Langkau ke kandungan utama

Ebook Mula Semula ~Penulis Amwa~

BLURB:-

Estella dan Adam.

Pasangan ideal.

Wanita feminis dan lelaki menolak patriarkis.

Tiada siapa pun percaya bahawa mereka bernikah kerana terpaksa. Tiada siapa bakal percaya jika mereka berkata yang mereka tidak pernah bercinta atau jatuh cinta selama bersama. Dan tiada sesiapa pun yang mahu percaya tentang kehidupan sebenar mereka.

Estella pejuang hak wanita. Bebas adalah slogannya. Merdeka adalah cita-citanya. Namun, kejadian lima tahun lalu telah mengunci segala haluan pilihannya. Dia terkurung memegang gelaran isteri. Isteri kepada seorang lelaki idaman para gadis.

"Divorcing now will not do us any good, Stella. Trust me. I need you and you, me. Kita bahagia bersama-sama, Stella. I don't need anything else, but you as my company."

Adam punya segalanya. Petik jari, semua datang membida. Terlalu tinggi harganya. Rupa, wang, kerjaya, semuanya milik dia. Namun, tidak hati Stella.

"Kiss me, Adam. I miss your lips."

"You are behaving like you were not asking for a divorce, Stella. I know you love me."

"Correction, Adam. I like your kisses, not you. And yes, I love you. Just because you are my hubby. Kita cerai, dan itulah akhirnya. I will start loving myself. Only."

Stella tetap dengan pendirian. Merdeka dan bebas adalah kemahuan. Namun, segalanya berubah hanya kerana satu perihal.

"Anak saudara you comel sangat sampai I rasa nak, urm, uh, my own baby. Adam, can we... urm, have a baby? I nak seorang. Boleh?" - Stella.

"Mula semula?" - Adam.

"Yes. Let us start all over again, Adam." - Stella.

Mula semula. Setelah segalanya. Ya, mulakan semula, semuanya.
Penafian. Kasih sayang. Rahsia. Permainan.

Semudah itukah semuanya?


Ulasan:-

Kisah bermula dengan pertemuan Estella dan Adam ketika mereka hadiri temu duga kerja. Adam dengan rasa ingin tahu kehidupan Estella, berkenalan dan terjebak masalah hidup Estella. Estella adalah gadis gelandangan, gadis dibuang family kerena sikap ibubapa yang penting diri dan nasib bertambah buruk di dirogol oleh bapa tiri ketika mengambil SPM! Estella disahkan mengandung, jadi Adam dan Abang Faiz sebagai seorang manusia rasa ingin membantu. Tapi sebabkan salah faham oleh ibubapa Adam, mereka dipaksa berkahwin. Akhirnya, Estella keguguran disebabkan tekanan perasan.

5 tahun kemudian...
Estella seorang aktivis, feminis, dan instafamos. Adam seorang lelaki yang berkerjaya, handsome dan ada syarikat sendiri. Mereka pasangan ideal. Semua orang impikan pasangan macam Estella dan Adam dan ada juga orang tak suka sebab Estella lantang menperjuangkan hak wanita. 

Adam, suami yang menyokong isterinya akhirnya terjebak skandal dengan kenalan isterinya. Lagi teruk semua keluarga Adam tahu dan sokong!! Estella bangkit dan menentangnya.

Ok seriously saya suka jalan cerita ni. Kata²nya membuatkan saya berfikir. Ok memang orang suka lantang berkata², memang ada penunggang agama dengan mengunakan agama sebagai pertahankan kesalahan diri, dengan perempuan yang menikam perempuan, perampas yang dikalangan kawan dan kenalan, dan di tipu hidup² oleh kawan² dan family. Sedih sangat tapi tu kehidupan sebenar. Saya suka Estella bangkit di akhirnya, saya suka dia mengunakan pengalaman lalu yang gelap tu untuk buktikan wanita boleh bangkit. 

Pengakhiran Adam tu paling saya suka walaupun macam tergantung. Lelaki klo pasal anak jadi halal untuk poligami, sila check in hospital bahagia. Perkahwinan ini adalah menghalalkan lelaki dan perempuan bukan untuk anak jer. Tanggungjawab dan kesetiaan tu penting. Adam memang selama 5 tahun dia setia dengan Estella tapi hanya sebab anak, dia curang! Sedih tau saya rasa jatuh cinta dengan watak Adam tapi akhirnya kecewa tau. Tapi bestnya Estella bangkit dan menentang dan akhirnya Adam jadi worse. Harap Adam menyesal apa yang dia pilih. 

Negara kita ada undang² tau, perampas atau penyondol rumah tangga boleh di dakwa di mahkamah. Saya memang tak suka orang ke-3 dalam hal rumah tangga. Memang patut masuk penjara bersama suami tu. Orang tua cakap bertepuk sebelah tangan tak akan bunyi jadi dua² gatal jadi dua² la masuk penjara. Betul tak?

Estella tak menentang poligami tapi cara Adam tu tak betul. Rasanya bukan Adam je berfikir macam tu, semua lelaki memang macam tu. Asal nak kahwin no 2, 3 atau 4, terus sembunyi ek. Yang perempuan ke-2, 3 dan 4 tu ikut je kerana cinta? No sense!! Pesanan saya pada lelaki yang nak kahwin lebih ni, jadilah lelaki sejati dan jangan jadi lelaki pengecut. Nak kahwin bagitahu depan² isteri. Bukan dah kahwin dan beranak pinak baru bagitahu dah poligami. Sangat tak adil pada wife dan madu ok! Dan pada perempuan ke-2,3 dan 4, sila elak poligami. Lebih hempedu dari madu faham ta! Tak ada perempuan suka share dan hanya orang gila je rasa nak share. Wanita ni ada ego. Hak dia hanya untuk dia. Please, jangan jadi perempuan tak malu dan tak ada maruah. Banyak lagi lelaki single di luar. Tak payah berebut lelaki orang! (Pesanan mayarakat)

Tapi dan nama tajuk Mula Semula, saya fikir penulis bercerita setiap akhir ada mulanya. Estella dan anak²nya akan bersama dengan Adam. Tu pasti sebab Estella cinta Adam. 

Disyorkan:- 4/5


Dapatkan di Google Play:

Ulasan