Langkau ke kandungan utama

Novel Cinta Kedua ~Penulis Myra Ameer~

Tajuk: CINTA KEDUA
Penulis: MYRA AMEER
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐
Sinopsis: “Tak, abang tak akan ceraikan Fiya walaupun abang kahwin dengan Maya. Abang nak Fiya tahu bagaimana rasanya hidup digantung tak bertali!” – FARHAN

Kata-kata itu ibarat halilintar yang meremukkan hati seorang isteri. Kejamnya Farhan! Sudahlah cintanya dikhianati, kini maruah diri diinjak pula sesuka hati. Perempuan lain mungkin akan menangis dan meratap hiba tetapi bukan dia. Safiya, dalam lembut ada tegasnya. Dalam tenang ada jiwa yang membara. Hati menangis tetapi untuk menunjukkan kepada Farhan betapa lemahnya dia, tidak sekali-kali!

“Abang ingat Fiya takut? Tak, sikit pun Fiya tak takut. Abang nak kahwin, silakan. Tapi, Fiya tetap akan tuntut hak Fiya. Fiya akan lawan di mahkamah untuk mendapatkan kebebasan Fiya!” – SAFIYA

Dua tahun dia berjuang menegakkan hak, akhirnya lafaz talak terucap juga dari bibir Farhan. Dia bebas dan dialah juga janda yang paling bahagia. Sayangnya, bahagia hidup bersendirian tidak lama apabila ketenangan hidupnya diganggu gugat lelaki-lelaki yang masih bergelar suami orang. Digoda Datuk Helmi seorang usahawan kaya dan ternama juga terkenal dengan sikap buaya daratnya bikin dia meluat. Dilamar Khir Izham, COO di syarikat dia bekerja yang juga digelar Mr. Gentleman oleh rakan-rakan sepejabatnya membuatkan dia panasaran!

“Kalau tak cukup, berapa you nak? I sanggup beri berapa saja asal you sudi jadi isteri I. Dua ratus ribu? Atau lebih? You just name it! ” – DATUK HELMI

“Saya ingin melamar Fiya untuk jadi isteri saya.” – KHIR IZHAM

Kuat berpegang kepada prinsip hidupnya dan tidak mahu menjadi yang kedua, ketiga atau keempat, lamaran kedua-duanya ditolak mentah-mentah. Sayangnya, Izham langsung tidak mahu mengalah dan terus-terusan menagih cintanya membuatkan dia akhirnya lelah sendiri.

“Saya janda tapi Encik Izham suami orang. Jadi di ruang mana kita ingin bina bahagia sedang ada orang lain di antara kita?” – SAFIYA

“Boleh tak Fiya jangan fikirkan tentang dia kerana yang penting sekarang adalah kita. Tentang hati dan perasaan kita. Tentang masa depan dan kebahagiaan kita.” – KHIR IZHAM

Mudahnya Izham berbicara sedang sekeping hati milik isterinya itulah yang perlu dia jaga. Nekad, akhirnya dia menjauhkan diri. Namun, masih adakah cinta kedua buatnya andai dia tetap teguh dengan apa yang dipegangnya? Atau mungkinkah kehadiran si bachelor Hairi mampu membina bahagia yang selama ini dia cari?

Ulasan: Kisah Safiya akhirnya bercerai dengan suaminya, Farhan selepas 2 tahun kerana suaminya curang. Sejak digelar janda, ramai lelaki cuba pikat safiya termasuk laki orang. Kat office pula ada tukang buat cerita dan gosip jadi suasana kat situ memang tak sihat langsung. 
Bestnya kisah CINTA KEDUA ni sebab semua memainkan watak masing². Masing² sudah berusia jadi memang matang berfikiran langsung naik turun emosi membacanya haha. 
Walaupun di reject berkali² oleh Safiya, Khair tetap berpercaya jodohnya dengan Safiya. Kesian juga nasib hidup Khair sepanjang perkahwinan pertamanya. Kadang² betul juga, orang sekeliling tak tahu apa jadi dalam rumah. Kadang² perceraian berlaku bukan sebab pihak ke-3 tapi dari sikap diri sendiri. 
Semuanya berakhir dengan baik. Setiap perbuatan ada kifarahnya. Yang perampas dapat balasan akhirnya dan yang di rampas dapat sesalan. Benar orang cakap manusia tak pernah puas sehingga Allah tarik nikmat itu baru terputus nyawa. 

Jadi seorang manusia bermaruah. 

Ulasan