Andai Tiada Dia
Penulis: Rissa Ahdiya
Sinopsis
Jika ditanya tentang bahagia, Suri rasa dialah wanita paling bahagia. Punya suami yang mencintainya sepenuh hati, punya mentua yang sangat mengasihi. Tapi, kekurangannya sebagai wanita seringkali membuatkan hatinya menangis dalam diam.Dia diuji ketika leka mengulit cinta yang sudah lama ditunggu, Haikal mula dilupakan. Haikal berjanji akan terus mengasihi, tapi Haikal jugalah yang mula berpaling pergi. Hatinya luka bila kekurangan dan khilafnya mula dibentang Haikal. Ya, memang dia tidak sempurna sebagai isteri.
“Suri ralit curahkan kasih sayang kepada dia sehingga Suri lupa yang abang ni suami Suri, abang pun perlukan perhatian Suri. Tapi Suri abaikan keperluan abang. Khilaf abang Suri nampak, khilaf Suri bagaimana pula?” – HAIKAL
“Dalam ramai-ramai wanita dalam dunia, mengapa harus dia?”- SURI
Dugaan datang lagi, tatkala dia baru menerima hakikat yang dia sudah kehilangan Haikal. Hadirnya ‘dia’ terpaksa Suri rahsiakan. Dalam pelarian demi melindungi ‘dia’, Suri bertemu semula dengan lelaki yang pernah membantunya.
“Setiap kali saya jumpa awak, mesti awak dalam kesusahan dan perlukan pertolongan. Saya rasa, saya ni dah ditakdirkan bakal jadi penyelamat awak untuk seumur hiduplah.” - FALAH
Rahsia yang disimpan akhirnya diketahui Haikal tanpa sengaja. Haikal datang menuntut hak, menuntut untuk menjalankan tanggungjawab.
“Habis tu, Suri nak hidup sebagai janda dan besarkan anak kita tu? Tak malu ke dengan pandangan orang nanti? Pandangan orang kepada Suri, abang tahu yang Suri tak akan peduli. Tapi, pandangan orang pada anak kita tu nanti, Suri sanggup nak tanggung?”- HAIKAL
Suri lelah. Haikal mendesak tidak susah-sudah. Falah pula datang menuntut janji yang sudah dipateri.
“Habis tu, kenapa Suri seolah-olah tidak suka bila berjumpa saya? Bukankah itu benci namanya? Panggilan saya tidak pernah Suri jawab, mesej saya, sepatah pun tidak Suri balas. Suri marahkan saya ke?”- FALAH
Suri bingung. Di sana Haikal di sini, Falah Haruskah dia menjadi seorang ibu yang mementingkan diri seperti mana yang dituduh Haikal, atau memilih untuk mencari bahagianya sendiri?
Review:
Suri ingat cintanya pada Haikal kekal tapi akhirnya kecundang juga. Orang ketiga, Adiknya sendiri Intan. Suri ni bagi saya seorang wanita yang lembut tapi tegas. Sangat sayang dengan keluarga dan hormat orang tua. Cuma toksik orang sekeliling dia tanya bila nak mengandung atau ada anak. Intan tu pula dah nama kurang matang walaupun umur 29 ke atas tetap budak² fikirannya biarpun taraf master pendidikannya. Langsung tak matang, jadi tak hairan la keluarga dia layan dia macam budak². Haikal ni nampak sangat lelaki penting diri. Walaupun sayang menggunung pada Suri tapi dia salahkan Suri tentang kekurangannya. Haikal memang tak ada naluri kebapaan, sampai anak saudara dia oun di dengkikan. Memang parah sangat. Jadi betul la jodoh tu rahsia Allah. Memang sesuai la Haikal dan Intan. Masing² bongsu dan agak penting kan diri. Bab yang terakhir baru insaf baru terima hakikat. Klo ikutkan saya nak je hantuk kepala depa tu hahahaha. Falah hadir tak tahu la dari langit atau mana² tapi lengkap dan terima kekurangan Suri. Sama macam Haiki malahan lebih baik kerana menerima anak angkat Suri. Betul orang cakap lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Rating: 4/5
Ulasan