Langkau ke kandungan utama

EBOOK MISTER HEARTBREAKER ~PENULIS ANJELL~

 

Tajuk: MISTER HEARTBREAKER

Penulis: ANJELL

Muka Surat: 445 HELAIAN

Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐

Sinopsis: Suatu ketika dahulu, Aileen Sabiha adalah wanita terbahagia. Hubungan cintanya dengan Hariz Mikael tak pernah bermasalah. Perancangan mereka mudah. Habiskan belajar. Cari kerja. Dan kahwin. Senang, bukan?

Sehinggalah satu hari, Hariz jatuhkan bom itu!

"Saya dah terlanjur denga seorang perempuan. And now, she's pregnant." - Hariz Mikael.

Dan... bhoom! Berkecai habis sekeping hati Sabiha. Tak pernah menduga Hariz sanggup mengkhianatinya seteruk itu. Hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan. Sabiha mula bencikan lelaki.

Lima tahun berlalu, tiba-tiba si Mister Heartbreaker itu kembali. Kali ini membawa status duda hot beranak satu. Muncul pula si comel Armel yang dengan selambanya memanggil Sabiha "mommy". Melihatkan bukti kecurangan Hariz di depan mata, perasan Sabiha bercampur-baur.

"Hei budak! Aku benci bapak kau, jangan sampai aku benci kau pulak!" - Aileen Sabiha.

Namun, panggilan ia sebagai naluri keibuan. Hati Sabiha tersentuh juga bila melayan kerenah Armel. Baginya, anak itu tak bersalah. Dia hanyalah mangsa kekhilafan orang tuanya. 

Si Mister Heartbreaker itu pula dengan selamba berkata.

"I want you back. Please give e a second chance." - Hariz Mikael.

"Muka saya ada iras Kotex ke? Lepas pakai, buang?" - Aileen Sabiha.

Desakan keluarga yang mahu Sabiha berkahwin buatkan wanita itu terbuat satu keputusan yang memakan diri. Mungkin kesilapan teknikal, mungkin kelicikan Hariz, mungkin juga dah namanya jodoh, Sabiha dan Hariz di satukan.

Peluang kedua tak sesenang itu dberikan apatah lagi melibatkan kepercayaan. Ragu-ragu itu selalu singgah di hati. Mampukah Sabiha bahagia walaupun dia tahu Hariz sudah berubah?


Ulasan: KENA BACA DULU NOVEL DR. ALPHA MALE baru baca ebook ni. Bukan sambungan tapi kisah kawan kepada Hazel. Jadi ini sambungan kisah Sabiha dengan Hariz. 

Sabiha dan Hariz bercinta masa di universiti lagi tapi tiba-tiba Hariz putuskan hubungan sebab dia berterus terang yang dia mengandungkan perempuan lain. Sabiha putus cinta dan terus benci lelaki. 

5 tahun selepas itu, Sabiha melalui harinya dengan biasa sehingga datang Hariz dan anaknya dalam kehidupan Sabiha. Mula-mula Sabiha buat tak tahu jer tapi dia ni cepat kesian dengan anak Hariz jadi dia pun mula rapat dengan Armel.

Ada lelaki yang cuba rapat dengan Sabiha tapi macam biasa kena reject la. Yang masih on contact walaupun dah reject si Fazren, anak dato playboy. Reject berkali-kali pun masih nak dekat lagi.  

Atas desakan keluarga, Sabiha terpaksa kahwin. Dia setuju kan pilihan keluarga dia sebab dia dah malas nak berfikir. Bila tiba hari perkahwinan itu, Sabiha terkejut yang suaminya Hariz. Mestilah masalah kepercayaan adalah no 1 dalam perkahwinan mereka. 

Rupanya Fazren dan Hariz ini sepupu. Farzeen tak dapat terima Sabiha dah berkahwin jadi dia terus menerus kacau Sabiha sehinggalah Hariz buka cerita apa yang berlaku ketika mereka berpisah. Pengakhiran cerita mesti la happy ending. Sabiha dan Hariz bersama walaupun terpisah 5 tahun dahulu. Orang cakap dah jodoh tak ke mana pun.

Ulasan