Ebook Anathalia ~Penulis Dhiyana~
Tajuk: ANATHALIA
Penulis: Dhiyana
Muka Surat: 300 helaian
Rating: ⭐⭐⭐
Ulasan: Kisah Ana balik malaysia dengan adiknya bagi merawat hatinya yang baru lepas putus cinta dan kehilangan kerja idaman dia disebabkan khianat. Mereka disambut oleh atok mereka, tok seman dan eni. Ein ni pemuda yang selalu kena buli dgn tok seman 😆. Kedatangan mereka di kampung itu manjadi kecoh gara-gara masing² yang lelaki mahu mengorat cucu Tok Seman. Tok Seman dengan tak seriusnya cakap Ana dah bertunang denhan Ein. Jadi 1 kampung yang lelaki memusuhi Ein. Kesian Ein tak tahu apa² kena piat telinga dengan mak dia gara² pasal pertunangan itu. Ein dalam hati suka tapi tak tunjuk sebab takut di kecewakan jadi dia angap tu hanya sekejap punya gosip kampung. Ein pun ajak mereka berdua family day anjuran klinik tempat dia berkerja. Mula² Ana segan tapi lepas di pujuk adiknya, mereka berseronok je la. Tanpa dia sangka balik dari family day, heboh 1 kampung cakap Ein dengan Ana buat perangai tak senonoh. Tok Seman sedih walaupun dia tahu mereka tak bersalah. Demi merjenihkan keadaan, Ana setuju berkahwin dengan Ein. Ein pula memang tak tolak la sebab rezeki dia dah lama dia berangan kot 😆. Mereka pun berkahwin dan bercinta selepas kahwin. Ein nampak je baik sebenarnya nakal tapi dalam itu dia seorang lelaki memahami. Dia bersetuju untuk hubungan jarak jauh dengan isteri yang mahu mengejar cita² itu. Selepas 2 tahun mereka dikurniakan anak perempuan yang tak boleh berenggan dengan ayahnya dan Ana putuskan mahu tinggal dan kerja sini dekat dengan suami kesayangan dia.
Sesungguhnya jodoh itu rahsia dari Allah. Ana walaupun gadis kacukan tapi penuh dengan kemelayuan disebabkan didikan ibunya begitu juga dengan adiknya. Mana kala, Ein pula lelaki yang digambarkan baik, berpewatakan lurus sebab selalu kena buli dengan Tok Seman walaupun rasanya dia reda sebab dengan siapa lagi Tok Seman nak bergurau 😂. Cerita ni pun memaparkan Tok Seman yang kesunyian selepas anak kesayangan berhijrah ke luar negara dan berkahwin dengan orang sana. Tok Seman ni walaupun macam tu dia ni buntal sikit, main perli je. Sekali kena masuk dalam hati sikit la 🤣🤣🤣. Semua orang kampung itu memang kecoh tak bertempat la terutama lelaki. Ada bini sibuk mengorat, depan Tok Seman buat baik... Hiss tak masuk dek akal lah. Pentingnya berkahwin dengan sekufu sebab klo berbeza status maka berbeza tahap permikiran. Suka² hati dia gelar orang dayus sebab benarkan isteri berkerja dan tinggal berjauhan. Apa ingat kahwin tu untuk sexual ke? Crazy pemikiran ni dan yes benda ni realiti!
Kandungan dalam cerita ni tak sesuai untuk pelajar sekolah okay. Memang untuk bacaan dewasa dan santai-santai. Jangan ambil serius sangat la sebab ni hanya cerita semata-mata. Pengunaan bahasa yang agak dot dot dot memang tak sesuai untuk budak².
Akhir kata yang baik kita ambil pengajaran, yang buruk kita jadikan sempadan.
Ulasan