CIK TUKANG JAHIT & ENCIK REBUTAN
Tajuk: CIK TUKANG JAHIT & ENCIK REBUTAN
Penulis: AIRISZ
Mula membaca: 29 MEI 2025
Tamat membaca: 30 MEI 2025
Belakang buku: “Untungnya aku, dalam ramai-ramai, dia pilih aku — padahal dia tu
Encik Rebutan!”
Nama aku Intan Zahra. Anak tunggal kesayangan mak. Aku dilahirkan selepas hampir enam tahun usia perkahwinan mak dengan ayah. Namun berita gembira itu dibalas dengan berita yang menyedihkan. Isteri kedua ayah turut melahirkan anak. Namanya Qistina. Seluruh tumpuan diberikan kepada Qistina. Ayah langsung tak pandang aku.
Tahun demi tahun, aku sudah dewasa dan bergelar wanita. Aku fikirkan, ujian emak sudah berakhir tapi ternyata tidak. Aku pula putus tunang dengan Aryan. Aku lebih risaukan emak. Mesti dia sedih.
“Relakslah, mak. Baru putus tunang. Belum putus kepala.”
Kononnya aku hendak pujuk emak. Tapi bila tahu Aryan bernikah dengan Janna, terus aku naik angin. Janna, adik tiri aku merangkap adik Qistina! Terus aku teringat yang Aryan ada hutang aku tujuh ribu ringgit. Tak bayar, siaplah!
Satu hari, ada seorang doktor kacak buka klinik di sebelah kedai jahit emak. Entah kenapa dia macam berminat nak kawan dengan aku. Doktor Zuhri namanya.
“Hai, sayang.”
Mak, tolong mak! Ada orang panggil anak mak sayang! Bahagianya.
Tapi aku musykil, kenapa dalam ramai-ramai wanita di luar sana, Doktor Zuhri sukakan aku? Apa ada pada aku ni? Masak pun jarang-jarang.
“Saya pun terlupa nak beritahu doktor. Saya memang tak berapa pandai memasak.”
“Saya cari isteri, bukan saya cari tukang masak.”
Lagilah aku terasa bagai dunia aku yang punya. Memang lelaki idaman Malaya. Tapi tak lama selepas tu, aku dapat amaran yang keras daripada Qistina, adik tiri aku tu.
“Kau sengaja goda Abang Zuhri sebab kau tahu dia bakal tunang aku. Kau kena tinggalkan juga Abang Zuhri. Kalau tidak, aku akan bunuh diri!”
Ah, sudah, ugut bunuh diri pula. Kenapalah keturunan perampas ini selalu buat masalah dengan bakal jodoh aku? Patut aku biar atau mengalah saja? Tambahan pula bila ayah masuk campur minta aku tinggalkan Doktor Zuhri yang sudah mula curi hati aku…
Reviu bacaan: Intan merupakan anak hasil dari perkahwinan pertama. Ayahnya ceraikan mak dia dan sejak tu dia hidup tanpa kasih sayang seorang ayah. Malah dia ada adik beradik tiri, Qastina dan Jenna. Bagus didikan mak dia, ajar dia tidak membenci ayahnya, malahan Intan masih rapat dengan keluarga belah ayahnya.
Disebabkan Intan ni anak yang tak dimahukan oleh ayahnya, jadi dia selalu jadi mangsa tak puas hati ayahnya dan keluarga tirinya. Ayahnya memang seorang ayah yang tak adil dan melepaskan tanggungjawab. Kesian Intan, mula-mula dah bertunang tapi tunang kena ambil di adik tiri tapi Intan tak melatah malahan siap tuntut hutang dari ex tunang dia.
Tiba-tiba ada doktor sebelah kedai jahit mereka datang dan ajak Intan jumpa family dia. Malahan memperkenalkan Intan merupakan bakal isterinya. Rupanya family doktor ada kaitan dengan family mak tiri, dan Qastina merupakan calon isteri doktor, tapi doktor tak tahu. Doktor ty mula luah perasan pada Intan. Intan dapat tahu Qastina suka doktor mula la dia suka mainkan emosi Qastina sampai Qastina tahap nak bunuh diri haha. Memang lawak bab ni. Mereka sekeluarga putar alam/ belit sampai saya rasa ayahnya tak ada function langsung.
