Langkau ke kandungan utama

Novel Miss Ducati ~Penulis Sufea Hareez~


Belakang Buku ~
“You are just ‘wow’ me, Miss Ducati.”- Amir Luqman.

Siapa yang tak kenal Tuan CEO muda yang tampan dan segak bergaya bernama Amir Luqman? Dan kelebihan yang dimilikinya telah digunakan untuk menakluki seorang Miss Ducati. 

Hanya di bilik persalinan, segalanya bermula dan berakhir dengan sejarah yang tak termampu dilupakan.

Dua tahun berlalu, mereka ditemukan semula. Maka terjadilah adegan Tuan CEO mengejar Miss Ducati.

“Tak boleh ke kalau awak terus ignore je saya? Jangan cari saya lagi.” – Rania Nabila.

“Saya tak suka perempuan tinggalkan saya.” – Amir Luqman.

“Anggap saja saya ni macam mangsa awak yang lain.”- Rania Nabila.

“Oh, no... no... I am not your one-night stand or vice versa, Miss Ducati.”- Amir Luqman.

Itu hanya permulaan. Dan pengakhirnya, Nabila jadi kalah dengan kesungguhan seorang Luqman yang tak pernah jemu dengan kehendaknya.

“Saya bukan seperti yang awak kenal dulu, Luq. Semua yang ada di sekeliling saya sangat menakutkan.” – Rania Nabila.
“Kita kahwin.” – Amir Luqman.

Itu sahaja jalan yang Luqman mampu fikirkan, biar Rania Nabila terus di sampingnya agar segala rahsia dapat dirungkaikan. Biar Rania Nabila selamat di dalam pelukannya. 

Perkahwinan yang sarat dengan kasih sayang, bersulam indah dengan cinta tiba-tiba diragut sekelip mata oleh Ahmad Adwa. Parut yang ditinggalkan berdarah kembali. 

Dan sekali lagi Nabila terpaksa lari. Sekali lagi
dia pergi membawa diri.

Apa yang Luqman lakukan apabila isterinya menghilang? Adakah dia akan akur dengan permintaan ibu kesayangannya supaya menceraikan Nabila? Atau sebaliknya, menjadi Mr. Ninja kepada Miss Ducati yang malang itu.
Dan siapa sebenarnya Ahmad Adwa yang tak pernah senang melihat Nabila hidup bahagia?


Ulasan~
Kejar dia sampai dapat, Mr Ninja memang kejar Miss Ducati sampai dapat. Amir Luqman, playboy sejati berjumpa dengan Rania Nabila dalam bilik persalinan selepas pertunjukan perlumbaan di litar. 

2 tahun selepas itu, mereka berjumpa lagi di Johor Baharu sebagai Luqman dan Nabila. Kerana status Nabila janda anak 1. Luqman dah insaf dari jadi playboy hanya kerana tak jumpa Nabila selepas kejadian bilik persalinan itu. 

Bermula dengan tekanan Ex-husband Nabila iaitu Adwa yang gila talak itu, Luqman buat keputusan kahwin dengan Nabila bagi melindungi Nabila dari menjadi mangsa kekejaman. Bila dah kahwin, Ibu Luqman Datin Norazah pula memaksa Luqman cerai dengan Nabila sebab Adwa membuat fitnah punca perceraian Nabila. Dalam konflik mentua dan menantu, Adwa menculik Nabila dan Aqil. Jadi Luqman dan Abang Nabila iaitu Raihan, menyelamatkan Nabila dan anaknya. Dari situ, mereka semua tahu kisah disebalik Luqman dan Nabila pada 2 tahun lalu.

Lepas kes perculikan, Datin Norazah jatuh sakit dan masih mahu Luqman menceraikan Nabila tanpa tahu punca sebenarnya. Nabila mendermakan kidney pada Datin Norazah tanpa persetujuan suami dan Raihan bawa dia ke Bali untuk rawatan susulan. Luqman ditinggalkan macam tu untuk selesaikan masalah Datin Norazah. Datin Norazah berasa bersalah dan meminta maaf. Adwa di hukum gantung sebab pengedar dadah. 

Happy ending... yes! Mr. Ninja dan Miss Ducati bahagia bersama 3 orang anaknya.

Watak Amir Luqman ni kadang² gatal tapi bagi saya biasa jer. Cuma tak normal lelaki tahu pasal saiz dan bentuk baju dalam wanita hahaha. Mybe perasan playboy tu sampai semua tu kena tahu, rasanya macam hah! Tak mungkin laa hahaha. Kadang² rasa annoying dengan mulut tak insuran tapi so-so laa. Masih romantic dengan Nabila walaupun bertahun bersama for me sweet sikit jer.

Watak Rania Nabila pun nampak macam berani tapi cenggeh dan lemah. Suka lari bila ada masalah. Mungkin sebab jadi perempuan keganasan rumah tangga tu yang dia macam pasif or fobia tapi bila Luqman dengan macam garang and gedik jer hahaha. Bila dah bincang sama², keluar sikap manja sampai akhir cerita. Serius kurang suka watak Rania Nabila.

Agak bosan cerita ni, ada romantic, lawak dan hubungan kekeluargaan tapi rasa macam kena paksa untuk baca sampai habis hahaha. Masalah yang timbul tu macam selesai ala kadar macam tu jer. Agak pening juga jalan cerita macam terabur tanpa plot yang susun. Setiap watak dalam cerita ada dimatikan macam tu contoh Zahir dan Borhan dan ada ditemukan akhirnya macam Adwa. Ada soalan tapi macam biar la sebab tak penting jadi baca samapi akhirnya. Santai dan pening tu betul hahaha.

Perlu di ingatkan, jangan percaya pada fitnah tanpa usul periksa. Disebabkan fitnah Adwa, Datin Norazah marah sampai terkeluar ayat tak sepatutnya. Dah akhirnya memalukan diri kerana yang dia caci hina tu yang menolongnya. Sebagai seorang manusia, marah macam mana pun jangan melampaui batas. Jaga emosi dan kawalan diri. (Pesanan untuk diri sendiri)

Saya rasa saya suka baca novel Eksklusif Untukmu.

Disyorkan~ 3/5

Boleh beli buku disini

Ulasan