Langkau ke kandungan utama

Novel The Bachelor #2: The Cold-Blooded Prince ~Penulis Ameera Ameer~

Tajuk: The Bachelor #2: The Cold-Blooded Prince

Penulis: Ameera Ameer

Harga: RM40

Sinopsis: Tengku Daniel Hun Iskandar, siapa yang tidak kenal dengannya. Berbekalkan wajah kacak, kaya, berpenampilan kemas dan bergaya, dia digelar the most eligible bachelor in town yang digilai dan diintai oleh ramai anak-anak kenamaan. Tetapi sayangnya, seorang Hun bukan mudah untuk jatuh cinta lebih-lebih lagi setelah gadis yang diminati dalam diam adalah milik sahabat sehidup semati. Dinginnya Hun berbicara tentang perkahwinan membuatkan Bonda Zati bingung dan mula merancangkan sesuatu. 

Keisya Allison Carter Tan Sri Roslan, hidup tenangnya mulai berubah apabila dia dipaksa berpindah ke Malaysia mengikut bapanya setelah ibu kandungnya kembali kepada agama asal dan berkahwin baharu. Tinggal satu bumbung bersama ibu tiri yang tidak pernah menerima kehadiran dia, membuatkan Keisya lemas sendiri. Bimbang tindakan isterinya membuatkan Keisya memilih kembali kepada ibu kandungnya, akhirnya Tan Sri Roslan membuat tindakan nekad. Perkahwinan! Ya, Keisya akan dinikahkan.

Aturan keluarga menemukan mereka. Seorang berdarah sejuk dan seorang lagi panjang akalnya. Masing-masing nekad untuk menggagalkan ‘blind date’ yang dirancang. Tetapi apabila orang tua keduanya berkeras dengan rancangan yang diaturkan, mampukah mereka menolak lagi? Tidak, kerana itu bukan permintaan tetapi adalah arahan!
     
“Do you have anything to say?” – Hun
“No.” – Keisya
“No? Are you sure?” – Hun
“Okay, I know I’m wrong and I’m sorry,” – Keisya
“What did you do wrong?” - Hun
“I lied to you.” – Keisya

Suasana yang tenang rupanya hanya seketika. Kisah Hun lima tahun lalu menghantui hidupnya semula. Kerana dendam seseorang kehidupannya terancam. Musuh senyap memburunya dalam diam membuat Hun penasaran. Nyawanya mula menjadi pertaruhan. Sejak itu, keselamatan bonda dan Keisya mula menjadi keutamaan.

“Your wife is so damn beautiful, Tuan Muda Hun.” – Zackry
“Touch my wife, I’ll send you to hell!” – Hun

Jangan dicabar diamnya seorang Hun. Sekali dia diancam, sepuluh kali dia membalasnya. Tetapi mampukah Hun melindungi orang-orang yang disayangi apabila dia diserang di setiap penjuru tanpa henti?

You’ll be safe even if I have to die. That’s my promise! – Hun

Teaser:

#1
"No, bonda had promised me, this was the last. So, she wont force me out again," balas Hun dengan senyuman. 

"Serious?" Nasriq seakan tidak percaya. 

Kepala diangguk dengan senyum yang masih bersisa. Sudah lepas siksa dia. 

Nasriq menggeleng dengan riak tidak puas hati. "Untunglah kau," cebirnya. Nasib dia entah macam manalah sekarang. 

Mendengar kata-kata Nasriq dan melihat reaksi sahabatnya itu, Ghazril dan Hun tergelak besar. 

"Hati kena kental, bro," usik Hun sambil sambung ketawa. 

Nasriq mencemik. Gelas jus lemon bersoda di atas meja dicapai lalu dihirup. "Oh ya, suka tu suka juga tapi aku nak beritahu sesuatu," ucapnya apabila dia teringatkan tentang berita yang baru diterimanya. Serentak itu Hun dan Ghazril menala pandang ke arahnya. 

"Apa dia?" soal mereka serentak. 

Nasriq mendekatkan tubuhnya ke sisi meja sambil dua jarinya digerakkan menyuruh kedua-dua sahabatnya itu mendekat.

Hun dan Ghazril akur. Tubuh digerakkan sehingga berada betul-betul di sisi meja. 

"Ermmm... Aku dapat info Zackry akan balik Malaysia," balasnya perlahan tetapi cukup untuk didengari oleh dua orang sahabatnya itu. 

Spontan itu air muka Hun dan Ghazril berubah. 

"Mana kau tahu?" Hun kerutkan dahi. 

"Ada informer aku beritahu."

"Aku akan suruh Isa dapatkan info terbaru," putus Ghazril setelah diam seketika. Serius sahaja riak wajahnya.

Hun dan Nasriq mengangguk. 

