Langkau ke kandungan utama

Novel Mencari Sayang Yang Hilang ~Penulis Ameera Ameer

Tajuk: Mencari Sayang Yang Hilang
Penulis: Ameera Ameer
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐
Ulasan: Amaran novel ni tak sesuai untuk budak². Walaupun tak banyak aksi tapi novel ni tentang kecurangan seorang suami pada isteri dan sikap gelojoh perempuan yang desperate perhatian skandal. 

Roaf, suami yang sweet, suami idaman tapi sejenis lelaki tak guna. Berbekalkan kata² manis, dia gula² kan bini dan gf. Walaupun dia simpati pada isterinya tapi bila digoda dia tewas. Walaupun dia cuba tutup perbuatan dia dengan menyayangi isterinya setulus hatinya tapi tetap LOSER. Disebabkan tercabar apabila nampak isterinya berdikari, dia mahu bergantung tak bertali isterinya. Memang lelaki second macam Roaf ni tak sedari gamaknya. Dengan skandal bercerita lain, dengan bibi bercerita lain. Bila kantoi di buang skandal macam lalat sebab tu skandal ko balas dan mengungkit setiap perbuatan ko. #akubencibetullelakitakgunamacamroaf #stressweiibacanovelnimacamdramaweii

Roaf terlibat skandal dengan rakan sepejabat, jadi bini dia, Farha percaya yang suami dia berkerja kuat. Farha ni seorang bini yang baik. Walaupun tak puas hati dia simpan dan lebih risau orang lain dari diri sendiri. Malahan bila Farha pregnant, walaupun Roaf cuba lebihkan Farha tapi tetap di goda oleh Rita. Dah apabila keguguran, Farha dibiarkan macam itu sehingga rahsia terbongkar. 

Rita ni anak orang kaya, seksi mesti la tapi sayangnya otak pendek. Sanggup jadi perempuan simpanan sebab cinta. Rita ni mcm ular dalam diam² dia cuba nak rapat dengan bini Roaf agar dapat dia kuasai Roaf. Selalu buat perangai agar dapat lebih extra perhatian dari bini sendiri. Kadang² Rita sengaja untuk kantoikan hubungan terlarang antara dia dan Roaf. 

"Bangkai gajah tak dapat ditutup dengan nyiru. Lama-lama ada yang terbau juga nanti" - m/s 54.

Bila jadi perempuan kedua, tahap jeles Rita lebih parah dari jeles isteri pertama. Mahu merampas semua milik Farha walaupun Farga hanya suri rumah sahaja. Suka dengan kata² kawan baik Roaf

"I tak tahulah apa tujuan you buat macam tadi dekat rumah Roaf. Tapi I harap you hormat sikit perasan Farha sebagai isteri Roaf walau sebenarnya you dah hancur leburkan hati dia. Ingat sikit Rita, you pun perempuan sama macam dia" - m/s 103.

Bagi perempuan kedua seperti Rita, suami orang kejarkan dia bukan dia kejarkan suami orang. Tapi hakikatnya ko yang tak malu dan tak sedar diri yang kejar suami orang huh! Dasar manusia tak sedar diri. 

Bertambah pula hubangan toxic antara mak Raof dengan Farha. Mak Roaf boleh tahan kejam memang sesuai berkawan dengan Rita itu. Malah terang² mahu kahwinkan Rita dengan Roaf dan buang Farha. 

Ending... Mesti la Roaf bercerai dengan Farha selepas semua terbongkar. Semuanya tau.  Rita pula apa yang di rancang berbalik pada dia. Dan mesti la ada lelaki yang mengintai Farha. 

Done baca novel ni. 🥰

P/s: I memang pantang perempuan murah, perempuan rampas atau curang ni. Lelaki pun sama. Mana la maruah mereka ek??? 

Ulasan