Langkau ke kandungan utama

Ebook Rachel ~Penulis Dhiyana~

Tajuk: Rachel
Penulis: Dhiyana
Muka Surat: 
Rating: ⭐⭐⭐
Ulasan: Kisah Rachel, gadis kacukan yang tinggal di Manchester. Berkawan baik dengan Raqib sampai berkerjasama membentuk sebuah syarikat. Raqib telah berkahwin jadi Raqib kerja di Malaysia mankala Rachel di Manchester. Kehidupan dia sendirian walaupun mempunyai keluarga. Rachel terjumpa secara tak sengaja dengan Hilal. Pertemuan demi pertemuan membuat mereka saling jatuh cinta. Ada hubungan LDR (Long Distance Relationship) antara Rachel dengan Hilal. Mereka comel. Saya ingat Rachel muda rupanya mereka berbeza umur. Hilal 29 tahun dan Rachel 38 tahun. Rupanya Rachel ada kisah malang membuatkn dia benci keluarganya. Dengan hadirnya Hilai dia dapat kongsi semua itu. Betul orang tua cakap dah kahwin baru indah kehidupan bila dapat kongsi. Mereka akhirnya hidup bahagia menantikan kelahiran anak sulung.

Rachel memang gadis yang kuat, matang dan tabah dalam apa jua keadaan. Sebab tu dia bersikap bossy haha. Kira bertempat la. Apabila dia secara tak sengaja rapat dengan Hilal terselah perangai manja ala² perempuan haha. Perempuan memang manja tapi bukan manja murahan ok! #penentangperempuansondol . Hilal pula matang dari usia dia. Tenang dan positive sebab tu Rachel suka sangat sampai sanggup ke Glasgow semata-mata mahu berjumpa dengan Hilal. Walaupun Rachel cerita kisah sedih dia, dia positive terima sebab bagi dia dia sayang Rachel seadanya. Dan orang jujur selalu berjaya. Tu betul. 

Cerita ni latar belakang luar negara so mmang ada banyak adegen 18xx.memang tak sesuai budak² sekolah baca. Jadi sila baca dengan perasan santai je la. Dah nak cerita kan. Tapi kesian Rachel, keluarga sepatut melindungi dia bertindak macam itu. Ayah dia boleh cakap tentang Rachel 

"She's a nobody to me. For me, she's just a random girl that I was interested in having sex with"

"You are a loss-making investment for me. You don't have to try to defend yourself with the relationship that exists between us. I don't care at all! After all, you are a nobody to me. You're not even my daughter!"

Ayah Rachel memang teruk. Lelaki macam ni harus disambar petir je. Tak berguna hidup. Menyusahkan orang jer. Mak dia langsung tak kisah??? Akhirnya dah tahu kebenaran baru menangis. Kadang² walaupun kita berkerja untuk anak tapi jangan sampai abaikan. Haruslah seimbang sebab anak tu amanah Allah dan kita yang membentuk mereka dari kecil sampai besar. 

Ulasan