Langkau ke kandungan utama

Novel Noah Vanessa #Jilid 1 ~Penulis AisyahRos~


Tajuk: Noah Vanessa (Jilid 1)

Penulis: AisyahRos

Harga: RM27

Sinopsis: 
“I’d believe you the best gift from God. Tapi, saya tak percaya Tuhan itu wujud. Jadi, saya tak boleh simpan awak dalam hidup saya.” – Vanessa Willians

Hidup gadis itu tampak penuh berseri pada luarannya. Namun, andai tersingkap di mata sekalian manusia akan hakikat yang tersembunyi di sebalik wajah penuh jelita itu, maka… tidak akan ada yang berani mendekatinya kerana ‘sumpahan’ yang terpalit padanya.

Namun, berbeza bagi lelaki itu. Keteguhan yang dimilikinya bukanlah gurauan.

“Semua orang ada hak untuk bahagia, Vanessa… and so do you.” – Noah Q’Darrien Lee

Hadirnya lelaki yang baik agama dan akhlaknya itu tidak mampu untuk ditolak. Saat Vanessa ingin menjauh, semakin erat tautan takdir mengikat mereka berdua sehingga dia tidak mampu untuk melarikan diri lagi. Akhirnya, pertemuan itu berubah menjadi sebuah anugerah yang sangat indah.

Sehinggalah takdir membongkarkan bahawa jiwa mereka itu sebenarnya jauh meskipun secara zahirnya mata kedua-dua mereka saling bertatapan.

“Awak cuma nak cari kesalahan yang ada dalam Islam untuk awak kuatkan lagi hujah awak mengapa awak memilih untuk tidak mempercayai Tuhan. Betul, kan tekaan saya?” – Noah Q’Darrien Lee

“Jadi? Apa salahnya saya tanya tentang Tuhan awak?” – Vanessa Willians

Mungkinkah huluran itu disambut oleh Vanessa atau dia akan memilih untuk kekal dalam kegelapan hidup buat selama-lamanya?

Teaser:

#1
Pandangan matanya turut diselaputi mendung.
 
  Saat itu, Noah dapat melihat riak tersebut dengan jelas, kerana dia sememangnya pandai membaca mata orang sejak dia lahir. Pandangan matanya tak pernah salah.
 
  "Kenapa awak diam?" Noah bertanya. Nada suaranya ketika itu kedengaran tenang, seperti disesuaikan dengan angin emosi yang melanda kancah jiwa Vanessa. Saat itu, Vanessa mengetap bibirnya dalam diam.
 
  Hatinya mula bergelodak dengan emosi.
 
  "Semua orang ada hak untuk bahagia, Vanessa. Begitu juga awak," ujar Noah lagi. Tangan Vanessa yang disilangkan di dada itu menggenggam lengan tangannya sendiri.
 
  'Apa kena-mengena ayat itu dengan situasi sekarang?' Hati Vanessa menjerit.
 
  'Kenapa dia perlu sebut ayat itu sekarang?' Dan lagi.
 
  'Kenapa aku perlu rasa begini sekarang?' Dan lagi.
 
  "Saya minta awak, untuk ubah 10° pun cukup. Saya yakin, 10° yang kecil itu boleh membahagiakan awak." Noah memandang redup ke arah mata Vanessa yang jelas dijerat emosi itu. 
 
  "Untuk satu tempoh masa yang lama," sambung Noah dan masih tidak melepaskan ikatan mata mereka. Birai mata Vanessa berkaca, dan hanya Noah yang dapat melihatnya dengan jelas ketika itu.
 
  Like he said before, his eyes never wrong.
 
  Ada satu senyuman terbit di bibir Vanessa. Senyuman yang cukup lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang putih dan rapi itu. Pada pandangan orang lain, mungkin Vanessa sedang tersenyum manis kepada Noah.
 
  Namun, pada pandangan Noah, wanita itu tersenyum mengejek ke arahnya, seakan-akan mentertawakan Noah.
 
  "Okay, I will do it as you wish, Noah Lee." Lalu, Vanessa berhenti sebentar. Bayangan seseorang yang penuh dengan darah likat menjengah mindanya.
 
  "And we will see, how long I will stay happy like you mentioned just now, for the changes I do," sambung Vanessa selepas itu. Senyuman nipis terukir di bibir.
 
  Dia tertarik untuk menyahut sahutan Noah tersebut. Dia tertarik untuk melihat kesan akhir pada tindakan yang dia ambil itu. Walaupun dia sudah menjangkakan, kesan tersebut yang akan berakhir dengan buruk.
 
  "Thanks, Vanessa Willians, for trusting me. I'm sure that you'll thank me for this one day," ujar Noah sambil tersenyum. Kelihatan Vanessa sekadar tersenyum kecil saja.
 
