Novel Aidilfitri Tanpamu Sayang ~Penulis Mia Kiff~

Hai semua. Tahun ni saya rasa macam tahun membaca. Gila banyak novel saya beli dan pinjam (thanks to kiki and lala bagi pinjam banyak² novel 🤣🤣🤣) tugu masa nak baca jer. Tapi tahun ni banyak saya beli novel melayu yang jenis KRT (Kisah Rumah Tangga). Banyak sangat baca dalam facebook dah berjangkit² ikut serta sumpah serah hahaha 🤣. 

Tahun Terbit: 2022
Jadul: Aidilfitri Tanpamu Sayang
Nama Pengarang: Mia Kiff
Penerbit: Mia Kiff Enterprise 
Bil. M/S Buku: 393 Helai

Belakang Buku:   
Hampir 5 tahun Misha berkahwin dengan Arshad namun tak oernaj sekalipim Arshad mahu pulang beraya ke rumah orang tuanya. Asyik beraya di rumah mentuanya saja. Dek kerana rindu yanh tak tertahan. Misha cuba berkeras dan bertegas pada tahun ini, kerana dia sangat rindu kampung halaman. Namun, lafaz taklik telah dilafazkan oleh Arshad, membuatkan Misha tak boleh pulang beraya pada hari pertama buat selamanya jika ingin kekal dengan perkahwinan ini.
"Kita balik raua kedua ya? Abang janji, lepas ini setiap kali cuti, tak kisahlah Raya Haji ke, Raya Cina ke, Thaipusam ke, Depavali, Krismas ke, kita akan balik ke kampunh sayang ya asalkan sayang lupakan hasrat nak balik raya pertama, sampai bila-bila" - Arshad
Lafaz taklik bertukar jadi bayang hitam yang mengejar Arshad. Dia sangat takut kehilangan isteri sebaik Misha.
"Baik. Dengan syarat, kita tak akan ke mana-mana pun pada raya perrtama kerana Misha tak mampu nak sambut sebab Misha terlalu sedih rindukan suasana raya bersama keluarga Misha. Tiada ubatnya... " - Misha
Berbaloikah Misha mengorbankan keindahan raya pertama versama keluarga tersinga demi sebuah rumahtangga? Terjawab dalam 'Aidilfitri Tanpamu Sayang', karya Mia Kiff 

Rumusan:
Sebenarnya saya ada beli ebook ini tapi pada helaian akhir penulis cakap ada sambung sikit dalam novel maka ber-huhuhu laa saya. Kebetulan saya pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) terjumpa novel ini terus beli tanpa fikir apa² pun. Lagipun saya memang tak suka novel tergantung walaupun penulis sekarang ni atau pengarah filem suka buat saya teka-teki bila ending cerita 😭. Stress tau! 
Ok berbalik kisah Aidilfitri Tanpamu Sayang, ingatkan bahagia klo bercinta lepas berkahwin, rupanya hujan dalam perkahwinan. Misha berkahwin dengan Arshad, selepas Riyadh kekasihnya sejak zaman sekolah curang denganya. Dalam perkahwinan Misha dan Arshad, campur tangan mentua membuatkan Misha sangat tertekan. Sikap mentuanya Puan Sapora yang boros belanja membuatkan Misha pendam dalam hati. Ada suami pun macam tak berguna sebab Arshad langsung tak membantu dari segi rumahtangga mahupun bapa kepada anaknya. Lebih tertekan sepanjang perkahwinan dia dengan Arshad, langsung dia tak balik rumah ibubapanya. Kesian juga jadi Misha. Macam bodoh tindakan Misha mengikut semuanya tapi disebabkan rumah tangga dia bertahan. Sedih sangat berada di tempat Misha menahan semuanya dan cuba ikhlas kan hati. Dengan suami yang langsung tak membantu, semuanya terbeban pada Misha. Jahat kan Arshad, memang laki tak guna. 
Kisah mereka hanya nak sambut raya je tapi kan sebab perasan penting diri Arshad semua jadi sulit buat mereka berdua. Kesian Misha. Arshad tahu dia bersalah maka dia cuba pikat hati Misha. Hanya raya pertama saja tak dibenarkan balik raya di kampung Misha kerana lafaz taklik. Akhirnya mereka bercerai kerana Misha sudah kecewa dengan Arshad dan keluarga bekas mentuanya. Riyadh datang untuk melamar Misha, dan akhirnya Misha setuju. Arshad kecewa sebab dia masih berharap jodohnya masih dengan Misha. Puan Sapora akhirnya mendapat balasan dan Arshad akhirnya insaf dan baiki kehidupannya. 
Novel ni betul² berat emosi. Sangat emosi sampai rasa nak marah dengan Arshad. Tapi tu laa semua watak selesai dengn baik. Bila berumahtangga, tolak ansur itu penting. Walaupun rezeki berbeza² tapi bukan syarat orang itu menanggung segala-galanya. Suami tetap ketua rumahtangga, segala² pembelajaan hendaklah suami sediakan dan isteri harus membantu dan dalam perkahwinan kena ada sikap tolong menolong. Jangan ambil kesempatan bila orang buat baik terutama keluarga mentua. Tak pandai untuk nasihat tapi novel ini ada unsur nasihat bagi yang nak atau masih rumahtangga. 

Ada extra cerita tajuk Bertemu Jodoh Di Hari Raya. Kisah Syifa dan Eisa. Berjodoh di pagi raya. Mereka di jodohkan oleh orang tua mereka.

Rating: 3/5 bintang! 

Ulasan

Catatan Popular