Langkau ke kandungan utama

Ebook Di Penjara Daisy ~Penulis Amwa~


BLURB~
Kejadian semalam betul-betul membuatkan aku jatuh pada dasar yang paling gelap. Perigi tanpa siapa, tanpa air, tanpa tali dan tersembunyi di hutan yang paling dalam. Kosong dan menakutkan. Buat seketika, hidup aku rasa tiada punca. Aku mungkin dikelilingi oleh manusia tetapi melihat tubuh Rafeal yang kaku menjadikan aku seperti manusia terakhir di dunia. Aku keseorangan. Aku nekad mahu ikut dia, kemana saja dia pergi. Aku mahu tinggalkan jasad kami dan lahir untuk bersama dia lagi. Aku mahu cintakan dia sehingga ke alam abadi.


Ulasan~
Daisy dan Rafeal Teo, seriously saya suka watak mereka. Ok cerita ni lebih kepada open relationship. Seperti kata Mary, kak Rafeal "FWB" - friend with benefits. 

Rafeal Teo dan Daisy mempunyai mental problems, sebab tu mereka rapat walaupun first time kenal. Dua² kesunyian sebab tu perfect. Rafeal digambarkan orang kaya manakala Daisy doktor gigi. Daisy mempunyai sejarah yang membuatkan dia membenci relationship, perkahwinan dan anak. Mereka mengkritik secara lantang dan ya saya setuju but ada pro and contranya. Pengalaman pahit Daisy lalui membuat kan dia benci relationship. And Rafeal datang dengan idealogi yang sama tapi rapuh membuatkan Daisy rasa dia perlukan Rafeal untuk terus kan hidupan yang bosan.

Bermula kawan biasa, upgrade girl {space} friend upgrade ke girlfriend and akhirnya married. Lovely couple berkembang dan terima kekurangan dan kelebihan masing². Dan pastinya trust tu penting dalam hubungan. Rafeal ni kaya, agak gila² dan berlagak handsome, genius tapi dia ni setia oooo (Jatuh cinta dengan Rafeal sangat²). Dia tak percaya married life but dia tak menolak secara langsung. Berbeza dengan Daisy, menolak konsep perkahwinan dan open relationship sebab dia ada sejarah hitam berkenan itu. Orang ke 3 mesti la ada menyebabkan Rafeal bertindak undurkan diri dari hidup Daisy. 

Ending, mesti la happy, kahwin dan dapat baby. Serius tak boleh move on dengan kisah ni. 

So, kepada semua yang ada masalah mental problem, jangan putus asa. Jalani hidup dengan gembira walaupun pahit. Be yourself. Keputusan atas disendiri bukan dipengaruhi orang lain. Rafeal dan Daisy ada masalah masing² tapi akhirnya gembira dan lengkapi kehidupan masing². 

Buku ni untuk membacaan matang tau. Setiap orang ada pendapat masing². 

Disyorkan~ 5/5

Boleh beli di google play

Ulasan