Cik Sederhana dan Encik Segak
Tajuk: Cik Sederhana Dan Encik Segak
Penulis: Airisz
Belakang Buku: AKU? Anak yatim piatu. Kerja biasa saja pun. Kadang-kadang aku jadi tukang kebun, kadang-kadang aku kerja kemas bilik di homestay, kadang-kadang aku kerja hantar bunga. Suka hati akulah nak kerja apa. Janji, aku gembira.
Aku jumpa seorang jejaka ni. Bajet kacaklah. Mula-mula jumpa, dia serupa terkejut tengok aku. Macam tak pernah tengok perempuan. Tak tahulah muka aku macam Angelina Jolie atau muka isteri Shrek. Tapi aku target macam isteri Shrek.
Lepas tu mulalah dia cari pasal. Paling teruk, dia tuduh aku curi kemeja dia yang taraf buat kain buruk. Siap nak saman aku sehinggakan aku buat-buat balik negeri, Sierra Leone.
Rupa-rupanya, dia nak berkenalan dengan aku saja. Hampeh betul!
“Saya tanya, siapa nama awak?”
“Rissa…”
“Nama penuhlah!”
Eh, tak puas hati pula dia.
“Saadiah Za'azie Rissa.”
“Siapa?”
Aku dah agak. Siapa pun yang tanya nama aku, mesti tanya balik semula walau aku jawab dengan jelas.
“Saadiah Za'azie Rissa.”
“Apa pasal panjang sangat nama awak? Ayah awak memang nak dera bakal menantu dia ke?”
Saat dia bawa aku bertemu keluarganya, aku dah mula risau. Boleh ke keluarga dia terima aku? Kami bukankah dari darjat yang berbeza?
Dan inilah kisah kami berdua. Aku, cik yang serba serbi sederhana dan dia, encik segak yang sentiasa kelihatan sempurna.
Ulasan: Novel ni sangat sederhana. Rissa hidup sebatang kara, walaupun ada saudara tapi saudara dia tak suka Rissa. Heroin jenis tak takut orang, main langgar jer dan paling penting suka bantu orang dalam kesusahan. Jadi masa tu la mereka bertemu. Encik Segak aka Encik Ziyad. Mulanya Rissa tak tahu yang di tolong itu Encik Ziyad. Selepas banyak kali Encik Ziyad buat onar dengan Rissa baru la Encik Ziyad perkenalkan diri dan terus ajak Rissa ke majlis kahwin adik Encik Ziyad dan memperkenalkan Rissa sebagai kekasih hati.
Semestinya ada watak jahat dalam ni. Sepupu Ziyad, anak mak long rupanya calon isteri Encik Ziyad. Encik Ziyad ni bagi saya, dia jenis tegas. Klo dia nak sesuatu, dia pastikan sampai dapat. Bila dia jumpa Rissa, setiap minggu ke Cameron Highland "CH" tau. Malahan Encik Segak ni memberitahu pada Rissa yang dia mahu hidup sederhana sebab tu dia beli tanah di CH.
Rissa pada mulanya macam tak percaya Encik Segak ada hati dengan dia, tapi akhirnya mereka mula bercinta. Dan yang peliknya mama Ziyad sangat sangat suka dan ambil berat dengan Rissa. Rupanya Rissa tu merupakan anak yang ditinggalkan dia dengan ex husband. Mulanya Rissa tak percaya, tapi dia mula perlahan-lahan terima. Rissa fikir klo Ziyad tahu mesti Ziyad tinggalkan dia sebab mama dia punca keluarga Ziyad berantakkan. Sebaliknya Ziyad dah tahu dan Ziyah mahu sangat dengan Rissa.
Bila kita mula suka seseorang, apa-apa yang berlaku kita akan terima baik dan buruk. Sweet ending.
Petikan dalam buku:
1. Tolong
"Saudari." tegur lelaki itu tiba-tiba.
Gila tak terkejut. Tiba-tiba saja menegur, Tak tahu nak bagi salam ke? Dengan perasan berdebar, aku menoleh melihat ke arah lelaki itu.
"Lelaki itu diam kemudiannya seperti serba salah untuk menyuarakan sesuatu. Menyesal ke sebab dan tegur aku?
"Saya ada masalah sikit," kata lelaki itu dengan teragak-agak. Kelihatan wajah lelaki itu tambah cemas. Matanya tak sudah merenung aku. Tengok pada rupa paras memang tak ada muka orang jahat. Muka model pisau cukur pun ada.
Aku menanti dengan sabar apa yang ingin disampaikan oleh lelaki yang berpakaian kemas itu tanpa bersuara.
"Dompet saya hilang." Dia padang wajahku.
Masalahnya aku bukan balai polis nak terima aduan dompet hilang.
"Lepas tu kereta saya ada masalah sikit." Dia sambung bercakap. Dan masalahnya aku bukan tauke bengkel kereta.
Lelaki wajah model pisau cukur kembali ke keadaan serba salah. Nampak sangat tak tentu arah. Aku andaikan dia ni memang ada masalah bercakap dengan orang. Bajet bagus kut.
