Novel Teduhan Kasih ~Penulis Marissa~
Assalamulaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi novel yang saya baca dibawah ini...
Tahun Terbit: 2013
Jadul: Teduhan Kasih
Nama Pengarang: Marissa
Penerbit: Karya Seni
Bil. M/S Buku: 575 Helai
Belakang Buku:
"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.
Rumusan:
Kehidupan yang disangkan indah bagi Iffa rupanya malang. Iffa diceraikan oleh suaminya, Ryzal demi mahu berkahwin dengan Ayu, kawan baik Iffa. Malahan diceraikan ketika mengandung!! Selepas bercerai, Iffa terpaksa duduk di rumah mak tirinya. Mereka melayan Iffa macam orang gaji kecuali adik tirinya Izad. Terutama Kak long dan Emak suka sangat menyeksa Iffa. Sehingga nak bersalin pun mereka meninggalkan Iffa macam tu jer. Ehsan datang hulur bantuan. Secara tak langsung Ehsan jatuh hati dengan anak Iffa, Adam sehingga nama Adam pun letak Ehsan. Sejak dari itu, Eshan menolong Iffa sampai Iffa keluar dari rumah mak tiri tu. Mereka pun berkahwin. Nak jadikan cerita Eshan tu merupakan CEO syarikat tempat Ryzal, Ayu dan Kak long berkerja. Ayu tak puas hati melemparkan fitnah pada Iffa dan cuba mengoda Eshan. Datang bekas kekasih Eshan cuba menagih kasih Eshan. Akhirnya Ayu jadi gila, Ryzal meninggal dunia kerana gagal mencari Ayu dan Kak long diceraikan? Emak pula lupuh.
Saya suka dengan Papa Ehsan. Lelaki beku tapi caring dengan Adam. Ehsan umpama putera bagi Iffa. Mereka hidup dengan aman damai.
Rating: 5/5 bintang!
Ulasan