  'I don't think so.' Hati kecil Vanessa berbicara.

#2
"Awak nampak dahan pokok itu?" soal Noah sambil menuding ke arah dahan pokok yang terhalang dengan batu di dalam sungai itu. Vanessa tidak membalas, namun matanya tertancap ke arah dahan yang dimaksudkan oleh Noah itu.
 
"Itulah kehidupan." Kata-kata itu membuatkan Vanessa mengerutkan dahinya tak faham.
 
"Apa maksud awak?"
 
"Hidup kita sepatutnya jadi seperti sungai ini. Terus mengalir ke hadapan tanpa perlu toleh ke belakang semula. Jangan jadi seperti dahan pokok yang tersekat itu, dia terhalang daripada terus mara ke depan kerana ada halangan yang sebenarnya boleh dialihkan," kata Noah panjang lebar dan Vanessa diam seketika.
 
Mendalam sungguh perumpamaan Noah kali ini.
 
"Tapi, kalau batu itu tak boleh dialihkan?" Vanessa menyoal.
 
"Dia boleh belok dan teruskan perjalanan. Bukannya terus tersekat di situ," balas Noah terus.
 
"Tapi, itu dahan. Dia tak ada kaki untuk mengelak, tangan untuk menepis dan otak untuk berfikir." Vanessa menangkis semula dan senyuman Noah semakin lebar.
 
"Itulah bezanya antara kita yang ada kaki untuk mengelak, tangan untuk menepis dan otak untuk berfikir dengan sesuatu yang tak ada kesemua itu. Manusia ialah jasad yang mampu berfikir dan mengambil tindakan yang rasional, berbeza dengan dahan tersebut, atau haiwan, mahupun apa-apa sekalipun yang ada di dunia ini. Kita manusia yang mampu mengawal apa yang ada pada kita untuk mengubah hidup kita," ujar Noah dan menoleh ke arah Vanessa.
 
"Adakah awak akan kekal tersekat pada batu itu kalau awak ada tangan, kaki dan fikiran? Kalau awak biarkan saja, maka awak tak ada beza dengan dahan itu," kata Noah dan Vanessa terdiam. 
 
"What you've get now is what you did before, so what you want to get soon, you need to start now. Kalau awak nak kehidupan yang lebih indah, awak kena mulakan. Jangan terus tersekat pada batu halangan itu dengan harapan batu itu hilang sendiri suatu hari nanti. Tak, dia tak akan hilang, kalau kita biarkan dia terus di situ," tambah Noah sebelum menoleh ke arah Vaness di sisinya itu. 
 
"Jadi Vanessa Willians, buang batu halangan yang ada dalam hidup awak, yang hidup dalam minda awak. Awak mungkin akan terseliuh tangan, tersepit, atau mungkin jatuh terduduk waktu nak alihkannya, tapi sekarang saya ada. Saya akan bantu awak alihkannya, supaya awak dapat lihat dunia yang lebih indah," ujar Noah sebelum tersenyum kecil dan berlalu pergi. Dia pergi menyertai mereka yang lelaki di tengah sungai itu.
 
Vanessa pula masih berdiam diri di situ, dan memikirkan bicara Noah itu. Untuk kali pertama, dia merasakan jiwanya bernafas selepas mendengar nasihat penuh hikmah itu. Setelah sekian lama jiwanya kekal kaku seakan-akan mati, kini dia mula merasakan jiwanya hidup.
 
Adakah Noah yang menghidupkannya?

#3
"Jawab satu soalan saya, Vanessa. Jawab soalan itu, dan saya tak akan ganggu awak lagi." Vanessa menggigit bibirnya pula dalam diam. Hatinya semakin dijerut pilu saat Noah melontar sebaris ayat tersebut.

  Dia harap, Noah akan menarik balik ayatnya itu.

  "Siapa saya pada awak?" 

  Vanessa diam dan hanya memandang ke dalam mata Noah. Dia bagaikan sedang mencari jawapan daripada mata Noah itu sendiri.

  "Dia ialah hadiah terindah daripada Allah untuk akak." 

  Tak semena-mena, ayat itu terlintas dalam fikiran Vanessa.

  "Jawab soalan saya, Vanessa. Siapa saya pada awak?" Noah menyoal semula dan Vanessa bangun daripada duduknya.

  "I'd believe that you're the best gift from the God," ujar Vanessa selepas itu dan riak wajah Noah berubah. Lidahnya terkelu dan langsung tiada sebarang bicara terbit di bibirnya. Hatinya mula dijentik akan perasaan itu sekali lagi.

  Perasaan yang bertandang saat kali pertama matanya menemui mata Vanessa di lapangan terbang.

