Bitter Honey


Tajuk: Bitter Honey 

Penulis: Seri Maya

Harga: RM29

SinopsisNurul Hannah seorang wanita yang bijak dan kerjaya menjadi keutamaannya. Dari SPM sehingga menjadi mahasiswi Ijazah Kedoktoran, satu demi satu kejayaan diraih. Namun keluarganya menerima lamaran daripada Aidil sedangkan perkahwinan dilihat sebagai ancaman kepada cita-citanya.

Aidil nekad untuk memperisterikan Hannah. Dia yakin Hannah ialah wanita yang dijadikan ALLAH daripada tulang rusuk kirinya. Jika tidak, mana mungkin perasaan cintanya terhadap wanita itu tidak pernah pudar.

Ternyata kesabaran dan ketulusan cinta Aidil berjaya mengubah Hannah. Cinta Hannah menjadi milik Aidil sepenuhnya. Biarpun begitu Aidil tidak pernah membiarkan Hannah melepaskan cita-citanya. Mereka berjaya dalam dunia profesional dan membina syurga cinta dalam perkahwinan.

Ketika segalanya kelihatan sempurna, takdir mencipta naratif berbeza. Hadir orang ketiga dalam hubungan mereka. Demi kebahagiaan anak-anak, Hannah tabahkan diri menerima wanita lain di dalam hidup Aidil. Namun sejauh manakah dia mampu bertahan? Adakah pengakhirannya sepahit hempedu atau semanis madu?

Review: Kisah hidup Hannah dan Aidil. Aidil mula jatuh cinta pada Hannah dari zaman remaja lagi. Pendek cerita Aidil ni lelaki idaman wanita la.. segalanya Prefect. Manakala Hannah ni perempuan yang mengejar kerjaya dan cita². Mereka bersatu selepas Aidil menyuara hasrat hatinya untuk meminang Hannah. Manakalah Hannah terpaksa terima Aidil. Mereka berkahwin dan bermula la kehidupan mereka. 

Hannah tetap positive dan merasa mahu berjaya dalam kerjaya manakala Aidil tetap sayang Hannah, sentiasa bersama dan sokong kerjaya masing². Akhirnya lahir la 3 anak mereka. Hidup bahagia sampai lah orang ketiga ada di antara mereka, bukan orang lain sepupu sendiri kot 🤦 Adeeba. Aidil yang sayang bini pun boleh curang. Otak udang walaupun taraf Professor Dr. Ir lagi. Tu la lelaki baru kena goda terus terpaut lupa bini. Guna anak lagi kurang jar si Adeeba seolah² Hannah ni banyak kekurangan jadi ibu. Kesian nasib Hannah sudah la yatim piatu, suami kena kongsi. Geram pula i ni rasa nak tonyoh² si Adeeba tu. Sebab tu buat baik berpada². Pada lelaki suami orang sila ingat susah senang dgn bini. Bukan senang nak berbini lebih dari 1. Walaupun Aidil tu ada segala² dan mampu tapi hakikatnya egois dan akhirnya out of control. Aidil mula lupa tanggungjawab dia dengan Hannah, dan Adeeba mula tamak. Hannah terpaksa hadapi walaupun kesedihan dan kepahitan berlaku. Tabah? Hmmm.

Akhirnya kejadian bertimpa2 membuatkan Aidil terjatuh dari mimpi. Dalam novel heroinnya mestila Hannah tapi... Sedihnya 😭... Dan heronya bukan Aidil, dia tak layak.. kisah dia macam loser walaupuan banyak kebaikan dalam cerita ni tapi hero cerita ni sebenarnya Hannah. Kekuatan dia menerima takdir walaupun sebelum terima tu macam mayat hidup tapi tu la realiti zaman sekarang. Logic memanhg depression tu wujud. Dah nasib la Aidil.. kira bagus hang macam tu Hannah masih memaafkan. Klo tak nasib hang jadi serupa cerita The World of Marriage baru hang tahu tinggi rendah tau. Ni kira ok laa..so kesudahnya sakit tapi lapang laa. Walaupun rasa tak adil tapi setiap watak dalam cerita ni ada kisah masing². 

Hidup ni hanya singkat jer.. jadi tak payah kita mendongkak dada walaupun kita ni bijak, hebat dan mampu. Semua watak baik Hannah dan Aidil mahupun semua watak ada kisah positive dan negative. 

Ok tutup novel ni... Best recommended. Next novel.... 😆

Rating: 5/5

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~