Langkau ke kandungan utama

Novel Komplot 18+ Extended ~Penulis Pena Kayu~

Tajuk: Komplot 18+ Extended
Penulis: Pena Kayu
Rating: ⭐⭐⭐⭐
Ulasan: Akhirnya selesai juga bacanya walaupun lambat. Sambil tengok cerita Birth of Beauty, sambil tu baca novel ni. Dua² sweet walaupun motif dendam. 

" Jadi jahat itu pilihan"

Hazel putus cinta dengan Adib. Jadi Ahadiat buat cadangan yang dia menyamar jadi kekasih Hazel. Hazel setuju. Mula² plan pun hancur dengan Hazel tiba² macam mahu tahu semua tentang Ahadiat. Ahadiat pula mahu tarik tali dengan Hazel. 

Mereka putus hubungan bila Hazel jumpa family Ahadiat. Tapi tiba² family Ahadiat bawa rombongan meminang. Hazel dengan sakit hati setuju bertunang dan berkahwin sebab Ahadiat mengabaikannya. 

Apabila berkahwin Hazel pula cemburu dengan Raihana. Ahadiat pula macam biasa suka buat Hazel ni cemburu bertingkat². Tapi Ahadiat memang membuat Hazel ni tewas. 

Hazel tersedar yang di mahu balas dendam kematian ayahnya, sebab tu dia kahwin dengan Ahadiat. Tapi lain pula jadinya yang dia tiba² jatuh cinta dengan Ahadiat. 

Akhirnya komplot mereka tak menjadi. Hazel mahu jadi isteri pada Ahadiat. Kadang² tak faham apa Hazel fikir sebab macam serabut dan negative sangat. Mungkin sebab dendam itu... Atau sebab rasa tak layak... Entah. Tapi lelaki macam Ahadiat ni je boleh tewaskan Hazel yang suka bagi banyak alasan. 

Semua happy ending. Walaupun kadang² menonong banyak tapi cerita ni prefect la dari segi teknik cerita. Satu² faham walaupun kena baca semua. Bagus laa.. penulis nak saya baca semua baru akhirnya cakap "ooooo.. macam tu rupanya bagus la 🤣"

Penulis Pena Kayu ni memang my fav penulis la. Okay next novel! 😆

Ulasan