Langkau ke kandungan utama

Novel Fiksyen ~Penulis Jiyan~

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini... 

Tahun Terbit: 2022
Jadul: Fiksyen 
Nama Pengarang: Jiyan
Penerbit: Jemari Gemok Publication 
Bil. M/S Buku: 405 Helai

Belakang Buku:   
Kisah Jirey dan Dhir bermula dengan pandang pertama.
"Awak pernah dengar tentang love at the first sight?" - Jirey
Meet Jirey. Si Nation's Most Eligible Bachelor yang cerita hidupnya bagaikan fiksyen. Matlamatnya hanya satu; nak menyakinkan Dhir bahawa cintanya kepada gadis itu bukan fiksyen. Kata Jirey, dia dah jatuh cinta pandang pertama kat Dhir.
Pft! Cinta pandang pertamalah sangat. Jangan harap Dhir nak oercaya! Bagi Dhir, Jirey itu hanyalah lelaki fiksyen yang muncul tiba-tiba dan buat hidup Dhir jadi huru-hara. Cuma sebab nak selamatkah 'Kwangsoo', Dhir terpaksa akur untuk terikat dengan lelaki itu.
"Tadi suka, sekarang dah cinta pulak?" - Dhir
"But honey... love and like can come together." - Jirey.
Namun, happy ending yng dicari, lain pula yang terjadi. Kemunculan Bella menyebabkan kisah mereka tiba-tiba jadi berselirat.
Dan apabila rahsia yang disimoan akhirnya terbongkar, dapatkan mereka mencari happy ending seperti uang ditulis dalam indahnya fiksyen? Atau mereka perlu akur dengan realiti yang sememangnya tak semanis fiksyen? 


Rumusan:
Dhir dan Jirey berjumpa ketika mereka bertukar phone. Sejak dari situ Jirey mula mengorat Dhir. Jirey terus terang yang dia suka/cinta/sayang Dhir. Bagi Dhir, Jirey mental sebab baru berapa kali jumpa terus love first sight. Tapi Jirey dah kenal la Dhir. 
Muncul bella merosak segala-galanya menyebabkan kehidupan private life Dhir musnah. Jadi sebagai balasan Dhir ajak Jirey berkahwin! Mereka berkahwin. Dhir masih dalam dunia dia. Masih meragui manakala Jirey masih takut-takut mendekati Dhir walaupun dia tak bersalah langsung. Hari demi hari mereka myla berlajar 1 sama lain untuk bahagia. Akhirnya happy ending walaupun bagi mereka semua tu fiksyen 🤣
Kosa kata yang indah, jalan cari yang best. Tak lawak tapi tak bosan baca. Ada moral yang cuba penulis sampaikan membuatkan saya berfikir untuk reda dalam kehidupan tipu-tipu. Hidup mereka diserikan dengan kawan-kawan dunia akhirat yang selaku menbangun tika susah dan gembira bila senang.

Berbaloi membacanya 😊. 

Rating: 5/5 bintang! 

Ulasan