Kerana Dia Suka

Saya ni sebenarnya macam malas nak ikut peraturan (post yang sebelum ni) jadi start sekarang saya nak tulis blogger ikut suka hati saya hahaha.


Tajuk: Kerana Dia Suka

Penulis: Marissa

Belakang Buku:

“Tapi saya nak awak percaya yang saya benar-benar tak bersalah. Saya tetap cintakan awak sampai saya mati.”

Itu kata-kata Sufian, tunangnya apabila baru saja kena tangkap khalwat dengan Aida. Lagi

kurang sebulan saja majlis perkahwinan mereka, tapi kini semuanya tinggal kenangan.

Rasa tawar hati itu membawa Wardina ke bumi Kundasang bersama teman baiknya, Zaimah.

Tak sangka, dia dipertemukan dengan lelaki serabut alam bernama Idham. Serupa perompak punya. Tapi lelaki itu memang sesuatu.

“Aku rasa lelaki tu minat kaulah.”

“Merepek!”

Wardina menolak sekerasnya namun Zaimah tetap dengan pendiriannya. Dan akhirnya Idham menjelaskan statusnya.

“Saya dah bertunang.” - Idham

Sumpah, Wardina takkan terlibat dengan milik orang. Dia sudah rasa sakitnya apabila calon suami yang diharapkan dirampas orang lain. Terus dia letakkan jarak pada hubungan mereka.

Namun, Idham seolah-olah lupa pada status yang disandangnya. Diajaknya Wardina keluar makan bersama, malah sampai pernah bermalam di rumah keluarga Wardina di kampung.

Ajaibnya, semakin lama, hati Wardina kian terpaut pada lelaki serabut alam itu.

“Awak tak risau ke tunang awak nampak? Tak pasal nanti putus tunang terus.” -Wardina

“Dia tak kesah pun. Selama ni dia langsung tak hiraukan saya. Entah suka atau tidak dengan pertunangan ni.” - Idham

Namun satu pengakuan dari bibir Idham buat Wardina bagai tersedar daripada mimpinya.

“Saya ingat nak putuskan pertunangan saya.” -Idham

“Apa?” – Wardina

“Ya, saya nak putuskan pertunangan saya. Saya dah tak sanggup nak teruskan. Tak guna kalau saya tak ada hati langsung dengan dia.” – Idham

“Kenapa baru sekarang awak buat keputusan tak nak teruskan pertunangan awak Kenapa tak dari mula lagi?” – Wardina

“Saya cuba untuk menerima dia sebab masa tu saya tak ada sesiapa tapi sekarang saya rasa saya dah jatuh cinta dengan seorang gadis.”- Idham

Tiba-tiba Wardina rasa cukup lega. Sesungguhnya Idham dengan dia sekadar sebatas teman. Tak lebih dari itu. Dia lega kerana dia takkan jadi pihak ketiga sama sekali kerana Idham sudah jatuh cinta dengan gadis lain. Atau mungkin dia orang keempat atau kelima. Malangnya

perasaan lega itu bersulam perasaan kesal. Ya, kesal kerana telah jatuh hati pada lelaki serabut alam itu!

Ulasan:

Dimulakan bab Wardina terjadinya putus tunang disebabkan tunangnya Sufian di tangkap berdua-duaan dengan kawan baik dia, Aida. Wardina mendapat tahu yang kak ipar, Kak Seha dia buat pakatan dengan Aida untuk melihat Wardina sedih tapi ternyata tidak sedih. Wardina siap bercuti dengan kawannya Zaimah ke Kundasang, Sabah. Di situ, mereka berjumpa dengan Idham, dan mereka mula berjalan-jalan di sekitar Kundasang bersama-sama. pada hari akhir mereka di Kundasang, Idham memberi tahu yang dia sudah bertunang. Wardina tak mahu terbabit dengan tunang orang sebab dia sendiri rasa pedih bila tunang dia dirampas orang. Jadi Wardina letak gap berkawan antara dia dan Idham, memandangkan Idham cakap mahu berkawan. Mereka mula rapat sampaikan Idham pernah datang ke rumah kedua orang tua Wardina. Wardina dipertemukan dengan Umi, dan disebabkan Umi jatuh sakit, Wardina terima pinangan Umi tanpa mengetahui siapa anak Umi. Jadi dia putuskan dengan Idham, dan sama juga dengan Idham dia ada masalah dia jadi terima bila Wardina tak nak terus berkawan lagi. Seolah-olah takdir di tulis, mereka berjumpa bukan kawan tapi sebagai tunang. Mereka gembira dengan takdir tersebut dan akhirnya mereka berkahwin. 

Best novel sebab banyak hubungan kekeluargaan yang erat. Paling tak sangka orang yang ada hubungan keluarga kita sanggup bermain sihir sebab tak suka sedangkan dia tu ahli keluarga. Watak Kak Seha yang sanggup bermain sihir siap ajak Aida lagi untuk sihir tunang yang akhirnya membawa bencana tapi Kak Seha masih tidak serik lagi. Dengan perangai buruk Kak Seha terhadap keluar mentuanya, akhirnya dia dapat balasan iaitu diduakan oleh suaminya Abang Ijoi. Selepas mereka bercerai, dia siap sihirkan Abang Ijoi dan keluarga mentuanya disebabkan berdendam (padahal salah diri sendiri, dah khurafat dan agak stupid actions) dan akhirnya memakan diri. 

Hubungan keluarga yang erat, kat sini walaupun Abang Ijoi ini curang, tapi Abang Ijoi tetap utamakan keluarga dia dahulu. Apabila dia dengan fitnah yang di buat oleh isterinya, Abang Ijoi tak cakap banyak, terus buat report polis fitnah tersebut. terduduk Kak Seha bila polis muncul di kampung mereka. Idham pula sanggup ketepikan perasan dia demi memgembirakan hati ibunya yang sedang sakit. Nasib baik akhirnya Idham boleh kahwin dengan Wardina, klo tak frust tertonggeng laa.

Novel ni santai je walaupun ada unsur sihir semua tua tapi masih mengekalkan jalan cerita. Saya kurang suka dengan watak Zaimah, terlalu over (bagi saya). Lain-lain tak ada masalah even kisah antara Idham dengan ex tunang tu pun tak panjang cuma tahu ex tunang tu curang dan tamat tu jer. Tak lebih dan kurang, kira moveon jer la.

Sekian, Terima kasih bagi siapa sudi baca review yang tak seberapa ni hehehe... jumpa lagi! 

Ulasan