Kepada Perempuan Yang Menginginkan Suamiku

Tajuk: Kepala Perempuan Yang Menginginkan Suamiku

Penulis: Asma Nadia, Helvy Tiana Rosa

Mula membaca: 7 Julai 2024

Tamat membaca: 7 Julai 2024

Belakang buku: Bunga, seorang ahli psikologi yang selalu berkongsi tip rumah tangga melalui media sosialnya. Kehidupan ibu kepada seorang anak itu digambarkan sempurna dan bahagia. Tiba-tiba, e-mel aneh daripada HeloKiti muncul berterusan dan mengganggu emosi Bunga.

Si HeloKiti membocorkan hubungan rapatnya dengan Haris, suami Bunga. Apa tujuannya? Mengapa dia begitu berani mengirim e-mel yang boleh menyuburkan prasangka dan membuatkan hari-hari Bunga dipenuhi curiga? Padahal dia tahu, menjaga kejernihan fikiran itu sangat penting.

E-mel yang ditulis dengan pemilihan kata dan pendekatan yang menunjukkan pengirimnya terpelajar, terus melemahkan Bunga. Memaksa Bunga melihat Haris, lelaki baik hati, imam sempurna yang telah ALLAH hadirkan untuknya itu dari sudut yang berbeza.

Benarkah Haris telah berlaku curang? Atau ini cuma usaha seseorang yang tidak suka melihat kebahagiaannya sehingga tega untuk menghancurkan rumah tangga yang dibina?

Reviu bacaan: Penuh emosi. Bunga, seorang wanita yatim piatu, punya kerjaya, seorang ahli psikologi, selebriti terkenal dan punya keluarga yang sempurna. Suami yang handsome dan berkerjaya serta anak yang cantik. Tiba² Bunga dapat email dari HeloKiti. Sebanyak 8 email yang menceritakan sedikit kisah dia dan suaminya, Haris. Bunga mula² rasa tu haters tapi akhirnya sedar ada duri dalam runah tangganya. Saya menbaca 1 per 1 sampai akhirnya saya tahu bila kita buka sendiri pintu untuk orang luar masuk maka kita sendiri merasa keruntuhannya. Baik keluarga mahupun orang yang tak berkaitan.
"Waspadalah pada banyaknya sihir dan tipu daya dilancarkan oleh perempuan yang menginginkan suamimu. m/s 266"
Bila POV Haris, rasa macam nak tumbuk² jer, adakah begitu lemah seorang lelaki yang sempurna di mata seorang perempuan bila di goda oleh seorang perempuan walaupun perempuan tu ada pertalian saudara? Arghhh novel ni mainkan emosi saya! Selepas bernafsu baru teringat tapi berulang² membuat perkara yng selama selama 2 tahun seterusnya?? Dan kepada HeloKiti, sejak awal lagi saat email ke 3 dikirimkan dah tahu orang dalam rumah tu adalah duri. 
"Ini memang sangat memberi pengajaran. Bahawa sepupu suami itu juga berbahaya jika tinggal serumah dengan kita. Sebab meskipun ada hubungan saudara, mereka bukan mahram. Apatah lagi sepupu kita. Adik ipar pun boleh jadi ancaman maut, seperti kata hadis nabi. m/s 274" 
Yang dirasakan keluarga, adik mahupun penolong akhirnya menunjukkan akhlak buruk serta jijik. Malahan membalas dendam dengan cara yang keji tapi salah orang. Rasanya cerita ni tak akan tamat melainkan salah seorang jatuh. Tapi ending cerita masing² macam tergantung atau mungkin ongoing untuk kehidupan selanjutnya. Bunga masih teguh berdiri walaupun rumah tangganya hancur jadi apa yang HeloKiti dapat hanya ex suami Bunga bukan kesempurnaan Bunga? Bagi saya HeloKiti gagal malahan kehidupan dia makin teruk sebab Haris cakap dia gila? 😆 Cintakah macam tu? Niat nak hancurkan Bunga akhirnya jatuh cinta dengan suami orang dan lepas tu hamil? Jadi apa balasannya?? Perceraian? Haris seorang lelaki yang gagal selepas menduakan isterinya yang sempurna. Kesian. Bunga wanita yang kuat walaupun terluka. Move on sebab sedar tak ada yang sempurna. 

Mula² rasa nak tengok cerita Ipar Adalah Maut tapi tak payah la ending lebih kurang jer hahaha. So apa perana budak lelaki yang tak dapat beli kereta remote control tu?? Adakah sekadar cerita sahaja untuk menyatakan semua benda yang kita miliki tak semestinya kekal?
"Setiap orang boleh berjuanh mendapatkan apa-apa sahaja yang mereka inginkan, tapi tanpa rasa stukur, mereka akan kehilanhan kemampuan menjaga anugerah yang Allah limpahkan. m/s 285"

Petikan menarik: Tidak ada insan sempurna. Maka, kekurangan pasangan tidak boleh menjadi alasan sebuah pengkhianatan.

Skor: 5⭐/5⭐

Status: THB / Syor

Emosi sepanjang pembacaan: Sedih dan wanita itu sebenarnya kuat dari dalam walaupun apa jua keadaan sekalipun. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~