Nasuha

Tajuk: Nasuha

Penulis: Leena Syiha

Mula membaca: 8 Julai 2024

Tamat membaca: 9 Julai 2024

Belakang buku: Semuanya hanya bermula dari sebuah kesilapan. Apabila Fahd tersalah anggap Ally Nasuha sebagai lelaki. Dengan pemakaian Ally, tak hairan orang boleh tersilap anggap dia lelaki.

"Apa nama kau?"

"Ally."

"Ali?"

Tapi parahnya bila Ally mengaku dia perempuan pun, Fahd tak percaya. Malah boleh pula Fahd ajak berkawan. Padahal awal-awal Fahd dah mengaku dia sebenarnya ada panic attack kalau duduk dekat-dekat dengan perempuan.

Macam-macam cara Ally jelaskan dekat Fahd yang dia sebenarnya perempuan. Tapi Fahd tetap tak percaya. Malah boleh ceramah lagi.

Identiti sebenar Ally terbongkar tepat waktu mereka betul-betul sudah rapat. Fahd tidak percaya. Menyangka dia ditipu. Ally pula bersungguh meyakinkan dia sudah pun beritahu Fahd hal sebenar tapi Fahd yang tak percaya.

"Okay! Ini semua salah aku! Salah aku sebab start sayang kau! Salah aku sebab anggap kau sahabat aku! Salah aku sebab percayakan kau! Semua salah aku! Kau tak salah!"

Persahabatan mereka ranap. Ally sangat kecewa. Namun dengan sebab ini, dia berubah menjadi muslimah lebih baik. Belajar dari Umairah, tunang Fahd sendiri. Mereka bersahabat tanpa sengaja. Dan menjadi akrab. Sedang Ally tak sedar, dia sudah jatuh hati pada Fahd - tunang sahabatnya sendiri.

Tidak semena-mena, Umairah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan. Selepas dia mengetahui sebenarnya Fahd juga punya seorang perempuan dalam hatinya.

"Saya belum bodoh untuk kahwin dengan lelaki yang sayangkan sahabat saya sendiri, Nasuha. Lagi bodoh.. Saya kena bantu dia untuk lupakan awak. Saya tak rasa saya mampu buat semua itu." 

Ally terngadah. Diselubungi serba salah. Merasakan ini semua salahnya.

Lantas, dia membuat rancangan gila bersama adik Fahd.

"Kita satukan balik Abang Fahd dan Kak Mai.. Nak?"

Reviu bacaan: Selesai jua baca buku tebal ni. Banyak juga nasihat yang saya baca dalam ni. Ally dan Fahd ni pasangan sekufu. Mungkin dah diciptakan cuma tak menyedari. Dan tak sangka Ally, girl tomboy akhirnya berubah menjadi muslimah sejati. Kata orang perempuan yang baik untuk laki² yang baik maka sebaliknya. Benar kata Umairah, Allah menjawab setiap doa membuatkan Umairah melepaskan pertunangan Fahd dan dia dapat pasangan lebih baik dari itu. Saya tak cakap Fahd ni tak baik malah dia sangat menjaga pergaulan dia dengan perempuan sampai datang 'penyakit' tu hahaha cuma dia sangat sesuai dengan Ally. Tapi Ally ni banyak sangat berfikir apa orang sekeliling kata sedangkan orang sekeliling mengata sebaliknya. Kuat tapi rapuh. Tapi kadang² cerita ni meleret bila part menonong berulang Ally untuk meminta maaf Fahd atau kadang² semasa dengan Umairah sebab dia rasa bersalah. Part tu Ally kena kuat hadapi dan klo tak dapat move on jer. Tapi tu la cerita Ally. Oh cerita ni ada 2 bahagian. Tersusun sampai mereka berkahwin. Bagaimana perkhianatan berlaku walaupun sebenarnya keadaan sekeliling dan fikiran itu berlaku. Jadi jangan bergantung pada manusia, sebab manusia akan pergi jua. 

Skor: 4⭐/5⭐

Status: THB / Syor

Emosi sepanjang pembacaan: Kelakar, Ilmu, Insaf, Beremosi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook Setia Di Akhir Waktu ~Penulis Farra Farisha~

Halyn Di Bawah Langit Barcelona

Novel NUFAH ~Penulis SHIMA ROSTAM~