Langkau ke kandungan utama

Novel Separuh Nafas ~Penulis Syaz Sufiy~

Tajuk: Separuh Nafas
Penulis: Syaz Sufiy
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐
Ulasan: Tajuk novel separuh nafas tapi rasa sesak nafas sampai penghabisan cerita. 

Kisah Nawal yang hidup macam neraka di rumah keluarganya. Dia bebas bila pergi kolej walaupun dikawal ketat oleh abang tiri aka tunang tak rela, Darwish. Nawal tiba² crush dengan pemain gitar buskers, Emir. Jumpa jer Emir terus berubah watak Nawal yang gedik². Darwish yang rasa tercabar bertindak cuba merogol Nawal, dan Nawal keluar dari rumah itu dengan bantuan ibunya. Maka merantau la Nawal ke rumah kawan baik dia Alya dan seterusnya rumah sewa Emir itu pun secara tak sengaja. Sejak dari itu, Nawal berkawan rapat dengan Amar dan Zarif, ahli Buskers selain Emir. Dan Emir si mamat muka tak ada perasan sentiasa marah² dengan Nawal sehingga kata² tajam Emir setelah dia secara tak sengaja mengusik barang Emir membuatkan Nawal keluar dari situ. Nawal cuba cari rezeki demi mahu membawa ibunya keluar dari rumah neraka itu. Secara tak sengaja, dia hampir terjebak dengan pelacuran yang membawa dia berjumpa dengan Darwish. Nawal berjaya melepaskan diri dan ditolong oleh Emir. Dan mereka jadi couple. 

"Pilih satu. Jujur atau setia?" - m/s 211

Masa itu, mereka sama² simpan rahsia keluarga masing² dan tak exposure kehidupan masing² walaupun sikit sebanyak dah tunjuk. Emir mula kongsi kehidupannya dengan membawa Nawal berjumpa dengan keluarga Emir. Mereka berjumpa dengan Ex girlfriend Emir, Tiya merangkap kakak ipar dia. Dari situ, kisah Emir mula dikongsi kepada Nawal. Disebabkan perbuatan khianat, mereka berdua telah berzina dan Emir mula plan untuk berkahwin dengan Nawal walaupun ditentang oleh ex girlfriend dan keluarganya.  Kebetulan Darwish buat plan kotor dengan menghasut ibu Nawal dengan mengatakan Nawal diluar sana jadi pelacur membuatkan ibunya kecewa dan marah dengan Nawal. Nawal mula tertekan dengan desakkan ibunya yang mahu dia kembali ke rumah dan tinggalkan Emir atau terus bersama Emir. Kebetulan juga keluarganya Emir dah korek kisah Nawal dan mereka mahu Nawal berpisah dengan Emir maka masa itu, Nawal tak ada pilihan tinggalkan Emir dan balik ke rumah. Emir terluka teruk jadi dia balik kepangkuan keluarganya. Manakala Nawal diseksa teruk dari sebelum kahwin hingga selepas berkahwin. Kemuncaknya, Damien selamatkan Nawal dan selama 2 tahun Nawal rawat dirinya akibat kesan penderaan mental dan fizikal oleh suaminya, Darwish.

Selama 2 tahun itu juga, Nawal selamat melahirkan anak diberi gelaran Hero walaupun anak pra matang. Sepanjang Nawal depression, anaknya dirawat di hospital milik keluarga Emir dan secara tak langsung Emir mula tertarik dengan Hero yang dijaga oleh tunangnya, Bella. Emir berjumpa dengan Nawal yang sudah pulih kembali secara tak sengaja ditempat Nawal bekerja. Emir mula selidik kisah Nawal dan terbongkarlah Hero itu merupakan anaknya. Emir berkahwin dengan Nawal dan  itu melukakan hati Bella. Keluarga Emir menentang hubungan mereka hingga mereka sabotage perniagaan Emir. Bermula lah pengabaian satu demi satu sehingga Emir meminta Nawal yang dia mahu berkahwin dengan Bella. Bella yang jadi obese dengan Emir akhinya disahkan gila. Emir kembali dengan Nawal dan mereka hidup gembira selepas Emir lepaskan syarikat itu dan bersama² menjalani kehidupan dengan Nawal tanpa bebanan. 

Watak Emir dan Nawal yang berjuang dalam kehidupan walaupun keluarga mereka menentang jalan kehidupan mereka pilih. Walaupun keluarga mereka mempunyai latar belakang yang gah dan berjaya namun demi status dan harta mereka buat manusia macam sampah. Yeah duit memang penting tapi klo tak bahagi merana. Tengok kisah ex girlfriend Emir, Tiya sibuk kacau kehidupan Emir dan Nawal akhirnya dia dimadukan kerana tak punya anak. Padan muka sebab jadi penyibuk sampai rumahtangga sendiri pun tak jaga. Tengok Bella dari seorang wanita yang berpelajaran tapi jatuh tersungkur kerana cinta akhirnya merosakkan dirinya. Klo la dia redha mungkin dia dapat yang lebih baik. Kadang² melepaskan sesuatu yang kita sayang mungkin baik untuk kita. Dan Allah sebaik-baik perancangan. Kan tak pasal² jadi gila. Kesian. Darwish itu tak tahu la obese sebab cinta atau harta yang mahu dibolot tapi Darwish ni gila. Dalam novel ni ada watak yang tiba² hilang atau terlepaspadang ek? 🤔 Apa jadi pada orang yang buat khianat pada malam Emir dan Nawal itu? Apa jadi pada papa tiri Nawal itu? Insaf ke? 

So far, berbaloi baca sampai tak tido malam hahaha. Tak boleh nak stop klo cerita yang  menarik. Baca dalam masa 24 jam dengan ending yang puas hati. 

Ulasan