IVY
Tajuk: IVY
Penulis: Akyelrahim
Belakang Buku: Insan yang sama, berikan Ivy dua pengalaman berbeza.
Dengan Adha, Ivy pernah mengecap bahagia. Dengan Adha juga, Ivy pernah jatuh ke jurang derita. Apabila cinta tak lagi sama, dan yang tinggal hanyalah luka yang tak terubat.
"Jangan pernah tunjuk muka kau depan aku!" - Adha.
Empat tahun berlalu, kebencian menjadi tembok yang memisahkan mereka. Tiada pilihan selain melukai, meski hati sendiri hancur berkali-kali. Namun, saat takdir mempertemukan semula dan rahsia demi rahsia mula terbongkar.
"Ivy, I minta maaf." - Adha.
"Mati hidup semula pun, I takkan buatlah!" - Ivy.
Mungkin Adha lupa... Sekali Ivy benci, selamanya dia benci. Tapi benarkah hati Ivy sekeras itu?
Ikuti kisah suka duka mereka dalam, Ivy.
"Perfect view, with a perfect person, will make a perfect moment."
Ulasan: Kisah Adha, seorang anak lelaki kepada usahawan terkenal, jatuh cinta dengan pekerja kelab malam, Ivy pada satu malam di kedai serbaneka. Dari situ, mereka semakin rapat disebabkan Ivy tercedera disebabkan keluarga angkat dia sedang mencari dia, selepas mereka buang dia sejak 5 tahun demi kepentingan mereka.
Disebabkan Adha mahu melindungi Ivy, maka mereka berkahwin. Semestinya mak Adha tak merestui, tapi disebabkan nak jaga reputasi, dia buat majlis utnuk mereka bagi memperkenalkan pada semua menantu walaupun dia tak mahu. Sebagai balasan Adha hendaklah bekerja mengikut kehendak mak dia walaupun Adha tak mahu dan Adha mahu hidup yang sederhana. Disebabkan Ivy dah masuk ke dalam keluarga yang usahawan elit yang terkenal, dia menjadi sasaran keluarga angkat dia yang mahu buat hidupnya hancur. Disebabkan kejadian/ fitnah itu, Adha menceraikan Ivy tanpa mendengar penjelasanan.
Selepas 4 tahun, mereka dipertemukan lagi, kalinya ada anak yang memerlukan perhatian yang wajar. Ivy akur jadi dia terpaksa menerima Adha kembali disebab kan Adha mengugut mahu merampas anaknya. Adha ketika tu sedang berusaha mahu menebus kembali masa/ dan kesilapan yang dia lakukan pada Ivy. Mereka akhirnya bersama-sama kembali selepas masalah diselesaikan.
Cerita ni permulaan sangat best, dengan watak-watak yang dikembangkan dengan baik. cuma tak rasa "kick" tu macam cerita seterusnya. Adha bagi saya seorang anak bersudu emas, yang memang dijaga elok oleh mak dia sebenanrnya cuma pelik dia lebih kearah mahu hidup sederhana walaupun kelakuan dia disebaliknya. Mungkin sekolah pun elit, kawan-kawan pun mak tapis atau semuanya lah. Cuma nampak la Adha ni berbakat dalam syarikat, jadi ke mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ivy pula, gadis yang raput tapi kuat semangat. Disebabkan dia biasa berseorangan jadi dia tak la 100% bergantung pada Adha, tu sebab ada salah faham antara mereka. Dibesarkan dengan masalah-masalah yang berlaku buatkan dia kesedihan sebelum jumpa Adha dan selepas jumpa Adha. Kalau penulis kembangkan lagi kisah keluarga angkat dia di akhir cerita mesti best.
Watak yang paling saya suka ialah si kembar. Mereka berdua tu ibarat ahli sihir untuk Ivy lah. Mereka care dengan Ivy tapi masa yang sama mereka terpaksa lepaskan Ivy untuk kehidupan mereka sebab mereka pun macam Adha juga. Cuma mereka ni, selalu update dengan Ivy dengan cara mereka jaga Ivy pun. Adha tahu cerita sebenar pun dari diorang la hahaha. Jadi bagi saya mereka watak yang penting untuk terus kembangkan lagi.
Petikan Dalam Buku:
1. Permulaan mereka berjumpa
"Hai....."
Badan Ivy jadi kejung dengan sendiri. Begitu juga dengan seorang lelaki yang entah bila berdiri di tepi mejanya. Perlahan-lahan dia menoleh kesebelah. Jelas muka lelaki itu terkejut dengan jeritanya yang tiba-tiba tadi.
"Sorry, sorry." Lelaki itu hadiahkan dia senyum segaris sebelum tangannnya melambai-lambai tanda yang dia kesal menganggu Ivy.
"Eh, tak apa, Kenapa, ya?" Segan pua Ivy main jerit aje tak pandang kiri dan kanan. Dia nampak lelaki itu pun seperti tersipu-sipu malu menahan segan. Masih berbaju kemeja. Kejap tangan meraba belakang leher, sekejap menggaru pelipis. - m/s 41 - 42
2. Jom kahwin
"Kalau kita tak report hal ni dekat polis, macam mana dengan keselamatan you? Bapak angkatyou masih berkeliaran dekat luar sana. kalau you lepaskan dia sekarang, apa jaminan yang benda macam ni takkan terjadi lagi? Dia dah tahu tempat kerja you. Ruumah you pun sama."
