar kehidupan. Suka bila pasang support each other. Novel ni berat dan beremosi. Sepatutnya lapangkan dada dan belajar step by step tapi manusia memang penuh emosi. Minta maaf bukan penyelesaian tapi sebagai hukuman yang kita ni bersalah. Sedih... Bukan nak nangis tapi sedih sangat. Hakikatnya manusia memang macam tu. Novel ni ajar kita kawalan emosi. Jangan pendam dan jangna rasa pendapat kita yang betul. Saya tamat kan novel ni dengan jiwa yang beremosi lelah. Patut window shopping la!! 😂😂😂

Rating: 5/5 bintang! 
Tahun Terbit: 2022
Penerbit: Kaseh Aries
Bil. M/S Buku: 508 Helai
Belakang Buku:  
Naira – Gadis manis yang murah dengan senyuman. Tetapi menangis terluka ketika sendirian. Ada kesedihan dan rasa terkilan menjadi bebanan yang sukar dilepaskan. 
Karl – Pemuda yang cukup pakej sebagai lelaki pujaan, punyai segala-galanya termasuklah tiga sahabat yang setia. Namun dingin dan menutup pintu hatinya untuk wanita lain.
Mereka dipertemukan di Langkawi atas alasan cuba mencari keserasian dalam perjodohan keluarga. Sekembalinya dari sana, si gadis yang mulanya menerima, kini menolak. Tapi sebaliknya pula bagi Karl.
“Karl setuju mak pergi merisik Naira.” – Karl
“Kita tak patut berkahwin, Karl.” – Naira
Perkahwinan itu terjadi juga walau tujuannya tidak sama. Dalam proses mengenali diri, tanpa mereka sedar ada hati disentuh rasa. Ada jiwa berlagu cinta. Namun belum sempat berkembang, kehadiran kekasih lama mengkucar-kacirkan keadaan.
“Saya masih cintakan awak.” – Fara
“Kau betul, Alli. Aku tak sanggup bayangkan hidup tanpa dia.” – Karl
“Awak masih cintakan dia. Awak tak move on langsung, Karl.” – Naira
Saat hubungan di hujung tanduk, persoalan yang sentiasa menjadi bebanan dalam fikiran Naira akhirnya terjawab juga. Semakin menambah luka di hatinya.
“Dia yang patut mati dari dulu lagi. Bukan anak saudara saya.” – Naira
Apakah peristiwa yang membuatkan Naira menderita? Siapa pula yang menjadi pilihan Karl? Kekasih hati yang setia menanti, atau isteri yang rela mengundur diri?

Ulasan

Catatan Popular