Langkau ke kandungan utama

Novel Dari Kanvas Putih ~Penulis Usako Princessz~

Tajuk: Dari Kanvas Putih
Penulis: Usako Princessz
Rating: ⭐⭐⭐
Ulasan: Saya habiskan bacaan novel ini dalam half day jer! Baca ni tak boleh lompat² dan baca awal dan baca akhir. Cerita ni berkaitan dari bab kepada bab dan berbelit². Setiap watak memang tak dia sia² kan. Novel ni agak berat tapi feeling tak ada hahaha. Terlalu kacau 😵‍💫

Hanun, perempuan yang rendang aka pendek comel, ada bakat melukis dan memasak. Sejak dari zaman Universiti lagi dia asyik terkejar² dengan Nafiz sehingga sanggup melukis Nafiz setiap hari. Nafiz digambarkan kacak dan pandai. Jadi mereka pun setuju jadi adik/abang angkat. 

Sampai ke zaman bekerja, Hanun sanggup kerja apa² janji dekat dengan Nafiz yang sekarang memegang jawatan penting syarikat. Tiba² dia dikejutkan Nafiz telah bertunang dah bakal berkahwin. Dengan runang Nafiz suka berkasar dan kuat cemburu yang gila² akhirnya Nafiz meluahkan pada Hanun. Membuatkan Hanun pergi dari hidup Nafiz. 

Hanun balik terengganu, rumah atok dan nenek nya. Di sana, Hanun berkawan baik dengan jiran sebelah dari mula² Hanun datang sini. Dia dapat kerja di situ dan bertunang dengan jiran sebelah, Hannan.  Manakala, Nafiz ingat Hanun masih di sini, masih cuba fikir keadaan macam biasa sehingga berlaku kejadian yang baru sedar Hanun telah pergi. Dari situ konflik bermula 1 per satu sehingga dapat tahu tunang Hanun itu adiknya. 

Pening baca 1 per 1 cerita sebab berkaitan kan. Apa saya simpulkan Hanun ni ada bau bau bacang dengan Nafiz dan tunang Hanun itu. Dan mereka berdua telah dipertemukan sejak kecik lagi dan mereka pernah bersama² masa zaman kecil. Kedua² punya bakat dalam seni. 

Penulis nak cakap "klo dah jodoh, bertunang dengan siapa² pun tetap akan berkahwin dengan jodoh itu." Jadi akhirnya Hanun dan Nafiz berkahwin dan bakal dapat cahaya mata. 

Sambung tido 💤💤💤💤

Ulasan