Akhirnya karma datang kepada keluarga tiri, ayahnya lumpuh lalu mereka tak nak jaga, Qastina goda doktor sampai tahap macam orang gila pun tak jalan dan Jenna kena jadi manga dera suami. Satu persatu Intan handle mereka. Kalau saya pun naik mental nak tahap 3 orang mental ni, tak pasal nama kena petik. Akhirnya Intan kahwin dengan doktor dan mak tiri dapat balasan dari perbuatannya.
Babak paling tak dapat dilupakan:
Aku lajukan langkah tingalkan Qistina. Biar perempuan tu meroyan sorang-sorang. Tak sangka langkah Qistina juga laju."Mamak? Tak naklah. Geli. Abang, kita makan tempat lainlah." Doktor Zuhri terus masuk restoran dan aku ikut. Kami tidak hiraukan sama sekali kegelian Qistina. Kalau dia nak rasa geli, itu masalah dia. Kami tak ada masalah.Kami pilih meja yang masih kosong. Aku duduk sebelah Doktor Zuhri."Qis tak nak makan apa-apa. Gelilah." Rasa nak tampar saja mulut Qistina. Menghina betul. "Kalau kau tak nak makan, kau berambus dari sini. Jangan hilangkan selera makan aku. aku tak ajak kau ikut aku. Kau yang terhegeh-hegeh nak ikut." Nampaknya seorang Doktor Zuhri sudah naik angin. Aku pun akan naik angin bila tempat makan yang aku suka dihina begitu. Aku senyum jahat. Padan muka. Qistina masam muka. Pelayan datang."Roti telur banjir. Teh tarik." Permintaan Doktor Zuhri. Dah biasa. Aku minta sup tulang aje bersama teh O panas. Pun menu biasa. Kadang aku tukar dengan mi rojak. bosan mi rojak, aku tukar nasi goreng kampung dan kalau bosan dengan restoran mamak, kami pergi restoran thai. Putaran dating kami makan dan makan. Jadi, pertemuan kami masih sihat dan selamat dan tidak ke arah masiat."Tambah mi goreng mamak dengan air sirap untuk dia," Arah doktor zuhri sambil tunjuk Qistina. "Eh! Qis tak nak." Si gedik cuba mengelak. "Kalau tak nak makan kau berambus sekarang. Jangan nak gedik sangat depan aku. Aku menyampah. Sikit-sikit geli." Qistina pandang aku tajam sambil gigit bibir dia."Itulah pasal. Yang kau gila datang cari aku tengah malam ni kenapa?" Memang kerja gila pun."Sebab susah sangat nak jumpa abang sekarang ni.""Kenapa pula nak jumpa aku? Aku tak ada sebarang hubungan dengan kau pun. Pelik betul perangai kau ni, Qistina." Aku baru nampak posisi garang Doktor Zuhri. Agak menakutkan juga."Sebab nak jumpa abanglah." Qistina merengek manja. Mahu juga tempeleng. Gedik melampau."Dia gila sikit, tu yang buat perkara yang pelik." Aku sengaja ketawakan Qistina. Makin bulat mata Qistina padanag aku."Macam-macam betul." Doktor Zuhri kembali melihat telefon bimbitnya. "Sayang, baju ni cantik tak?" Doktor Zuhri tunjuk skrin telefon bimbit dia. Aku rapatkan badan untuk melihat."Grey?" soalku sambil padang dia. Doktor Zuhri angguk. "Saya ikut aje. Apa-apa warna pun saya suka. Tak ada yang tak suka.""Bagus. Kita pilih warna ni." Aku angguk. Setuju. Kemudian aku ambil telefon Doktor Zuhri. "Ini tema baju kahwin kita orang." Aku tunjuk skrin telefon Doktor Zuhri kepada Qistina. Qistina jeling tajam. "Cantik, kan?" Qistina masih tak menjawab. Aku tahu dia sangat bengang sekarang. Mungkin menyesal juga datang mencari Doktor Zuhri.Tak sampai sepuluh minit, pesanan kami sampai. "Makan sampai habis. Kalau tak habis, kau jangan jumpa aku sampai bila-bila." Amaran keras daripada Doktor Zuhri sedikit memeranjatkan. Qistina memang benar-benar cari penyakit. Aku tahu taste dia bukan seperti aku dan Doktor Zuhri.
Watak paling disukai: Mesti la Intan.. independence woman
Skor: 3⭐/5⭐
Emosi sepanjang pembacaan: Agak bosan tapi boleh la baca santai. Apa-apa pun jadi macam Intan.. powerful woman. Berdiri di atas kaki sendiri.
Ulasan