Langkau ke kandungan utama

Novel Takdir Yang Kupilih ~Penulis Ameera Ameer~

Salam Ramadan Mubarak. Saya nak review novel #2 Mencari Sayang Yang Hilang. Tahun lepas saya baca novel ni terus darah naik ke atas 🤯. Jom saya review novel ke 2 ni... 


Tajuk: Takdir Yang Kupilih

Penulis: Ameera Ameer

Muka surat: 299 Helaian

Harga: RM28

Sinopsis: Bak bait-bait lagu Cakra Han, Farha sudah lama melepaskan segalanya pergi. Kisah dia dan Roaf juga sudah lama dia kuburkan dalam-dalam dan jauh di sanubari. Sayangnya, Roaf tidak begitu. Walau salah jelasadalah dari dirinya tetapi cintanya terhadap Farha tidak ernah berubah.

"Tapi abang masih sayang dan cintakan Fa. abang masih ingin hidup dengan Fa macam dulu." - Roaf

Ketika Roaf terus memujuk rayu, dalam berselindung Zahrain pula meluah rasa. 

" For you, everything is important even if it's just a piece of chocolate. " - Zahrain

Antara Roaf dam Zahrain, siapa yang harus Farha pilih? Lelaki yang pernah dicintai tetapi permah juga menyakiti atau lelaki yang baru dikenalo tetapi selalu melengkapi?

" We have a long way to go, dear. Are you ready to face all the challenges with me? "

Petikan Dari Novel:

Muka surat 72
“Fa masih marahkan abang dan tak maafkan abang?” Farha dipandang dengan perasaan kesal yang tak pernah hilang.

“Fa dah maafkan abang tapi Fa tak pernah melupakan.” 

Raof terpempan. Terpukul dia dengan kata-kata yang dilafazkan bekas isterinya itu. Memaafkan tapi tak pernah melupakan. Allah! Kenyataan itu lebih menyakitkan. Dia lebih rela dimarahi dari terus diungkitkan dengan kesilapan silam.

“Walau hati yang sakit dah lama sembuh tapi Fa tak yakin Fa mampu terima abang semula. Maafkan Fa...” 

“Tapi abang masih sayang dan cintakan Fa. Abang masih ingin hidup dengan Fa macam dulu.” Suara Raof mula beremosi dan sayu.

“Sayang? Cinta?” Farha senyum segaris. “Kalau betul sayang, abang tak akan curang dengan Fa. Kalau sayang, abang tak akan menoleh pada perempuan lain. Kalau sayang, abang tak akan sanggup lukakan hati Fa.” Senyumnya terukir lagi. Entah kenapa berbicara tentang itu dia sudah tidak punya rasa. Mungkin kerana dia benar-benar sudah melupakan jadi hatinya tidak sesakit dulu.  

“Abang tahu abang salah. Abang terkhilaf. Abang dah berubah dan janji abang tak akan buat lagi kalau Fa berikan abang peluang. Abang janji abang akan jaga kasih sayang kita dengan sebaik-baiknya lepas ni. Abang akan jaga Fa melebihi diri abang sendiri.” Raof merayu. 

“Abang pernah mengungkapkan janji yang sama dan abang sendiri yang memungkirinya...” balas Farha masih setenang tadi. Dia bukan hendak mengungkit tetapi sekadar mengingatkan. Kerana nafsu, Raof tenggelam dengan janji-janjinya. Kerana leka dengan dunia, Raof mengkhianati sumpah setianya.

“Fa berdendam dengan abang?” Pintas Raof mematikan kata-kata bekas isterinya. 

Laju Farha menggeleng. “Tak... Fa tak pernah berdendam dengan abang. Macam Fa katakan tadi Fa dah maafkan abang tapi Fa tak pernah melupakan.” Raof dipandang tanpa perasaan. “Memaafkan tapi tak akan pernah melupakan,” ulangnya lagi lebih tegas dari tadi. 

***

Muka surat 160
"I tak nak buang masa lagi sebab I pun bukan semakin muda. Jadi I nak tanya Fa... Sudi tak Fa terima I? Terima lamaran I an habiskan seluruh hidup Fa dengan I?"

Kali ini Farha terus terkaku. Zahrain melamarnya? Bermimpikah dia atau dia sebenarnya sedang berhalunisasi?

Melihat Zahrain memgeluarkan sesuatu dari poket srluarnya dan mengajukan kotak kecil itu di hadapannya, Farha ternganga.

"Marry me" ucap Zahrain sekali lagi. 

***

Muka surat 176
Melihat Farha yang seolah tidak senang dengan pertemjaan itu, senyum di bibir Nurita melebar. "Masih marahkan I?" soalnya.

Farha tersenyum lalu kepala digeleng. "I dah lupakan kisah lalu," balasnya. 

"I still remember your last words, Farha. You kata, kalau kita bertemu lagi satu hari nanti, you tak nak kita unhkin lagi kenangan pahit yang pernah berlaku antara kita," ucapnya bersama helaan nafas perlahan.

" I takan akan sebut tapi I nak beritahu you yang I dan gagal. I gagal memiliki hati Roaf walau macam mana sekali pun I cuba," luahnya bersama senyum sini di bibir. "I penat berjuang dalam perkahwinan kami dan akhirnya I give up. Perkahwinan kami bertahan hanya beberapa bulan sahaja. Selepas bercerai I pergi luar negara untuk menyembuhkan kecewa selepas setahun di sana, I balik sini dan uruskan anak syarikat papa I," beritahunya tanpa dipinta. 

Review: Don't high expectations to much for this novel. Cerita ni sambungan kisah Farha, Roaf , Zahrain, Narita, Puan Salbiah, Zira, Julia dan Mukriz. Apa mereka semua jadi lepas novel pertama itu. 

Farha hadap dengan Roaf dan Zahrain. Roaf dengan perangai tak move on sebab kononnya masih cinta dengan ex wife. Tak faham saya dengan lelaki jenis Roaf ni. Dah kahwin dengan Narita pun tak bahagia sedangkan sebelum kahwin bukan main sampai joli² ke bali kot... Ayaiii... Roaf memang lelaki tak guna la. Kesian Narita tu, kurma nya perkahwinan yang diimpikan akhirnya musnah dan dia move on walaupun kecewa. Tu la pengajaran jangan ambil hak orang secara paksaan. 

Farha, bahagia selepas kesakitan. 2 tahun merantau akhirnya dia putuskan balik for good. Tak tahu nak cakap tapi Farha ni smooth je ikut jalan yang dia hadapi. Zahrain pula bila crush dia ada depan mata memang terus ngap la. Apa lagi ajak kahwin dan settle. Farha dan Zahrain bahagia bersama anak² dan kawan²nya. 

Rating: ⭐⭐/5

Ulasan