Langkau ke kandungan utama

Novel Bunga Abang ~Penulis Wan Husna~

Tajuk : Bunga Abang
Penulis : Wan Husna
Rating: ⭐⭐⭐
Ulasan: Selesai juga membaca walaupun terpaksa ambil waktu tido 😭. Kalau tak, rasa macam tak sempurna jadi saya baca sampai habis juga. 

White Knight timah, Nadim. 

Kisah permulaan hidup Timah, gadis anak pasangan Encik Halim dan Puan Maimun. Mempunyai sepasang abang dan kakak. Timah ni gadis blur, result spm pun tak cemerlang dan dia selalu dimarahi oleh Puan Maimun, ibu kandung. Malahan hubungan Timah dgn ibu, abang dan kakaknya memang tak rapat langsung sebab mereka menganggap Timah macam orang gaji/ orang luar. Segala kerja rumah Timah kena selesaikan dan barang baru Timah mereka ambil. Timah hanya pakai sisa yang mereka guna. 

Timah mahu berkerja kerana mahu ada duit untuk beli keperluaannya. Kebetulan Ros, kakaknya cuti semester jadi Ros kenalkan Timah pada family boyfriendnya yang kebetulan sedang mencari pekerja. Akhirnya Timah diterima kerja tapi Ros cemburu sebab Timah macam rapat dengan boyfriend dia iaitu Nadiam. Disebabkan salah faham itu, Ros break-up dengan Nadim. Nadim yang rasa tercalar dengan kata² hina Ros, melamar Timah jadi isterinya. Berkali² Timah menolak disebabkan Nadiam ialah bakal abang ipar. Ros pula makin bebas selepas break-up dengan Nadim, Ros tetap menyalahkan Timah punca walaupun sebenarnya dirinya bukan perempuan yang baik. Ros dan abangnya Safuan itu sebenarnya hidup jauh terpesong dari normal pelajar. Safuan pula adalag anak ikan pada Datin. Hanya disebabkan mereka bijak jadi mereka disayangi oleh ibu bapa mereka dan Timah jadi mangsa dan kurang kasih sayang ibubapa. Gaji pertama Timah pun ibu dia ambil beli barang dia nak. Kesian Timah terpaksa mengalah lagi. 

Disebabkan PKP serta COVID-19, Nadim susah mahu berjumpa dan menyakat Timah. Setelah mengetahui yang Timah dilayan macam orang gaji di rumah sendiri, Nadiam terus berjumpa ayah Timah dan melamar Timah. Dari situ, baru la mereka tahu kenapa Puan Maimun tak suka Timah. Akhirnya Timah dan Nadim berkahwin. Permulaan perkahwinan mereka, Ros telah kacau. Yelah la bekas ex boyfriend kahwin dengan adiknya. Malah mereka pernah berhubungan lebih dari seorang kekasih dan itu membuatkna Nadim rasa bersalah pada Timah. 

Hal tersebut telah bocor, Timah rasa sedih dan kecewa. Tapi mereka cuba terima kekurangan dan peluang kedua. Membuatkan Ros rasa tercabar dan kebetulan Ros yang telah mengandung tu menuduh Nadim bapa pada anak yang dikandung. Timah yang sekarang telah berubah dan Timah tak percaya pada fitnah yang dilempar oleh kakaknya. 

Keadaan rumah Encik Halim dan Puan Maimun sangat huru hara dengan anak² yang mereka sayang telah menconteng arang di muka. Setiap orang ada jalan ceritanya tapi yang lelaki scammer yang merosakkan hidup Ros sampai habis cerita tak ada bayangan. Hanya cerita dia ni memang kaki penipu dan punya bini banyaknya jadi sesuai lelaki scammer. 

Akhirnya Timah mengandung dan keluarga Timah dulu tak terima dia kini bersatu dan mereka semua hidup bahagia. Cerita dalam ni manusia tak prefect. Ada dosa mahu kesalahan tapi taubat Allah sentiasa terbuka. Timah masih blur tapi dia bukan lemah macam dulu dan sesuai dengan Nadim seorang yang melindungi walaupun mereka berdua kadang² blur juga haha. 

Ulasan