"In the mean time, suruh Kabir dan Davin sentiasa ikut kau. Kalau betul dia balik, target pertama dia tentu adalah kau," pesan Ghazril sedang mata tegak memandang Hun. 

Bersetuju dengan kata-kata Ghazril, Hun mengangguk. 

"Suruh seseorang lindungi bonda kau juga," pesan Ghazril lagi lebih serius dari tadi. 

"Aku tahu," balas Hun pendek.

Melihat riak tegang kedua-dua sahabatnya itu, Nasriq diam sahaja. Dia tahu kalau benar Zackry kembali ke Malaysia, ianya bukan sesuatu yang perlu diambil mudah. Hanya mereka bertiga yang tahu apa telah berlaku hampir lima tahun lalu. 

#2
“WHERE ARE you now?” sembur Layla dengan suara yang ditahan-tahan. Bimbang ada pula yang mendengar nanti.

“England.”

“Don’t lie. Dad called your mom but you weren’t there. Now, tell me where you are now!” bebel Layla melepaskan geram. Apa tidaknya, sejak beberapa hari itu dia asyik menjadi mangsa bebelan daddy yang gagal mengesan anak sendiri.

“Korea.”

“Korea?” Hampir meledak marahnya mendengar jawapan yang baru didengarinya itu. “What are you doing there?” dengusnya bersama helaan nafas panjang.

“Went to BTS’s concert.”      

“What?! You went to Korea just for BTS’s concert?” bedil Layla agak lantang. “You tahu tak daddy tengah marah dengan you sekarang tapi you boleh enjoy tengok konsert dekat sana? Are you out of your mind, Lissy?” helanya cuba menenangkan diri sendiri. Adiknya yang satu ini memang sangat tidak terkawal tindakannya. Patutlah daddy beria hendak menjodohkan Keisya dengan Hun. Mungkin dengan sikap Hun yang tegas akan melenturkan kedegilan dan kenakalan adiknya itu agaknya.

“I don’t care if he gets angry. Let him be. He’s always like that and you know that too well.”

“You are really bold, sista. So, when are you coming back?” Apabila itu yang dijawab oleh Keisya, hendak dimarahi pun tidak guna lagi. 

“The next two days. Please fetch me at the airport, lovely sista.”

“Tahu pun minta tolong I, kan?”

“Pleaseeeee…You are the best and I love you the most.”

Layla mendengus. “Pandai you membodek, kan?” bebelnya.

“Please… Pleaseeeee…”

“Okey… okey. Nanti beritahu I bila you dah nak berlepas.”

“Ermmm… I know you love me.”

“I just want to save my ears.”

Terdengar galak suara Keisya tergelak di telinga.

“Prepare yourself. Dad won’t let you go off easily.” Dia mengingatkan.

“I know. I’ll have abang to help me.”

“You are really smart, aren’t you? Berani nak gunakan abang pulak sekarang. Hurmmm… Seriously Lissy, I’m giving up on you!” bedilnya.

#3
“Hurmmm… What a coincidence,” tegur Hun bersahaja sedang mata tegak memandang Keisya yang duduk santai menikmati hidangannya.

Disapa tiba-tiba, suapan kedua-duanya terhenti dan segera menoleh. Sebaik terpandangkan Hun, Keisya mencemik dan kembali menyambung menyuap scone ke mulutnya.

“Tuan Muda Hun.” Aqil menyapa ramah dan terus berdiri. Tangannya dihulurkan untuk bersalaman.

Walau agak geram dengan layanan bersahaja Keisya, Hun tetap tersenyum nipis dan menyambut huluran salam lelaki itu.

“I tak sangka boleh terserempak dengan tunang I dekat sini,” selamba Hun bersuara.

Keisya tersedak dan hampir tersembur scone yang baru masuk ke dalam mulutnya. Cawan kopinya dicapai lalu disisip perlahan. Sebaik cawan kopinya diletakkan kembali, spontan pandangan tajamnya beralih ke arah Hun. Sejak bila mereka bertunang? Hun hilang ingatan atau mabuk di siang hari sekarang?

“Tunang?” Aqil kerutkan dahi. Keisya dipandang dengan mata terkebil-kebil. Kenapa Rosman tidak memberitahunya yang Keisya adalah tunangan Tuan Muda Hun?

Hun mengangguk. Spontan itu tangan Keisya diraih. “Come baby, I dah beberapa hari tak jumpa you. I dah rindu dengan you,” ucapnya semakin selamba lalu tangan Keisya ditarik.