Sekali lagi Adha berjaya buatkan Ivy terdiam seribu bahasa.
"Ada dua benda yang you kena buat terus lepas discharge dari hospital ni." Adha sudah tegakkan duduknya. Muka dia serius, tanda dia mahu Ivy buat apa yang dia bakal katakan sebentar lagi tanpa sebarang kompromi.
"Apa?"
"First, you kena berhenti kerja dari Vook."
Yang itu Ivy sudah boleh jangka. Kalau dia tidak berhenti tak tahulah akan datang nanti bagaimana jadinya. "Okey."
"Secon, you kena pindah dari bilik sewa tu. Tempat dah tak selamat untuk you tinggal. In fact, memang dari awal I rasa tempat tu sangat tak selamat untuk sesiapa pun tinggal."
Yang itu pun Ivy sudah agak. "Boleh, tapi mungkin tak boleh terus pindah."
"You masih nak stay dekat situ lagi?"
"Bukan I tak nak pindah terus tapi I tak ada duit...."
"jangan risau. Nanti I sewakan you rumah. You tinggal dekat situ."
"isy, seganlah. Jadi satu hal pula you nak kena bayarakan rumah I. You dah la tak ada kerja. Mana you nak cari duit?"
Adha laju geleng. Bab duit Ivy tak perlu risau. Pandai-pandai la Adha korek tabung simpanan dia nanti. "Atau mungkin you erlu buat perkara yang ketiga juga."
"Apa?"
"Kahwin dengan I." - m/s 133 - 134
3. Cerai
"Listen Ivy, Lupakan semua ni. Aku janji lepas ni kau..."
"Kau apa? Bahagia?"
Satu suara tiba-tiba menyapa mereka dari tepi. Kedua-dua Ivy dan Luke menoleh ke arah mana suara itu datang. TErsejat air mata Ivy melihat siapa yang ada di depan mata mereka.
"This is such a breathtaking sight!"
Sepantas kilat Ivy tepi tangan Luke. Adha sedang berdiri di hadapan mereka. Bukan dengan senyuman manis seperti yang selalu Ivy bayangkan, sebaliknya muka lelaki itu sungguh menggeunkan.
Beku. Hilang semua pandangan penuh cintanya yang selalu buat Ivy candu.
"Adha..." Hanya itu yang terkeluar daripada bibir Ivy.
"Kenapa? Terkejut I jumpa you dekat sini? Dalam keadaan macam ni?"
Luke dah berdiri apabila menyedari ke mana perbualan itu akan menghala. Laju dia melambaikan tangannya. Menafikan semua yang sedang bermain dalam fikiran Adha. "Whoa, whoa, look bro, kau..."
"Apa? Salah faham? Come on, guys. That's lame."
Ivy rasa lidahnya seperti disimen dengan bata. Tak mampu langsung untuk berkata-kata apatah lagi membela diri sendiri.
"Ni bukan semua apa yang kau nampaklah!"
"Ya, aku tahu. Dan aku tak nak tengok pun. Keep it to yourself. And Lvy."
Adha jeda. Mata bekunya sudah beralih memandang Ivy.
Mata itu Ivy tatap, Mata yang sama pernah memandang dia penuh cinta, kali ini sudah berganti dengan benci.
"Jangan pernah tunjuk muka kau depan aku. Mama betul, kau perempuan murah. Dari awal aku tak patut kutip kau."
Ivy tersentak. Sepertinya dia sudah tahu apa yang bakal keluar daripada mulut Adha seterusnya. Tak... tak... jangan...
"Rose Ivy Abdullah, aku ceraikan kau dengan talak satu." - m/s 361 - 362
5. Pujuk
Adha masuk ke dapur bertujuan untuk isi botol airnya dengan air sejuk. Dia ingat dapur akan kosong. Sangkaan dia meleset. Dari jauh Adha dah nampak kelibat Ivy di situ. Dia berdiri membelakangi Adha.
Gayanya seperti memasak sesuatu. Tapi jam dan masuk pukul sepuluh. Masa apa lagi dah lewat malam ni?
Tak mahu buat sang isteri terkejut, Adha berdeham kecil supaya Ivy sedar akan kehadirannya. "Masak apa?"
Diam tak ada jawapan. Adha beranikan diri untuk menjenguk apa yang di dalam periuk. Nampak macam beras putih yang direnih di dalam periuk. "You buat bubur?"
Ivy tak jawab lagi.
"You sakit ke?" soal Adha perihatin. Diperhatikan wajah itu dari jarak yang dekat. Nampak macam sihat aje. Tak nampak pucat pun.
"Ke Isma tak sihat? Dia sakit? Nak bawa pergi hospital tak?"
Pap!
Ivy matikan api di atas dapur dan tutup periuk. "Sejak bila orang sakit je boleh makan bubur?" Dia jeling Adha di tepinya sebelum beredar pergi.
Oh, okey. Adha pandang kelibat Ivy dari belakang yang semakin menghilang.
Balik bilik nanti adha nak cari doa untuk melembutkan hati orang.
Ulasan