Langkau ke kandungan utama

Novel Cik Isteri Dan Encik Suami ~Penulis Airisz~

Tajuk: Cik Isteri Dan Encik Suami 
Penulis: Airisz
Rating: ⭐⭐⭐⭐
Ulasan: Fia janda kepada Hud, bos bahagian tempat kerja. Hud dan Fia selalu bergaduh².. Hud dengan tindakan mahu dekat dengan Fia manakala Fia mahu jauh dari Hud, jadi selalu la berperang walaupun orang sekeliling tak perasan. 

Disebabkan nenek Fia, mereka berkahwin kembali. Tapi Fia letakkan banyak syarat dan kali ni Hud setuju untuk semua. Mereka berkahwin tapi di tempat kerja mereka buat² tak kenal. Bagi Fia, dia mahu berkerja dan tak nak kembali macam dulu². 

Di tempat kerja, Cik Aida dari sebelum berkahwin cuba nak dekat dengan Hud tapi sampai dah berkahwin Hud tetap pilih bekas isterinya. Yang bagusnya tempat kerja mereka tak tahu yang sebenarnya Fia ni bekas isteri Hud. Sampai Cik Aida ni fitnah Hud, Hud digantung kerja. Fia masih kerja di tempat sama dan Hud kerja di tempat lain. Mereka jalani hidup suami isteri yang normal bukn macam perkahwinan pertama. 

Novel ni banyak pasal suami isteri. Tolak ansur, tanggungjawab dan kepercayaan. Fia dan Hud pada perkahwinan pertama memang dingin walaupun mereka tertarik antara 1 sama lain. Fia ni kadang² keras kepala dan ikut hati tapi dia seorang yang berterus terang. Manakala Hud, lelaki yang matang. Sebab tu banyk diam dari bercakap. Masa Fia setuju untuk kahwin kali ke 2, Hud cuba sedaya upaya pikat hati Fia walaupun mereka kadang² bertekak mulut. 

Watk orang 3 dalm novel ni tak la menakutkan. Tapi novel ni lebih kepada mulut² makcik bawang. So far okay bacaan santai². 

Ulasan