SHE



Tajuk: SHE

Penulis: Lollysnow

Mula membaca: 31 Ogos 2024

Tamat membaca: 1 September 2024

Belakang buku: Tentang jiwa yang abadi dalam bait aksara, tentang tempat yang menjadi kenangan dan tentang bahagia yang harus menelan luka. 

Bahagia? Bahagia dengan rasa yang tidak layak itu sebenarnya menyakitkan kerana bahagia itu soal rasa, bukan semata-mata bersama. 

Niat tulus ingin memberi bantuan malah disalah erti menyebabkan seorang gelandangan perempuan yang tiada identiti dikahwinkan dengan seorang jejaka yang sempurna hidupnya.

Qaled Zavian, dalam marah dan syak wasangka terhadap gadis asing itu, tetap ada secebis simpati. Lantas Qal reda menerima gadis gelandangan itu.

Shefrin, itulah nama yang Qal berikan. Tak dinafikan, Qal beri Shefrin rasa nyaman yang Shefrin sendiri takut andai suatu hari dia mula mendambakan kasih sayang sementara itu. Ditambah lagi, kata-kata dan perbuatan Qal bagai satu harapan menghiris hati kecilnya.

“Tak pernah saya rasa hujan boleh membahagiakan saya macam hari ini.” – Shefrin

“Tiap kali hujan, ingatlah aku. Aku akan buat kau bahagia.” – Qaled Zavian

Namun, semanis apa pun Qaled Zavian, Shefrin tetaplah orang luar.

“Saya tak buat... Saya tak tolak dia... Saya bukan pembunuh tu…” – Sherfin

Akibat tidak tahan terus-terusan dijadikan mangsa, Shefrin menghilang. Jauh daripada kehidupan Qal yang penuh racun itu. Kehilangan yang membuatkan Qal hilang arah mencari Shefrin seperti orang tiada akal. 

Hinggalah Misha Kailani, pewaris Casamia muncul memberi tamparan kepada semua insan yang pernah membuli dan menghina Shefrin dahulu. Namun, Qal masih mencari …

“Aku rindukan Shefrin! Bukannya Misha!” – Qaled Zavian

Siapakah Misha dan ke mana perginya Shefrin? Dapatkah rindu itu menemui pemiliknya? 

Benarkah seseorang itu akan terasa kehadirannya, ketika ia telah tiada? 

Tak mati tapi dirindui. Tak hilang tapi dicari.

“Kita terlalu tamak memiliki, tapi kita lupa siapa PEMILIK kita.”

Review bacaan: She dengan Qil menjadi suami isteri selepas tangkap basah. Qil mula² ego sebab ingat She cuba perangkap dia sedangkan She cuba menolong dia. Disebabkan dia gelandangan jadi orang sekeliling Qil pendang rendah sampai berlaku cubaan membunuh. Sampai 1 tahap She dah tak sanggup untuk stay dengan Qil dan dia mula cabut lari membuatkan Qil gila bayang mencari She. 

Akhirnya selepas berbulan² lamanya, Qil berjumpa dengan She tapi status bertukar di mana She aka Misha merupakan pewaris dan jutawan. Qil mula² tak percaya tapi di akhirnya akui She dan Misha orang sama dan Qil sebenarnya dah jatuh cinta sejak wujudnya She.  Misha ni hilang ingatan, dah paling dia tak sangka family dia sendiri buat dia macam tu. Sampaikan Qil hampir dibunuh depan matanya sendiri ketika Misha cuba untuk berpisah dengan Qil.

4 tahun selepas itu, atas pengorbanaan Qil, Misha dapat mendakwa dalang yang buat dia jadi gelanggang tapi sebenarnya ada lagi masalah besar yang timbul yang membuatkan dia menyorok anaknya, Jamilah. Qil sebenarnya masih hidup, selepas salah faham itu, Qil  mula melindungi Misha dan anaknya, Jamilah. 

Akhirnya happy ending dengan kawan sekeliling dapat bahagia masing² tapi apa jadi Natasha? 

Ada bahasa yang tak enak tapi boleh la. Jalan cerita dari mula sampai habis buat saya tak boleh nak berhenti terutama ada bab Jamilah. Jalan cerita dari awal kawan Qil sampai habis tetap di ceritakan. Watak jahat tu, tak la rasa menyeramkan walaupun ada adegen bunuh². Mula² macam cinta 2 darjat tapi sebenarnya tak. Bagi saya novel ni light reading bukan jenis thriller. Suka juga dengan Kash dan Laira hehehe... 

Babak paling tak dapat dilupakan: 

Di dalam renyai hujan, dia menadah tangan. Segala sakit dan sedih dia luah di situ. Tubuhnya yang memakai telekung putih basah kuyup sudah tidak dipedulikan lagi. Dia seperti seorang insan yang sudah lama menantikan detik itu. 

Di akhir doanya,

"Walaupun dunia ini hanya pinjaman-Mu, ya Allah, izinkan aku rasa sedikit kebahagiaan sebelum kau ambil nyawa ini. Kuatkqn hati aku menghadapi setiap ujian-Mu dengan ikhlasan. Kau lancarkan setiap langkah anakku, Jamilah. Permudahkanlah, setiap urusan orang-orang sekelilingku. Dan juga, semoga ada tempat untuk aku dan suamiku bertemu lagi..." Misha tekip wajahnya dengan tapak tangan dan dia menghamburkan tangis di situ.

"Aku sangat rindukan dia, ya ALLAH," luahnya tersedu-sedu.

Tidak sedar seseorang melangkah dan berdiri di sebelahnya. Misha terus menangis dan menangis sepuasnya. Tangannya terketar-ketar dan mengecut kesejukkan. Lama dalam keadaan begitu, barulah dia tarik nafas panjang memandang ke hadapan.

Pandangan redip. Hati dan fikirannya rasa ringan. Dia senyum segaris dan meraup wajahnya yang basah disimbah hujan. Barulah Misha sedar ada seseorang sedang berdiri di sebelahnya. Dia spontan berpaling dan dia lihat insan itu turut berpaling memandangnya.  Jarak Misha dan lelaki itu hanya empat meter.

Mata mereka bertaut agak lama. Lelaki yang memakai ihram itu diam tidak berbicara. Misha juga tiada terkata. Air matanya mengalir terus mengalir dibawa hujan. Dia rindukan Qal hingga dia jumpa seseorang lelaki yang rupanya begitu mirip dengan Qal. Gigi diketap dan dia tunduk mencapai sejadah yang basah di lantai Mataf.

Saat dia angkat lagi pandangannya, lelaki itu masih memandangnya. Senyum tipis dia hulur sebelum dia beredar dari situ.

Lelaki itu tenanag mengalih pandangan ke arah Kaabah. Dia pejam mata, menarik nafas panjang, membiarkan tubuhnya dibasahi hujan.

Watak paling disukai: Qil

Petikan menarik:

"Tapi, kalau sampai sekarang kau masih susah nak terima kehilangan tu, bukan kehilangan tu yang salah, tapi diri kau sendiri. Kita terlalu tamak memiliki, tapi kita lupa siapa PEMILIK kita."

Skor: 4⭐/5⭐

Status: THB / Syor

Emosi sepanjang pembacaan: hubungan kawan dan keluargaan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~