Semakin berkerut dahi Keisya memandang Hun. Walau masih dalam keadaan marahkan lelaki itu, dia tetap berdiri. Sekurang-kurangnya dia dapat segera meninggalkan ‘date’ gatal di hadapannya itu. Beg tangannya segera dicapai. “Sorry Aqil. I have to go now. I’ll call you later, okay,” ucapnya dan terus buka langkah apabila Hun terus menarik tangannya. 

Aqil hanya memerhati sahaja ‘date’ nya dibawa pergi dari situ dengan riak terpinga-pinga. 

“Lepaslah tangan I,” bebel Keisya apabila Hun masih terus menggenggam jemarinya.

Tidak mengendahkan amarah gadis itu, Hun semakin mengeratkan genggamannya dan terus membawa Keisya menuju ke kawasan pool bar hotel.

#4
“Ermmm… Ada tak I lakukan sesuatu pada you masa kita tengah tidur?” Hun dipandang.
Hun pusingkan tubuhnya menghadap isteri di sebelah. “Kenapa you tanya?”
“This matter has been bothering me ever since…”
“You rasa you ada buat apa-apa tak pada I?”
Laju Keisya gelengkan kepalanya. “I tak tahu,” balasnya bingung.
“Kalau I kata ada?”
Terus membuntang mata Keisya memandang suaminya itu. “Did I touch you? I mean... In the wrong place?” kalutnya pula. 
Hun berdeham dan memandang isterinya tidak percaya. Entah apa agaknya yang difikirkan isterinya itu sejak tadi agaknya. Tetapi dia begitu yakin ianya bukan sesuatu yang baik. Lihat riak isterinya sahaja dia sudah tahu.
“You peluk I.”
“Is that all?” Bersungguh dia memandang suaminya. 
“Yup.”
Keisya hela nafas kelegaan. “I’m so relieved!”
“What do you have in mind?” Dahinya dikerutkan.
“I thought I… Ermmm… Unconsciouly molested you.”
Hun tercengang. “What?!” Nasib baik dia bukan sedang minum atau makan apa-apa ketika itu. Kalau tidak sudah tentu habis tersembur semua yang ada di dalam mulutnya mendengar kata-kata isterinya. Keisya langsung tidak takut dicabul tetapi takut mencabul?
“I nak tanya you sesuatu,” soal Hun dengan nada serius.
“Okay.”
“You tak pernah rasa curiga dengan I? Or afraid that I will take advantage on you?”
Keisya menggeleng dengan riak selambanya. 
“No?” Hun kerutkan dahi seakan tidak percaya. Tiba-tiba dia rasa seolah diperlekehkan. Hello… He’s a normal man!
“You never liked me so you wouldn’t be interested in me.” 

#5
"Kita masuk dalam," ajaknya. Entah kenapa dia rasa kecewa mendengar kata-kata Keisya tadi. 

Keisya ikut bangun. Tetapi baru dua langkah kakinya diayun, tangannya ditarik dan tubuhnya terus dirangkul erat. Keisya tergamam. 

"Dont move. Bonda is watching."

Keisya terus kaku tak bergerak. 

"Hug me," bisik Hun. 

Dalam kalut, Keisya akur. Pelukan Hun dibalas. Sedang dia cuba untuk menenangkan diri berada di dalam pelukan suaminya itu, tiba-tiba dia rasa satu kucupan hangat singgah di dahinya. Spontan itu wajahnya didongakkan dan pandangan mereka bertaut. 

"Is that an act too?" Anak mata Keisya masih tegak memandang anak mata Hun. 

Hun diam sahaja. Langsung tidak membalas sedang tangan masih kemas merangkul pinggang isterinya. 

Review: Akhirnya habis juga saya membacanya. Baca dari muka depan sampai habis muka surat. Pendapat saya, saya suka novel #1. 

Hun ni mmg cold tapi banyak berfikir. Mungkin usia dia 30an dari Keisya yang masih 20an jadi hubungan berbeza tapi saling lengkap. Matang dan budak².. ala2 prefect couple kan. Orang matang macam Hun memang tak suka gadis matang macam dia. So, sekufu la dengan Keisya sebab Keisya ni matang tapi macam budak² sebab masih belum puas enjoy hidup. Lebih² lagi Keiya ni half malay jadi jalan hidup dia kurang berlandasan islam membuatkan ayahnya nak sangat dia kahwin dengan Hun. 

Macam novel pertama, novel ke dua pun sama ada musuh yang hampir meragut nyawa. Jalan cerita yang tersusun tapi bagi saya mendatar sebab hubungan Hun dan Keisya ni berkembang macam biasa. Ada plot twist nak dekat akhir cerita tapi sebenarnya dah tahu sebab ada hint² awal² cerita. 

So far, memang best. Ni tugu tuan muda Nasriq pula. 

Rating: ⭐⭐⭐⭐/5

Selamat berbuka puasa semua 

Ulasan