Langkau ke kandungan utama

Novel Projek Memikat Suami ~Penulis Hanian Abdullah

 

TAJUK : Projek Memikat Suami 

PENULIS : Haina Abdullah

RATING : ⭐⭐⭐⭐⭐

SINOPSIS : NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.


“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin


Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.


“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna


“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla


Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?


“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin


Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

ULASAN : Husna balik dari belajar dipinang oleh Puan Sri Maimun untuk anaknya Zahrain. Husna ni terkejut pun terpaksa sebab demi ibubapanya. Manakala Zahrin pula terus menerus bencikan husna kerana fikir Husna dan keluarganya mahu harta. Jadi, mereka berkahwin la walaupun masing-masing tak rela. Zahrin masih buat hal dia dan Husna cuba memikat suaminya dengan tunjuk ajar kakaknya yang dikenali sebagai Master-Ji dan Side-Kick. Ada la langau tapi tak la menjadi sebab Husna lagi power bab memikat. Beauty ni bukan pakai baju x cukup kain or sexy² nampak body tapi sifat dan cara wanita tu buat mereka nampka seksi. 

Dengan mentua yang baik dan cara mereka berkeluarga memang mendamaikan. Seronok tau tak macam fb KRT haru. Kahwin pilihan keluarga pun bagus sebenarnya sebab ibubapa tahu yang terbaik untuk anaknya. Novel ni kahwin paksa/kahwin pilihan keluarga tapi happy ending. Nipis buku ni tapi dalam padat info setiap bab tak boleh lepas. 

Best cerita ni, saya sebagai orang bujang  yang memang zero knowledge about marrid life. Baca cerita ni buat macam makan gula-gula kapas. Sweet and cute. Rasa nak kahwin cepat-cepat pun ada hahaha #gedik! 😆 Kepada yang bakal berkahwin dan dah berkahwin, buku ni sesuai untuk korang tau.

Husna ni anak bongsu, jadi memang menjadi kesayangan orang ramai, suka mengembara dan punya ramai kawan-kawan yang mempunyai hobi yang sama. Bila dia berkahwin dia cuba menjadi seorang isteri yang baik walaupun permulaan suami dia tak suka. Cuba bersabar dengan perangai suaminya. Dan akhirnya membuahkan hasil. 

Zahrin ni lelaki yang pakej cukup lengkap. Memang annoying dengan perangai semengah dia tu tapi lama kelamaan jatuh cinta dengan isterinya. Zahrain ini baik sebenarnya tapi dia ada sebab kenapa bersikap macam itu. Dia lebih ego sebenarnya. 

Ada conflicts sikit tapi semua ditangani dengan matang dan buat kadang-kadang tersenyum sendiri. 

Jodoh yang baik untuk orang yang baik. Put All first, and you'll never be last.

Ulasan