  "Tapi, saya tak percaya yang Tuhan itu wujud. Jadi, saya tak boleh simpan awak dalam hidup saya. Sebab itulah saya buang awak," ujar Vanessa lagi dan Noah sekali lagi terjeda. 

  "Awak... tak percaya Tuhan itu wujud?" Noah menyoal semula. Dia langsung tidak menyangka bahawa Vanessa tergolong dalam kalangan mereka yang mulhid, iaitu tidak mempercayai Tuhan. Selama ini, dia menyangka Vanessa menganut agama Kristian, ataupun mungkin agama lain. Sungguh dia terkejut mendengar pengakuan Vanessa itu.

  Vanessa diam. Dia langsung tidak menjawab soalan tersebut. Dia sendiri keliru sama ada dia patut jawab ya, ataupun tidak. Terkadang, dia merasakan bahawa Tuhan itu wujud, dan terkadang juga tidak. Jadi, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri saja.

  "Saya pergi dulu. Saya ada kerja kena buat." Akhirnya, Vanessa menuju ke arah pintu pejabatnya. Daun pintu dipegang dan saat itu, Noah terus bersuara.

  "Kenapa awak rasa Allah itu tak wujud, Vans?" Tindakan Vanessa langsung terjeda. Bagaikan ada sesuatu yang membuatkan seluruh tubuhnya kaku. Kalimah agung yang dituturkan oleh Noah itu seakan-akan membekukan badannya secara langsung.

  Allah.

  Allah.

  Allah.

  Entah kenapa, hati Vanessa dijentik suatu perasaan yang kian memberat dalam dadanya. Tanpa disedari, kelopak matanya mula diisi dengan air mata sementara hatinya dihurung sebak tanpa sebarang sebab yang jelas.

  Hatinya hanya berasa sebak mendengar kalimah itu.
 
 Kenapa?

  "Allah itu wujud, Vanessa. Dia ada, dan Dia sentiasa ada. Kita tak pernah nampak Dia itu tidak akan menjadi sebab untuk kita tak percaya bahawa Dia itu wujud. Asalkan awak percaya dan yakin yang Allah itu sentiasa ada, semua perkara yang terjadi dalam hidup ini bukanlah perkara yang besar untuk awak, sebab Dia ialah Tuhan yang Maha Besar. Lebih besar berbanding semua masalah dan kedukaan hidup yang awak hadapi." Noah memberikan nasihat secara terus tanpa berfikir panjang. Entah kenapa, mulutnya lancang untuk menuturkan nasihat secara random thought itu kepada Vanessa.

  Sungguh hatinya diselubungi kecewa saat mengetahui bahawa Vanessa ialah seorang yang mulhidah.
 
      Pegangan tangan Vanessa pada daun pintu itu semakin kuat dek perasaan sebak yang semakin menekan dadanya. Tanpa mengendahkan Noah, dia terus membuka pintu dan berlalu pergi daripada pejabat itu sehingga membiarkan pintu pejabatnya terbuka.

Review: 
Selepas seminggu membacanya akhirnya habis juga. Hari ni hari berakhirnya Raya sebulan. Novel ni tak berat tapi menarik minat membaca sebab drama doktor ala² korean atau orang putih 🤔.. ada term² buat i rasa lebih baik buat check up klo nak lama hidup 🤣. 

Ok fokus Vanessa, anak angkat Tuan Daniel, genius doktor yang baru pulang dari kanada. Vanessa pulang tapi Tuan Daniel nak dia berkerja di hospital jadi dia mampu ikut je la. Disebabkan dia ni doktor bary berumur 28 tahun, orang tak sangka dia ni merupakan doktor professor dan terkenal sebab pernah menyelamatkan dan menjadi berita di seluruh dunia. Jadi sebabkan ikut semua meragui keupayaan dia dan dia jadi mangsa orang iri hati. 

Macam cerita drama doktor korea, Grey's Anatomy atau lain² macam saya cakap permulaan review tapi ni versi islamik la. Ni klo drama melayu buat saya nak tengok hahaha. Sanggup tugu kul 7 malam hahaha. 

Semua pesakit ada cerita masing² dan Venessa cuba selesaikan dengan keadaan yang diri sendiri tak yakin dengan itu. Betul la orang cakap orang genius sesemua lengkap. Dan setiap manusia ada ujian masing². 

Manakala Noah, tiba² dia tersuka. Jadi apabila banyak kali terserempak jadi dia cuba mahu berkawan dengan Venessa walaupun Venessa banyak kali jauh diri dan sombong. 

Jadi akhirnya jilid 1, Venessa kena gantung kerja disebabkan perbuatanya. So saya kena sambung jilib 2 pula 😅

Rating: ⭐⭐⭐⭐/5

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ulasan