Hero Untuk Jiyan


Tajuk: Hero Untuk Jiyan

Penulis: Yumi Hyra

Harga: RM35

Sinopsis: Pertemuan kali pertama antara Jiyan dan Han tidaklah semanis mana pun. Dan... siapa sangka selepas itu, rupa-rupanya Han ialah jiran baharu sebelah rumah Jiyan.
Bagaimanapun hubungan yang tidak semanis mana itu, bertukar manis dan seindah roti Pelangi Kafe Dapur Isma apabila Han si mamat stone itu menjadi tutor matematik bidan terjun untuk Jiyan yang nakal. Han yang sentiasa ada untuk Jiyan itu membuatkan hati Jiyan selalu berbunga-bunga.

"Awak cari apa lama sangat tu?" ~Han
"Cari perhatian awak." ~Jiyan 

Namun bunga yang mahu berkembang terus layu apabila rasa hati Jiyan ditolak tanpa konar-konar lagi oleh Han. Jiyan memujuk diri sendiri agar dapat melupakan Han.

Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula.

"Kenapalah awak ni muncul balik tiba-tiba dan ada aje kat mana-mana?" ~Jiyan
"Sebab, hero kan kena sentiasa ada di sisi heroin dia." ~Han

Hati Jiyan masih berdebar-debar dan suka pada Han untuk sekali lagi. Cuma antara mereka adanya Carissa. Adakah benar dan tertulis yang Han itu hero untuk Jiyan?

Teaser:

#1 - Nak Buat apa dengan telur rebus, ni?" soal Jiyan dengan dahi yang mula berkerut memandang Han. Cepat- Cepat dia membilas kedua-dua belah tangn dengan air di singki dapur sebelum melangkah menghampiri Han.
"Semalam ada kenduri kahwin jadi dapat door gift telur rebus ni banyak. Adab datang rumah orang kan kena bawak buah tangan. Nah, telur rebus sebagai buah tangan." Jawab Han dengan selamba. Dihulurkan telur rebus tanpa sebarang kotak itu kepada Jiyan yang nampak teragak-agak menyambut telur rebus yang dihulurkan.  

#2 - Semakin jauh Jiyan berjalan, semakin dia melajukan langkah kakinya. Dia takut jika orang yang lalu-lalang di sebelahnya, perasan yang air mata dia tidak berhenti mengalir walaupun dikesat berkali-kali. Dia malu dan dia marah dengan diri sendiri. Kotak memori dia tidak berhenti memainkan semula perbualan dia dengan Han sebentar tadi, membuatkan air mata semakin merembes laju. 
Pas lawatan diserahkan cepat-cepat kepada Pak Grad yang sudah memandang dia dengan pelik. Sewaktu dia mahu melintas jalan besar di luar perkarangan INTEC, terus dia melajukan langkah kaki tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Dia dalam kepala: 'Jiyan hanya mahu cepat-cepat ulang ke rumah fan mebgurung diti di dalam bilik tidur'.

#3 - "Jiyan, ni siapa?" Soal Lana pantas, mewakili berpasang-pasang mata yang sedang memandang Jiyan dan lelaki di sebelah kerusi Jiyan dengan penuh tanda tanya. 
"Errr... Ini sebenarnya abang..." Terkebil-kebil Jiyan memandang Han yang sedang berdiri di sebelah dia. Apa yang Han buat kat sini sebenarnya? Macam mana Han boleh...
"Sayang," Senyuman Han sudah melebar dengan pandangan mata meredup memandang Jiyan yang sudah tidak berkelip memandang dia. 

#4 - "Saya tak respons dengan apa yang awak buat minggu lepas tu, sebab saya tak nak kalah dengan awak." Tambah Han lagi.
Jiyan sudah mengerutkan dahi semula. Kalah, sebab apa? 
Boleh tak lepas ni awak jangan ambil alih kerja saya lagi? Soal Han serius.
"Kerja apa pula?" Soal Jiyan pula. 

#5 - "Set roti bakar Pelangi ada lagi kan, auntie?" Soal Jiyan sambil menelan liur. Dia memang tiba-tiba mengidamkan roti kegemaran sewaktu dia kecil-kecil dulu. Walaupun boleh sahaja di cari roti yang lebih kurang sama di tempat lain, tetapi tekak dia masih mahukan roti bakar pelangi di Kafe Auntie Isma ini
"Mestilah ada sebab auntie dah reserve siap-siap untuk Jiyan apabilan Han bagi tahu semalam. Dan berapa bulan ni, Jiyan? Anak mata Auntie Isma singgah pada perut Jiyan yang masih lagi kempis.
"Baru nak masuk dua bulan, auntie. Tapi itulah tekak Jiyan ni suka sangat buat terkejut-terkejut nak teringin makan macam-macam
Kesian dekat Han, sebab kadang-kadang tu dah macam buat food hunting. Thank you tau, abang," Jiyan senyum memandang Han sambil memaut erat lengan suaminya itu. Han tersenyum kembali sambil dikerdipkan mata memandang Jiyan di sisi. 

Review: 
Saya ambil masa yang lama untuk saya habiskan novel ni. Maybe novel ni tak tak memikat hati saya walaupun kadang² lucu juga cerita sini. Terlalu banyak romntic and sweet. In real ke ada orang macam Han?

Jiyan pula terlalu berani dari sejak Zaman SPM dan dah berkerja.. bab perasan klo suka terus bagitahu walaupun malu tertingkat². Tapi suka buat ulasan sendiri sebab tu banyak salah faham. Jiyan ni bagi saya setia la, janjs perempuan berpendirian teguh tapi kadang² ada nakalnyan.

Han pula.. dah nama lelaki batu jadi agak kaki tapi bila versi dewasa macam agak sweet. Bagi hit banyak kali dengan Jiyan tapi tu la Jiyan ni suka terus terang dan Han suka berlapik.

Akhirnya happy ending untuk mereka berdua. Kahwin juga cinta monyet. Dan orang cakap dan jodoh 10 tahun kemudian pun bertemu juga.. berserta usaha dari Han. Dan keluarga dan kawan pun memainkan peranan yang penting.

Cerita yang warna warni tapi kadang² tak berkenan dengan watak lelaki yang kepoci dan bahasa yang agak kurang tapis tapi overall okay laa. Boleh baca sekadar habis masa. 

Rating: 3/5



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~