SEE YOU DI IPT


Tajuk: SEE YOU DI IPT: REALITI DUNIA INFLUENCER

Penulis: DR. FITRI HARIS

Mula membaca: 30 MEI 2025

Tamat membaca: 30 MEI 2025

Belakang buku: Farez, influencer yang menjadi impian ramai -  suara emas, wajah menawan, dan aura kepimpinan semulajadi. Namum, di sebalik ribuan pengikut setia, dia menyimpan kisah silam yang membekas jauh di lubuk hati.

Ketika bertanding sebagai Ketua Pelajar Kolej Gema Awan, satu demi satu tragedi aneh mula berlaku. Skandal, sabotaj dan fitnah melanda.

Musuhnya tersembunyi. Kebenaran disorok rapi, Farez turut dibayangi masa lalu - Badrul, sahabat lama yang muncul sebagai pesaing dan Cik Hujan Idea, gadis misteri yang membawa harapan.. dan kontroversi yang tidak terduga.

Dimana batas kekuatan seorang remaja ketika seluruh dunia memilih untuk membeci? Mampukah Farez mempertahankan prinsip dan mengejar impian... tanpa kehingan dirinya sendiri?

Reviu bacaan: See You di IPT.... mmm cerita ni berkisah tentang Farez, seorang pengaruh terkenal di media social dengan suara yang merdu dan lunah dan di Kolej dia merupakan calon Ketua pelajar. Semasa dalam berkempen, dia dibebani dengan kontroversi di mana salah satunya dia menjadi pembuli pada zaman persekolahan. Farez tertekan dengan masalah yang dihadapinya. Dengan imej yang dikenali oleh semua orang baik di dunia realiti mahupun dalam dunia maya, Farez kekal dalam keadaan yang mana kebenaran akan muncul selepas hujan. akhirnya musuh yang tersembunyi tu dikalangan orang kanan kiri dia sebenarnya dan motif adalah balas dendam kerana kisah zaman sekolah antara Farez  dan dia. 

Babak paling tak dapat dilupakan

"Wow! Tak sangka betul ya Farez... dari sikap 'Mr. Nerd' ke 'Mr. Perfect."

Sebuah suara mecelah dari belakang, melenyapkan bara keyakinan yang baru terbina. Farez terhenti sejenak. Dia kenal benar suara itu. Mana mungkin dia melupakannya?

Dia berpaling dan melihat seorang lelaki tinggi dan tegap berdiri di depannya. Hanya dua langkah yang memisahkan mereka... sahabat lama yang tak pernah dijangka untuk bertemu semula. Badrul. Dia merenung Farez dengan senyuman sinis.

Farez mengerutkan dahi, "Badrul? Kau buat apa di sini?" Suara bergetar, penuh kejutan. Dia sukar menerima hakikat bahwa Badrul yang pernah dianggap sahabat karibnya, kini muncul secara tiba-tiba di kolej tempatnya belajar.

Badrul tersenyum, namum bukan lagi dengan kemesraan seperti dahulu.

"Kenapa? Aku tak layak berada di sini? Aku juga mahu melakar impian dan Kolej Gema Awam ada segala yang aku perlukan."Badrul menarik nafas dalam-dalam, cuba mengawal emosinya sebelum menyambung, "Lagipun, kita pernah berkongsi impian yang sama. Kau ingat?"                 

Watak paling disukai: Farez, Badrul dan Cik Hujan Idea

Petikan menarik

"Kita sering lupa bahawa d sebalik skrin, ada manusia. Manusia dengan hati, perasaan dan kehidupan yang boleh runtuh hanya kerana beberapa baris ayat yang kita anggap gurauan. Tapi bagi si mangsa, itu luka yang tak terubat. Jadi elakkan mencipta dosa kering."

Skor: 3⭐/5⭐

Status: THB / Syor

Emosi sepanjang pembacaan: Santai tapi bagus untuk kita baca cara bertenang dalam keributan. Dengan fitnah dan cakapa buruk lagi membuatkan seseorang jatuh dalam kegelapan. BULI tak kira real life mahupun siber tetap membuatkan seseorang hidup dalam tekanan dan kerendahan diri. Oleh itu, HENTI JADI PEMBULI! Kita bertanggungjawab dengan setiap apa kita cakap, tulis dan sebarkan. 

Ulasan