SWEET SOUR (REVAMP) VOL 2


Tajuk: Sweet Sour (Revamp) Vol 2

Penulis: Nasz

Belakang buku: Lapan tahun hidup Alia Akma ada Azarul Hisyam. Lapan tahun yang panjang. Ada suka, duka, ketawa, menangis,merajuk, marah, bahagia.

Hidup Lia terasa begitu mudah bila bersama Zarul. Semuanya seperti apa yang di rancang. 

Tiba-tiba datang Joe.

“Umur?” Hanim, kawan baik Lia bersoal jawab berkenaan Joe.

“Tak tau.”

“Dia kerja apa?”

“Entah.”

“Sekolah mana?”

“Mana aku tau kat mana dia sekolah.”

“Apa makanan kegemaran dia?”

“Motif kau tanya makanan kegemaran segala. Kau ingat aku mak dia ke nak tau dia suka makan apa?” Lia marah Hanim.

Siapa sebenarnya Joe?

Review bacaan: Dah hbis baca vol 1, teruja nak baca vo 2. Makin teruja dengan banyak bab dan perkembangan cerita yang buat saya lupa buku lama. 

Vol 2, Lia masih dalam versi nafikan semua perkara yang Joe buat disebabkan kemesraan Joe dengan ex gf Joe, Jackie. Walaupun macam tu Joe masih tunjuk sayang dia pada Lia walaupun Zarul dah mula masuk dalam hubungan mereka. Kali ni rumah tangga Hanim sebagai kawan baik Lia terancam dengan kecurangan suami. Dan kekasih suami Hanim mengacam Lia dengan mengatakan Lia ada hubungan sulit dengan Zarul sepertinya juga. Lia makin tertekan mula merasakan sayang dia pada Joe. Manakala tiba-tiba, Zarul hilang sekali lagi saat Lia mengalami kesulitan. Kali ni, Lia mula jatuh cinta dengan Joe tapi Zarul datang mendedahkan semua rahsia Joe. Lia lari dari Joe dan ikut Zarul, dan mereka berdua terjebak dengan orang gila yang merasakan Joe itu suami dia. Suspicious sangat tapi ending super 👌. Saya tutup cerita ni dengan senyum teringat kisah Joe dan Lia walaupun permulaan mereka sebenarnya berbeza. 

Babak paling tak dapat dilupakan:

Masa Joe bancuh susu di dapur, aku cuba pujuk Haiqal dengan dukung sambil jalan-jalan dalam bilik, tapi dia masih menangis. Mesti dia rindu mama dia. Maklumlah sebelum ni Hanim tak pernah tinggal anak dia malam-malam kecuali masa kena kidnap dengan Fariz. 

Lebih kurang sepuluh minit, Joe datang bawa sebotol susu.

"Biar abang yang buat." Dia tawar diri lagi.

Serba salah aku sambut botol susu dan serahkan Haiqal pada dia. Boleh harap ke dia ni? Jangan sampai tersedak dahlah.

Aku rasa suhu susu yang aku pegang. Perfect! Tak panas tak juga sejuk. Macam mana dia tahu buat semua ni?

"Lia,  susu." Aku tengok Joe dah tadah tangan minta botol susu.

Aku letak botol susu atas tangan dia dan tengok dia bagi Haiqal susu sambil dukung. Macam terharu pun ada, tapi takut pun ada. Kalau dia ada anak, mahu meraung aku kat sini.

Aku duduk atas sofa dengan mata pada dia.

"Macam mana abang tau buat semua ni?" Akhinya, soalan tu keluar daripada mulut aku. 

"Abang tak pernah ada anak." Dia dah jawab soalan dalam kepala aku sebelum aku tanya lagi. Dia senyum tengok aku.

"Sebenarnya, dah lama abang nak cakap hal ni."

Aku dah berdebar apabia dengan dia cakap macam tu. Muka dia serius semacam aje.

"Apa?" Dengan cemas, takut, berdebar semua ada tapi beranikan diri bertanya.

"Sebenarnya jaga orang lain lagi senang daripada jaga Lia." Dia ketawa lepas cakap. Aku pun terus pergi cubit lengan dia. Suka hati aje cakap susah nak jaga aku.

Tapi aku ketawa jugalah lepas tu. Walaupun agak menyakitkan hati, tapi aku mengaku tahap kesusahan dia nak jaga aku. Jadi, aku terpaksa reda juga dengan jawapan dia.

Lepas itu, dia bagitahu macam mana dia tau bancuh susu, dia dah tengok macam-macam jenis video bancuh susu dan cara nak susukan anak rupanya. 

Watak paling disukai: Joe, Lia dan Zarul

Petikan menarik:

"Sayang, abang sanggup hilang segala-galanya asal bukan hilang sayang. Tak ada anak pun tak apa, kita hidup berdua aje."

Skor: 5⭐/5⭐

Status: THB / Syor

Emosi sepanjang pembacaan: teruja sambil tersenggih² hahaha 😆 

Ulasan