Langkau ke kandungan utama

Novel Taranum Lelaki Rambut Perang ~Penulis Usako Princessz~

Belakang Buku~
Bodoh! Kalau Dayang Senandung tu sukakan percaturan gila kau ni, dia takkan lari dari dewan tu! Aku berani bersumpah, kau takkan jumpa gadis tu lagi!" - SYED MUHAMMAD SYAHMI AZHARI

Dayang Senandung? Apakah hanya kesilapan lalunya yang terlalu berani membuat permintaan khas tersebut sehingga sanggup menghukumnya sehingga kini? Gelaran sinis yang mengejek warna kulit hitam manisnya membuat Fadillah makin tertekan.

Segalanya berubah dengan sekelip mata. Jiwa Fadillah mula berbunga mekar. Pesona Naifi bagai seorang hero yang berjaya membasuh luka nuraninya. Dia suka bila mendengarkan nada dan alunan taranum itu. Kala yang lain enak berfoya-foya membuaikan halwa telinga dengan lagu-lagu rentak terkini, dia pula selesa dengan taranum yang indah daripada sang pujaan hati.

"Game apa? Kau dah tengok sendiri malam tadi kan, aku dah proposed dia depan semua. Itu pun kau cakap game? Kau jangan nak maki aku! Kau tak dengar ke semalam, dia juga sayangkan aku! Kau yang tiba-tiba memekak kenapa?" - SYED MUHAMMAD NAIFI AZHARI

Hubungan cinta yang terjalin menjadi keruh tatkala gadis itu terasa dipermainkan. Fadillah mula mengatur strategi membalas semua kesumat yang dicampak lelaki itu ke jiwanya.

"Aku dengan dia tiada hubungan istimewa pun. Apa yang kau lihat itu cuma lakonan semata-mata. Tapi aku nak kau tahu sesuatu. Lakonan aku tamat malam ini. Kalau ada sesuatu yang sangat menyakitkan hati kau nanti, percayalah, itu hanya lakonan berbayar." FADILLAH MARISSA 

Segalanya yang berawal sebagai suatu permainan akhirnya menjerut diri sendiri. Mencintai dalam masa yang sama mempermainkan gadis itu. Naifi bagai tersungkur di dalam perangkapnya sendiri.

Bila rasa dendam menguasai, untuk apa mempertahankan sebuah kejujuran yang tak pastl?

Adakah cinta sebenar antara Fadillah dan Naifi itu benar-benar ada atau angan-angan yang berlalu pergi?

Hanya kerana 99% perasaan benci, melenyapkan baki 1% dek dendam.

Jika dibuang yang benci, sekelumit baki sayang yang tersorok itu pasti akan bercambah mendominasi seluruh rasa menjadi satu yang suci.

Ulasan~
Pertemuan antara Fadillah dan Naifi di depan bilik MPP permulaan bagi cerita zaman kanak². Muncul Syahmi sebagai lelaki jahat dan Jasmin sebagai calon tunang Naifi dalam hidup Fadillah membuatkan zaman university Fadillah penuh dengan duka. Gelaran Dayang Senandung selalu berulang² kali oleh Syahmi. Dengan keadaan mak dan adiknya di kampung yang dibuli oleh keluarga Syahmi membuatkan Fadillah benci Syahmi. Naifi muncul sebagai putera yang selalu membantu Fadillah sama ada dalam pelajaran dan hidupnya di university. Di saat Fadillah jatuh cinta dengan Naifi, dia didedahkan oleh Syahmi ynag Naifi permainkan dia. Fadillah rasa tertipu terus lari dan tak mahu teruskan pengajian.

Ok ceritanya macam keciknya dunia ini. Lari² jumpa orang yang sama berkaitan. Fadillah gadis hitam manis sampai di gelar Dayang Senandung oleh Syahmi. Bagi saya kan, Dayang Senandung cantik laa. Cantik itu subjek,yang penting budi dan adat tu pening. Tak guna muka cantik tapi mulut dan hati jahat. Paling saya benci perempuan yang sakitkan perempuan lain. Macam Jasmin, kaya dan cantik tapi hati busuk. Suka menyakitkan Fadillah walaupun Fadillah dah mengalah. Klo saya jadi Jasmin, just let it go cari cinta baru. Senang kan? Fadillah ni katanya lemah dalam pelajaran sampai Dr Muqri tolak proposal dia. Tu sebab la Naifi jadi mentor dia untuk buat kajian akhir semester. Fadillah ni cepat syak was sangka (yang ni rasa semua perempun yang trauma/ hilang percaya diri mesti ada termasuk saya hahaha). Tapi bagusnya Fadillah dia ni berani hadapi walaupun sakit.

Naifi pula handsome and setia kawan. Kadang² terikut kata² sini. Jenis tak betulkan keadaan sebenar mybe suka or mybe malas. Entah la ynag kesian Fadillah la. Suka sikap dia yang berani menyatakan perasan dia. Rupanya dia pemilik suara CD taranum yang di miliki oleh Fadillah.

Saya suka persahabatan antara Miey dan Jef. Sampaikan sahabat Naifi pun dia suka berpasangan hahaha. Sweet sangat Miey X Mirah dan Jef X Imah.

Seriously, saya suka baca novel ni sampai menangis². Terus hilang mood sebab layan perasan sedih. Syahmi la buat saya rasa sedih sangat².

Disyorkan~ 5/5

Ulasan