One Sweet Mistake

TAJUK: One Sweet Mistake
PENULIS: Aprilhann
MUKA SURAT: 525 Helai
HARGA BUKU: RM45
BELAKANG BUKU: Nur Aileen. Dia ada satu masalah. Aunty Nora tak putus asa aturkan janji temu buta untuknya. 

Rimas, Aileen minta tolong Eton wujudkan seorang teman lelaki ‘jadian’ buatnya. Berkat bakat melukis si sahabat, Aileen mempunyai teman lelaki dengan bermodalkan sekeping lukisan potret seorang lelaki. 

Namun tak disangka-sangka, ‘boyfriend jadian’ Aileen yang tak sepatutnya wujud itu tiba-tiba poof macam magik berdiri teguh di depan mata. Disaksikan pula Aunty Nora. Gawat!

Rupa-rupanya Eton lukis abang tiri sendiri!

“Kalau aku ajak pun, nak ke abang kau kahwin dengan aku. Abang tiri kau tu dahlah hensem. Nak ke dia yang scrump-dilly-icious tu dekat aku?” – Aileen

“Yang tu kau kena tanya tuan badan sendiri. Tu haa, dekat belakang kau.” – Eton

“Nak ke aku yang scrump-dilly-icous ni jadi boyfriend kau?”– Eimran

Gara-gara kesilapan kurang cerdik Eton, Aileen terpaksa tebalkan muka minta Eim berlakon jadi teman lelakinya untuk satu malam. Tapi entah bagaimana, pembohongan Aileen semakin tak terkawal dan menyebabkan dia dan Eim terikat dalam hubungan cinta palsu.

Eimran Fahrezzi. 

Cef pastri yang punya senyuman tipis terkadang nampak tak ikhlas. Bagi Aileen, berlakon menjadi kekasih Eim itu tak susah, yang susah itu bila Eim selamba panggil dia my sweet Aileen. Lebih parah, lelaki itu sudah mula pandai tersenyum manis. 

“Awak kalau pandang orang memang macam ni eh?” – Aileen

“TMI, aku pandang kau sorang je macam tu.” – Eimran

Sebelum wujudnya Eim, hidup Aileen semudah 1 + 1 = 2. Selepas ada Eim, dirinya berubah drastik jadi rumit kerana variablenya adalah hati dan perasaan. 

“I’m not having second thoughts.” – Aileen

“Well, you see, you won’t find a husband like me anywhere else. I am brilliant, scrumptious, delicious, and very hard to resist. And I can’t wait to show you what else I can be. Tapi kalau kau tak nak kahwin dengan aku. Rugilah kau.” – Eimran

Adakah kesilapan tak cerdik si sahabat boleh berubah menjadi kesilapan yang paling manis? Walaupun Aileen sentiasa ragu dan Eim sebenarnya seorang yang tertutup rapat sehingga Aileen sering terkeliru.

“Can you wait for me?” – Eimran

“Kita baik-baik je kan Eim?” – Aileen

ULASAN: Setelah lama saya peram akhirnya habis juga bacaan novel ini. Terlalu fantasi sampai saya hilang kosa kata. [terlalu manis sampai saya cari banyak pastry untuk hilang manis tu (?) Adakah itu penambah perisa HaHaHa...] Dalam novel ni banyak cerita pemanis makanan yang sangat saya suka. [terlalu makan banyak manisan tak elok. AMARAN]

Jadi, berbalik kiah Eim dan Aileen ini. Mereka tak sengaja berjumpa sebab Aileen ini dalam keadaan terdesak mencari Boyfriend.  Eim pula hanya mengikut ajakkan Aileen ini dan akhirnya mereka saling jatuh cinta. Aileen ni truama dengan percintaan sebab dia anak terbuang. DIa tak dapat kasih seorang ibu dan ayahnya disebabkan mereka bercerai sejak Aileen kecil lagi. Aileen ni rapat dengan keluarga makcik dia. 

Manakala, Eim pula ada sejarah yang lepas buat dia menjadi seorang cold stone. Tapi dengan Aileen menjadi sweet potong kaki, mana tak Aileen tu cair hahaha.

Konflik cerita ni tak berat dan santai baca. Segala tanda soal saya semua di selesaikan. Nonsense bila cinta tapi masih buka cinta kat orang lain. Tu 1 babak yang saya menyirap baca. Menyalahkan orang lain tanpa faham keadaan sebenar dan menutupi salah sendiri sebab rasa kesunyian. Orang macam ni bukan seorang yang setia. Cinta tu give and take. kesetiaan dan tanggungjawab tu besar tu lah cinta sebenarnya. [Fuss bermandah cinta pula... euuu geli!!!!!]

BINTANG: 3⭐/5⭐

Ulasan