Miss Nina Cucu Tok Pa
TAJUK: Miss Nina Cucu Tok Pa
PENULIS: Sha Ibrahim
MUKA SURAT: 421 Helai
BELAKANG BUKU: Miss Nina Cucu Tok Pa!
Itu gelaran yang selalu meniti di bibir orang kampung. Miss Nina yang tidak memilih kerja walaupun graduan lepasan universiti. Miss Nina yang suka menolong dan juga Miss Nina yang lantang bersuara. Kelantangan dia dalam menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati tentang sesuatu isu menyebabkan dia mengumpul musuh dalam diam.
Di kampung itu, dia hanyalah si penjual ikan. Berbekalkan lori kecil yang sudah ditelan usia, dia meronda ke setiap pelosok kampung demi kelangsungan hidupnya bersama dengan tok ayah.
Dalam kehidupan seorang Miss Nina, dia hanya ada tok ayah, Fifi dan Din, si ‘bisu’ yang menjadi peneman dan pendengar setia.
Din dipandang hina kerana dahulunya pernah terjerumus dengan najis dadah sehingga dianggap gila dan bisu. Namun, tiada sesiapapun yang tahu kehidupan sebenar di sebalik lelaki yang bernama Solehuddin yang menyimpan seribu satu rahsia.
Siapakah sebenarnya musuh Miss Nina? Siapa pula Din di sisi seorang Miss Nina? Adakah Nina masih mampu menganggap Din sebagai seorang kawan setelah rahsia terbesar lelaki itu akhirnya terbongkar?
ULASAN: Bila baca jer pov Din, terus laju nak habiskan. Selain Shark dari novel lazuardi, Din tu calon lelaki yang saya suka dalam hero novel 😆...
Nina ni penjaja ikan di kampung. Sanggup bekerja macam tu sebab nak dekat dengan tok ayah aka Tok Pa. Kebiasaan selepas menjual dia selalu bawa nasi bungkus jumpa Din di wakaf. Din yang dulu suka menyatakan cinta dia pada Nina. Beza mereka hanya hanya 3 tahun. Selepas terlibat dengan penyalahgunaan dadah, orang kampung mula gelar Din orang gila sebab dia senyap. Nina tak rasa Din gila, Nina rasa Din didalam dunia dia membuatkan Nina selalu jumpa Din dan luah semua kehidupan hariannya. Nina ni gadis buntal, seorang yang jenis lantang bersuara tanpa fikir keselamatan. Selepas kejadian Din terbuka mulut, Nina mula jauh diri tapi biasa laa Nina ni mula nanar dan rindu pada Din. 😆 Din pula mula berubah sikit demi sikit untuk menunjukkan perasan dia pada Nina tak pernah berubah sejak dulu dan Din tahu segalanya tentang Nina. Bagi Tok Ayah, Din ni calon cucu menantu yang terbaik la. Ending mestikan la mereka berkahwin walaupun Nina selalu buat onar 😆.
Walaupun ada watak jahat tapi boleh abaikan sebab sekali Din cakap wah terbuai weiii. Mana Din beli kesabaran tu ekkkk...
SKOR: 5⭐/5⭐
STATUS: THB / Syor
Ulasan