Misi Mencari Syurga

 

Hai jumpa lagi. Hari ni saya nak review novel dari penulis komik kegemaran saya sejak remaja. 

Tajuk: Misi Mencari Syurga

Penulis: Nazry Salam dan Afiq Salam

Sejak remaja saya peminat setia komik mereka lukis. Dan baru2 ni semasa pesta buku, mereka kata buku ni penutup kisah Zahid dan kawan-kawanya. Sedih sangat-sangat tapi betul la, setiap cerita ada penamatnya. Saya baca dengan penuh penghayatan.

Belakang buku:

Setiap Langkah Ada Cerita, Setiap Cerita Ada Penamatnya..

Zahid ditimpa ujian besar yang muncul tidak terduga. Dia mula menyisihkan diri daripada sahabat-sahabat baiknya. Pada masa sama, Zahid didatangi seorang wanita dari masa lalu. Zahid mengharungi misi terakhir yang penuh derita, disulam kemanisan cinta dan persahabatan.

Ulasan: 

Kisah ni bermula ketika Zahid yang sedang tua, teringat masa lalunya. Zahid diagnosis kanser paru-paru stage 4. Doktor cakap dia boleh hidup hanya 100 hari sahaja. Setiap manusia yang lain, Zahid mulanya sangat terkejut dan sedih. Dia mula menjauhi dengan semua orang yang dia sayang kerana penyakitnya. Bila sakit, semua jadi emosi (saya faham dan sedih bila baca keadaan Zahid... 😭😭😭

Tapi lama kelamaan, selepas kawan baiknya datang, dia mula berubah. Mula kembali dengan misi-misi, dan saya catat sebagai rujukan. Bagi yang selalu baca buku komik misi yang lain, mesti teruja dengan watak-watak yang di tampil. Ibarat imbas kembali zaman persekolahan yang penuh suka duka. 

Kisah percintaan pada zaman sekolah akhirnya jodoh mereka kuat, semuanya digarap dengan baik. Sedih sangat bila ada watak dimatikan, tapi kata-kata dia mendalam... terus di dasar hati. 

"Abang, penyakit saya tak ada ubat. Saya tak pasti boleh hidup sampai bila. Rugilah kalau saya guna masa yang ada untuk menangis, bersedih. Lagi pun, kalau sata bersedih, saya tetap sakit. Jadi, lebih baik saya pilih untuk rasa gembira. Hadapi penyakit dengan senyuman. Bila mama dan papa tengok saya senyum gembira, mereka pun akan gembira. Memanglah senyum tak boleh ubati penyakit, tapi senyuman boleh ubati hati."

Novel ni buat saya berfikir, banyaknya dosa saya... bertapa saya lalai hanya mengejar duniawi semata-mata. Novel ni membuka minda saya dan seterusnya saya mahu fikir keesokannya saya walaupun tak pasti ketika tu masih hidup mahupun meninggal dunia. 

Jadi jom buat misi mencari syurga....

Oh sedihnya.. akhirnya tamat sudah kisah mereka. Penutup yang baik dan indah. All the best Skud Misi!

Skor: 5⭐/5⭐
Status: THB / Syor

Ulasan