Novel Dia Yang Setia ~Penulis Tiara Adni~

Hai. Nak kongsi novel heronya orang tua, kawan pada ayahnya. Sweet tau 🤣

Tahun Terbit: 2021
Jadul: Dia Yang Setia
Nama Pengarang: Tiara Adni
Penerbit: Tengku FRS Publication 
Bil. M/S Buku: 408 Helai

Belakang Buku:   
Menjaga sekeping hati yang teruk dilukai bapa kandung sendiri bukannya perkara mudah. Hasbiey Warith rela mengenepikan kebahagiaan diri sendiri yang tidak berkahwin semata-mata untuk mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada gadis bernama Syumairah Adelia. 

Syumairah merupakan anak sahabat baik merangkap jiran belakang rumahnya, Rafizi. Semenjak kecil, Syumairah sudah dipulaukan oleh Rafizi. Kasih sayang buat anak gadis sulungnya dinafikan kerana tidak dapat menerima kenyataan apabila isteri tercinta pergi mengadap Ilahi sewaktu melahirkan anak sulung mereka itu.
Padahal itu semua ketentuan takdir, bukan kehendak Syumairah sendiri. 

Di sini Hasbiey memainkan peranan dalam mengubati sekeping hati itu. Semenjak kecil, dia yang akan selalu ada untuk Syumairah. Sehingga si gadis meningkat dewasa pun, Hasbiey masih setia di sisi. 

Lamaran Tan Sri Malik untuk bermenantukan Syumairah diterima oleh Rafizi tanpa sempat menyelidiki perangai lelaki yang bakal dijodohkan dengan anak sulungnya itu. Hasbiey menentang berhabisan kerana masa depan yang sedang dipertaruhkan itu milik gadis kesayangannya. 

Tetapi segigih mana pun Hasbiey menentang perjodohan tersebut, dia tetap kalah. Dia sendiri tidak mampu menidakkan hak yang ada pada seorang Rafizi selaku bapa kandung Syumairah. Rafizi yang berhak untuk mengaturkan hidup anak gadisnya itu. Sementelah Syumairah sendiri mengikut sahaja arahan Rafizi demi untuk menagih perhatian si bapa. Jadi, Hasbiey mati tingkah. 

Pada hari perkahwinan, semuanya berubah tidak mengikut perancangan asal. 

"Nonsense! Merepek apa ni Biey?" – Syumairah 

"Benda mengarut ni la yang sedang dan akan kita lalui Syu. Biey dah jadi suami Syu, kita berdua sudah sah sebagai suami isteri.” – Hasbiey Warith 

“Tak mungkin! Ini mimpi je kan?” - Syumairah 

Penolakan yang diterima membuat Hasbiey berkecil hati dengan Syumairah. Salah ke tindakannya menyelamatkan maruah gadis tersebut sampai hubungan dia dengan Syumairah mula berantakan? 

Akan terus setia kah Hasbiey untuk mempertahankan pengorbanannya ini? Atau dia hanya akan menurut sahaja kemahuan Syumairah yang menginginkan perpisahan?

Rumusan:
Biey dan Syu ni memang kuat ikatan. Sejak kecil lagi Biey selalu ada disisi Syu. Disebabkan ayah Syu, Rafizi selalu pulaukan anaknya.
Masalah timbul bila Rafizi nak kahwinkan Syu dengan Fikri. Biey tak setuju sebab Fikri tak sesuai dengan Syu. 
Pada majlis perkahwinan, pengantin bertukar. Syu berkahwin dengan Biey. Syu tak boleh terima hakikat itu, jadi berjauhkan diri dengan Biey. Di masa yang sama bonda Biey meninggal dunia. Mereka cuba hidup bersama². Syu cuba terima takdir yang dah tertulis. Tapi Fikri datang dah mengacau hubungan Biey dan Syu. Rupanya orang dia percaya tu la musuh dalam selimbut... Yang membuatkan rumah tangga Biey dan Syu hampir musnah. 
Syu suka berfikir jadi makin sukar (ok tipical perempuan memang macam tu termasuk me! 😆) Biey cool biasalah orang tua kan. Memang tua tapi perangai muda kadang² nasib baik handsome (gambaran 😂). Mula² cerita memang nanpak perasan itu tapi tu laa Syu memang totally lost bila paksa kahwin, dan laki itu tiba² Biey. So mula la drama but sweet la Biey dan Syu. Langau² ada datang tapi watak tu dimatikan dengan baik. Yelah Biey masa bujang elok² single tiba² lepas kahwin banyak pula langau² (base on experience memang ada lelaki macam Biey.. nasib ko la, mungkin itu la cabaran bujang terlajak kan kan). Akhrinya mereka bahagia dan dikurniakan 6 org anak.. semua kembar².. sebenarnya keluarga Syu ni memang best.. walaupun tiri tetap sepakat tau tau. Ibu tiri pun begitu baik sangat. Papa Syu bila dah bercucu baru berubah perangai. 
Tapi akhir cerita macam tergantung.. macam penulis nak buat cerita adik dia hariz dan nabilah??? 

Rating: 5/5 bintang! 

Ulasan

Catatan Popular