SWEET SOUR (REVAMP) VOL 1


Tajuk: Sweet Sour (Revamp) Vol 1

Penulis: Nasz

Belakang buku: Lapan tahun hidup Alia Akma ada Azarul Hisyam. Lapan tahun yang panjang. Ada suka, duka, ketawa, menangis,merajuk, marah, bahagia.

Hidup Lia terasa begitu mudah bila bersama Zarul. Semuanya seperti apa yang di rancang. 

Tiba-tiba datang Joe.

“Umur?” Hanim, kawan baik Lia bersoal jawab berkenaan Joe.

“Tak tau.”

“Dia kerja apa?”

“Entah.”

“Sekolah mana?”

“Mana aku tau kat mana dia sekolah.”

“Apa makanan kegemaran dia?”

“Motif kau tanya makanan kegemaran segala. Kau ingat aku mak dia ke nak tau dia suka makan apa?” Lia marah Hanim.

Siapa sebenarnya Joe?

Review bacaan: Saya memang peminat penulis Nasz. Jadi memang gigih saya beli novel Sweet Sour walaupun yang dulu dah baca banyak kali dan sudah buat review dalam blog ni. Tapi kali ni versi tambahbaikkan [revamp] bab² yang buat saya semakin tertambah suka Joe x Lia x Zarul. 

Vol 1, cerita kisah Lia dan Zarul berkawan dari mereka zaman universiti. Bila mereka graduation pun mereka masih bersama². Sampai laa tiba² Zarul bagi kad kahwin dan dalam kad tu nama pengantin bukan Lia tapi Su. Maka berkahwin la Zarul berkahwin dengan Su. Dan tiba² wujud Joe, yang buat Lia binggung kenapa sekeliling mereka fikir Lia dah berkawan lama dengan Joe. Keluarga Joe dan Zarul datang melamar Lia untuk berkahwin dengan Joe. Lia yang tengah kecewa dengan Zarul setuju, maka Joe berkahwin dengan Lia. Kisah mereka berkembang lebih banyak dengan aksi romantik Joe. Banyak bab² tambahan tapi tak lari dari asal novpvel dahulu. Walaupun Lia kaku dan tunjuk tak berapa suka Joe sebab tak pernah jumpa dan kenal Joe tapi Joe tetap buat Lia ingat dia. Zarul pula lepas kahwin mula pikat Lia depan² Joe. Lia keliru antara Zarul dan Joe. 

Jom sambung Vol 2. Kehidupan selepas berkahwin Joe dan Lia. 

Babak paling tak dapat dilupakan

Lepas isyak tadi, aku dan Joe dah bertenggek tepi longkang depan rumah kena berus periuk. Orang lain tengah menyapu di luar sebab lepas buka khemah baru nampak sampah bersepah-sepah atas jalan. Adik aku pula kena vacuum bahagian dalam rumah.

Aku tengok Joe yang pakai T-shirt putih Loro Piana dan sweatpants warna kelabu daripada jenama yang sama. Tak mungkin dia ni pakai Loro Piana pasar malam.

“Err… kita ni nak basuh periuk.” Aku yang duduk atas kerusi plastik pendek tepi longkang terpaksa mendongak melihat dia yang berdiri depan aku.

“Okey.” Dia angguk.

“Tak ada baju lain ke? Kotor nanti.”

Dia tersenyum. “It’s okay.” Dia terus duduk atas kerusi depan aku.

Aduh! Tak sedap hati betul aku tengok baju dia ni. Tapi, aku lagi tak sedap hati tengok periuk kotor. Aku pun hulur berus dawai dan span basuh pinggan. Juga sebesen kecil air yang sudah dicampur Sunlight. Dia sambut dan tengok aku. Aku tengok dia. 

“Mesti tak tau basuh periuk.” Aku cakap sambil tergelak. Tak tau kenapa aku rasa kelakar tiba-tiba.

Dia senyum tak jawab apa-apa. Terpaksalah aku ajar, tapi disebabkan dia ada banyak tenaga nak menyental, kebanyakan periuk dialah yang cuci. Aku basuh periuk yang kecil-kecil aje. Tak sia-sia dia ada badan macam Ju Ji Hoon. 

Aku susun periuk yang dah siap dibasuh atas meja lipat depan rumah. Aku tengok luar rumah dah siap kemas. Dalam rumah pun sama.

Joe bangun lepas semua siap dan aku nampak baju dia penuh dengan tompokan separa hitam dan kuning. Memang penuh dengan kesan minyak. Lepas itu bahagian belakang baju ada kesan hitam yang aku tak tahu itu apa.

Tadi memang Joe angkat dua tong gas yang ada kat luar dapur dan masukkan dalam stor. Sebelum itu, dia tolong kemaskan meja di bawah khemah. Jadi, aku tak pasti baju dia kotor sebab apa. Aku tengok dia dengan mulut ternganga sambil menggaru kepala. 

Macam mana aku nak basuh baju dia ni? Matilah, aku nak sental. Sabun spesies mana aku nak cuci baju macam ni?

“Macam mana saya nak basuh? Boleh guna Clorox ke? Ke kena sental kotor-kotor tu pakai sabun mandi dulu?” Aku tanya perlahan dengan muka cemas.

Dia pun tunduk dan tengok baju dia dan terus masuk dalam rumah. Tak lama lepas itu, dia keluar dan di tangannya pegang baju kotor tadi. Dia dah tukar pakai T-shirt putih sama macam tadi. Bukan setakat jenama sama, rupa pun sama. Beli masa sale ke apa? Buy 1 free 1.

Dia terus jalan dan berhenti depan tong sampah besar yang ada di luar pagar. Dia campak baju kotor dalam tong sampah.

Terkedu aku tengok. Aku baru menyaksikan dia buang baju harga €370 ke tadi? Seram betul kejadian ni.

Dia jalan masuk dan senyum pada aku. Aku tak tau nak balas ke tak senyuman dia. 

“Kenapa buang? Saya boleh basuh.” Aku terus jalan menuju ke tong sampah. Dia datang dekat aku, peluk dari tepi dan paksa aku jalan masuk rumah.

Aku rasa dia spesies yang walau berharga macam mana pun benda tu, tapi kalau menyusahkan dia atau orang lain dan dah tak nampak menarik, dia buang aje tanpa fikir banyak. Ni barulah ciri-ciri playboy sejati, bukan setakat tukar perempuan macam tukar baju. Baju tu pun, dia boleh campak dalam tong sampah. Tiba-tiba aku mengenang nasib diri sendiri. Ada harapan aku pun bakal kena campak macam baju dia tadi, aku rasa. 

Terus rasa down!

Eh, tapi apa hal suka hati dia aje peluk aku? Aku pun terus tolak dia dan jalan ke tepi untuk keluar dari pelukan. Dia hanya ketawa kecil. Apa yang baru jadi tadi? Motif aku tak perasan dia peluk aku?

Watak paling disukai: Joe, Lia dan Zarul

Petikan menarik:

"Lia tak ada nombor dalam hati abang, 'cause you're the only one."

Skor: 5⭐/5⭐

Status: THB / Syor

Emosi sepanjang pembacaan: teruja sambil tersenggih² hahaha 😆 

Ulasan