Langkau ke kandungan utama

Novel Dia Seadanya ~Penulis Hanina Abdullah~

TAJUK : Dia Seadanya
PENULIS : Hanina Abdullah
RATING: ⭐⭐⭐⭐⭐
ULASAN : Kalau baca novel Projek Memikat Suami, pasti ketemui watak bernama Em, Atai, Pet dan mestila Una aka Husna heroin novel tu. (Memang banyak pun sebab mereka berempat bestfriend forever kot.) Kali ni kita tengok kisah Em aka Emmalyn dengan Tareq.

Em dijodohkan dengan Tareq, 4 pupu dari salur galur keluarga Ngah Balom. Tareq ni calon ke 3 yang di jodohkan Em. Mereka cuba sesuaikan diri sehingga lah Inessa, ex gf Tareq datang membuatkan Tareq mahu ke Qatar. Em memang terpikat kat Tareq terus ajak kahwin. Tareq setuju selepas bagitahu siapa itu Inessa dan kenapa dia bawa diri ke Qatar.

Selepas berkahwin mereka sesuaikan diri dan seperti sebelum berkahwin mereka dah berpakat mahu tahu kenapa Inessa buat macam tu sampai punya anak yang di dakwa anak Tareq. Cubaan Inessa bunuh diri, membuatkan Em dan Pet cuba tolong Inessa dan Em jaga Ariel sementara Inessa cuba cari kehidupan yang baru. Sebaik saja Tareq tahu, dia marah terus tinggalkan Em. Em cari Tareq tapi dipertengahan jalan Em mengalami keguguran. 

Tareq baru menyesal dan Em dalam keadaan bersedih. Em dan kawan² dia cuba tumpulkan nasib Ariel kerana anak ni adalah mangsa dera dan disebabkan itu dia punya masalah percakapan. Em dan Tareq jaga sama sampai tiba² lelaki yang mengaku bapa kepada Ariel. Crazy nya dah la suruh Inessa gugur masa mengandung bila dah umur 6 tahun pandai² cakap itu anak dia pula. Kena tibai dengan Em dan Una padan muka hahaha. 

Inessa pun datang ambil Ariel untuk bawa pergi bersama. Walaupun Em bersedih tapi Em cuba positive dan pada masa itu Em mengandung. Akhirnya Em dapat baby perempuan dan mereka berjumpa kembali Ariel.

Kisah ni ada tebal tapi padat. Ada kisah Atai dengan Pet tapi la banyak sangat. Mana tahu penulis nak buat kisah mereka.. maybe? Kita tugu 🥰. 

Suka dengan keluarga Ngah Balom, semua sepakat dan berkerjasama. Tak banyak sangat cerita pasal keluarga cuma cukup la dengan suasan kenduri dan ketika Em keguguran. Memang berkerjasama. 

Setia kawan antara Una, Em dan Pet dari zaman Universiti sampai dan berkahwin memang kukuh. Semuanya jodoh baik². Tak banyak sangat Atai keluar tapi cukup la kita tahu dia tengah cari duit nak kahwin dengan Pet. Kisah Una, Em, Pet dan Atai best diperkembangkan lagi tapi mungkin pening penulis nak karang lagi 😂

Perakhirnya memang best dan kehidupan mesti diteruskan. Walaupun 10000 kali berduka tetap ada hari yang menyenangkan. 

Ulasan