"Ya, boleh saya bantu?" Aku bercakap sebab tak nak dia fikir aku ini batu.
Dia masih bergitu. Tak tentu arah. Makin tak betul aku tengok lelaki ni.
"Boleh tak saya pinjam duit sedikit? Tambang naik bas pun saya tak ada." Akhirnya dia berterus terang. Oh, kisahnya. Tengok pada gaya memang macam ya. Tapi takkan tak ada telefon bimbit. Minta tolong suapa-siapa jemput dia.
"Telefon bimbit saya pula beteri kong." Dia tunjuk handphone dia jenama buah yang boleh dimakan.
Macam dengar saja apa yang aku cakap. Mustahil beteri kong, tak ada power bank ke? Tengok gaya macam orang kerja bagus saja. Power bank pun tak larat nak beli ke?
"Encik nak ke mana?" soalku tanpa menghiraukan niat sebenar lelaki tersebut.
"Menara Hisyam Ali." jawab lelaki itu pantas.
Pernah juga aku mendengar tentang tempat yang dimaksudkan lelaki itu.
"Tempat tu berhampiran dengan Persiaran Utama bukan? soalku inginkan kepastian. Lelaki itu anggukkan kepalanya.
"Saya rasa tak ada bas yang pergi kawasan itu. Encik terpaksa naik teksi." Adalah juga rasa sedikit simpati. Mungkin lelaki ini benar-benar dalam kesusahan.
"Macam ni, enck naik teksi sajalah," cadangku sambil hulur wang kertas bernilai lima puluh ringgit, pemberian salah seorang emas saudara tadi. Lelaki itu menyambutnya dengan tangan yang menggeletar. Dia pandang aku dengan wajah yang betul-betul serba salah. Agaknya sebelum ini dia belum pernah berbuat demikian. - m/s 24 - /s 26
2. Luahan perasaan.
"Rissa!" Dia bertempik.
"Apa pasal pula? Tak payah kut encik nak risaukan saya. Saya ni bukan kaum kerabat encik. Saya ni orang luar. Tukang kebun aje pun."
"Tahu tak, awak sangat penting dalam hidup saya sekarang ni? Awak tu bakal ibu kepada anak-anak saya"
"Apa encik?"
"Saya nak offer awak jadi bibik saya."
"Sampai hati..."
"Eh, dengar pula. Takkan ayar pertama tadi tak dengar? Ke buat-buat tak dengar? Atau memang orang yang kerjanya sebagai tukang kebun ni memang blur semuanya?"
Melampaulah tu. Suka hati dia saja nak cakap macam tu.
"Encik ni memang tak sayang mulut ke apa? Suka hati cakap tukang kebun macam tu."
"Dah tu, saya cakap dengan jelas, masih buat-buat tak dengar!"
"Yalah, benda yang encik cakap tu macam tak logik."
"Maknanya awak denagrlah?"
Hesy! Aku juga yang terkena. Dia ni memang suka sangat buat aku macam ni. Macam nak bodohkan aku pun ada.
"Takkanlah encik nak saya yang lahirkan anak-anak encik. Agak-agaklah pun kalau nak hukum saya." Aku ketawa lagi. Pandai juga dia buat lawak bodoh.
"Hah, dengar pun. Ingat saya main-main?"
"Encik ni yang bukan-bukan saja. Suka sangat cakap pelik macam tu. Agak-agaklah kalau nak bercakap tu."
"Dengan awak tak boleh nak ahgak-agak kalau bercakap. Awak tu susah nak faham cakap oarang."
"Dah encik sendiri cakap tak betul macam mana saya nak faham."
"Saya sayang awak."
Aku tergamam seketika mendengar tiga perkataan yang beru terucap dari mulut Encik Ziyad. - m/s 143 - m/s 146
3. Bahagia
Aku betulkan tali leher Encik Ziyad. Hari ini dia kembali bekerja selepas hampir seminggu bercuti. Dia nampak cukup segak. Bukan cukup lagi. Tapi sangat segak.
Entah apalah yang bakal Yani beritahu dia. Sesungguhnya aku juga mahu mengakhiri cerita kami ini secepat mungkin. Sudah tidak sanggup untuk hidup di dalam rahsia.
"Bosanlah kalau macam ni. Boleh tak kalau sata kerja kedai bunga Kak Yan? Jadi pembantu kedai oun jadilah." Aku cuba buat rayuan.
"Jangan nak mengada. Abang tak izinkan. Kejap aje lagi. Nanti kita balik Cameron Highland.
"Abang serius ke?"
"Yalah. Nak bawa isteri abang tinggal di tempat dia suka."
"Abang jangan buat sebab saya. Nanti abang juga yang menyesal tak sudah."
"Abang pun nak jadi seperti cik sederhana abang ni. Sederhana tapi bahagia. Abang dah penat bekerja." Dahiku di kucup mesra. - m/s 463 - 464
Skor: 4⭐️/5⭐️
Status: THB / Syor
Ulasan