Lazuardi
Tajuk: Lazuardi
Penulis: Nasz
Belakang buku: Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.
“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”
Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...
“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”
‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini?
Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?
***
NASZ mencoretkan kisah suka, duka, pahit, manis dan maung kehidupan Si Anaz dalam Lazuardi dengan gaya santai dan warna-warni yang mempesona kita untuk terus menatap tinta hingga ke akhirnya.
Reviu bacaan: Kisah Cinderella versi orang melayu morden, tapi Putera ni muda dari heroin. Habis baca rasa suka gila dengan Shark... nama ganas tapi sweet sangat. Novel ni dah lama saya baca malahan berulang² baca sebab bila sedih mahu lari reality, Novel ni saya cari dulu.
Kisah Anaz umur 21 tahun, pelajar universiti yang hidup umpama orang gaji diri rumah sendiri. Ibunya telah berkahwin dengan suami baru dan punya sepasang adik, Neuq dan Lily. Ibunya sangat tak suka dengan Anaz, sampaikan semua Anaz buat sendiri termasuk duit belanja. Neuq berkawan dengan Shark. Masa itu, Neuq dan Shark umur 17 tahun, nak ambil SPM manakala Lily umur 16 tahun. Shark banyak habis masa bersama di rumah mereka. Odie pula jiran sebelah rumah, selalu lepak rumah mereka sebab ibubapa Odie selalu outstation.
Odie selalu ajak Nasz kahwin tapi pada masa yang sama selalu ganti girlfriend. Nasz ni akan jadi mangsa klo Odie nak putus dengan girlfriend dia tu. Disebabkan Shark selalu ada dalam rumah mereka, jadi Lily suka sangat dengan Shark. Tapi Shark suka dengan Anaz, klo Anaz ada masalah Shark secara sembunyi bantu Anaz. Sebab Neuq selalu bagitahu Shark detail tentang Anaz. Anaz pula pandang Shark macam adik la sebab dah berkawan dengan adik dia. Lily dengan Mama selalu 'dera' Anaz, kerja rumah dan masak² tu memang tugas Anaz sampaikan ayah tak tahu nak cakap apa² pasal Mama dia tu. Sampailah, ada watak baru muncul, Ain anak saudara ayah. Masa tu Shark dah ke US sambung belajar, Shark ingat nak luah perasan tapi dia salah anggap yang Anaz dengan Odie ada hubungan. Disebabkan Odie ni dikategorikan anak orang kaya, Ain tiba² jadi girlfriend Odie. Sampai satu tahap Ain minta rumah pada Odie, Anaz cakap Odie bukan orang kaya sangat pun untuk beli sebuah rumah untuk Ain maka Ain manipulasikan keadaan sampaikan Odie dan Mama pun tak percaya pada Anaz. Dari situ Anaz mula tak suka Ain sebab dia seorang tahu siapa tu Ain. Entah macam mana pencuri rumah lepas tu datang balik bagi barang di curi tu, buat Mama terus halau Anaz keluar dari rumah. Masa tu tak ada orang dapat bantu Anas, jadi kebetulan Shark cuti, Shark tolong Anaz. Mula² Anaz tak nak percaya Shark suka Anaz, tapi lama² dia setuju lamaran Shark jadi mereka berkahwin. Shark ni kiranya lagi kaya dari Odie, semuanya prefect. Akhirnya Anas dah graduation pastu kerja manakala Shark continue study, jadi mereka PJJ la. Sampai la Odie kemalangan dan lumpuh. Orang yang Odie langgar tu rupanya ayah dan Neuq. Jadi Mama stroke dan lumpuh sebab tekanan perasan. Jadi Anaz mula jaga Mama tapi Mama tak suka, Ain pula terus putus hubunganan dengan Odie dan ikut suka dia jer nak jaga Mama or tak. Ambil orang jaga Mama pun habis rumah kena samun sekali lagi buat Mama lagi benci Anaz sedangkan Anaz tak tahu langsung. Shark dah pulang dan ambil alih kerja ibubapa Shark tinggal dan rupanya dia beli syer syarikat Anaz berkerja. Mereka masih dengan perkahwinan rahsia mereka. Ain yang kerja satu tempat dengan Anaz mula cuba pikat Shark. Ain yang baru dapat tahu rahsia kenapa Mama benci dia mula minta cerai dari Shark tapi Shark tak mahu. Akhirnya manipulasi Ain terbongkar dan Ain kena tangkap atas dakwaan mencuri dan Anaz dan Shark hidup bahagia selepas mereka bagitahu semua orang yang mereka dah kahwin. Masing² ada penamat masing².
Babak paling tak dapat dilupakan:
Aku tengok Ain yang dah tidur lepas aje masuk bilik lima minit. Dah penat bercinta dengan Odie kat tepi pagar sampai berjam-jam. Masuk-masuk aje terus tidur. Suka hati kalah, asal kau tak kacau hidup aku.
Aku pergi kat balkoni, rasa macam dah lama aku tak bertapa kat sini. Aku tengok bilik Odie yang dah gelap. Mak aii, dah tidur juga ke? Baru pukul 10.30, agaknya bercinta tu penat kut. Sebab tu kena tidur awal.
Aku duduk kat situ sambil berangan. Kan best kalau dapat awek Rafael Nadal tak pun Kimi Raikonnen. Mau tiap kali Kejohanan Tenis Antarabangsa tak pun musim Formula One ada muka aku kat channel ESPN. Muahaha!
Tengah aku sengih-sengih sambil berangan, tiba-tiba telefon bimbit aku yang dalam poket seluar trek berbunyi. Nama Shark kat skin. Halamak! Budak ni telefon pula.
"Ignore jelah." Aku masukkan balik telefon dalam poket. Tak naklah cakap dengan dia. Segan seh!
Tapi telefon aku terus berbunyi lagi. Adoyai!
"Assalamulaikum." Aku jawab.
"Wa'alaikumsalam. Err, buat apa?"
"Berangan." Aku jawab sepatah.
Lepas tu sama-sama senyap.
"Buat apa?" Giliran aku pula tanya dia.
"Baru lepas jamming, sekarang tengah tengok tv."
"Oo, ramailah kat rumah tu."
"Tak, jamming sorang-sorang."
"Oo."
Senyap lagi.
"Dah jumpa kunci?" Baru teringat nak tanya kunci rumah dia yang hilang tu.
"Dah, jatuh kat tempat duduk belakang."
Dan kita orang senyap lagi. Tak tau apahal dia telefon sebenarnya. Asyik senyap aje, letih akak ni dik oii!
"Kita kahwin nak?" tiba-tiba dia tanya soalan yang agak pelik kat telinga aku ni.
"Haa?"
"Tunang?"
"Haaa?"
"Jadi girlfriend saya?"
"Haaa?" Rasa macam tu aje perkataan yang mampu keluar daripada mulut aku.
"Saya serius ni."
Aku memang ternganga aje, tak tau nak cakap apa. Biar betul budak ni! Nak buat kelakar pun pada-padalah.
"Sebelum saya balik States, saya memang nak bagi tau Anaz."
"Ehh, kejap-kejap. Akak rasa sakit otak tiba-tiba. Shark tu tak Shark call siapa ni? Tak salah nombor ke?" Aku rasa budak ni salah telefon oranglah.
"Saya tak salah, saya memang suka Anaz dari sekolah lagi."
Watak paling disukai: Shark dan Anaz
Petikan menarik:
"Masa saya niat nak ambil awak jadi isteri saya, saya memang dah janji dengan diri saya yang saya akan terima walau siapa pun awak"
Skor: 5⭐/5⭐
Status: THB / Syor
Ulasan